Showing posts with label Anak Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Anak Cemerlang. Show all posts

Saturday, February 04, 2012

Anak Fasih Berbahasa Inggeris



Setengah parents mesti berbangga dan suka apabila anak-anak mereka dapat menguasai bahasa asing dengan hanya dihujung jari mereka. Tetapi tanpa pendedahan dan praktikal anak-anak kita tidak akan dapat melakukannya dengan baik. 

Seronok apabila mendengar anak-anak kita atau anak-anak orang lain fasih berbahasa inggeris dengan lancar dan sempurna hinggakan kita sendiri berkeinginan anak-anak kita menguasai bahasa tersebut suatu hari nanti.

Tetapi bilakah waktu yang sesuai untuk mendedahkan anak-anak kita atas kepelbagaian bahasa mahupun tuturkata.

Menurut sumber seawal usia enam tahun adalah masa emas atau paling ideal untuk mengajar bahasa asing selain bahasa ibunda. Dalam usia ini otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.

Pendedahan Awal

Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.

Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.

Ibu bapa harus diingatkan, kanak-kanak yang mempelajari dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Malah, ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.

Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu bapa dituntut agar bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Malah, ibu bapa juga perlu mempertimbangkan kemampuan anak-anak mereka. Bagi memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut perlu diguna pakai dalam pergaulan atau komunikasi hariannya. Sekali lagi ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan anak-anak ini menguasai bahasa asing. Kerana segala-galanya bermula dari rumah.


Monday, January 09, 2012

Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang


Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling bahagia bagi semua parents. Apatah lagi jika waktu menantinya cukup lama. Oleh kerana itulah ramai ibu bapa yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang kita sayangi itu merasa kecewa.

Antara sedar atau tidak, kita ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha menggarap potensi diri anak untuk menjadi lebih berdikari dan cemerlang di masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu kemewahan diberi tanpa tapisan.

Wang dan kemewahan hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki. Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta sahsiah diri yang sejati. 

  • Kita sebagai ibu bapa seharusnya menerapkan beberapa elemen penting yang perlu dalam mendidik anak antaranya:-

  • Menggunakan nama panggilan yang baik dimana dapat membantu memperelok peribadi dan sahsiah diri anak. Biarpun dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Dempap’ kerana fizikal yang kurang disenangi. 

  • Selain itu sentiasalah memeluk dan memberi ciuman kepada mereka agar mereka sentiasa berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi.

  • Dorongi anak-anak agar sentiasa membuat kebaikan dan amal selain dari memberikan kata-kata semangat kepada mereka seperti "pandai", "bagus", "baik", "tahniah" dan sebagainya. 

  • Kita sebagai ibu bapa juga sentiasalah belajar menghargai barangan kesayangan anak-anak samaada permainan robot, kereta atau peralatan masakan atau anak patung mereka kerana jika kita sewenang-wenang membuangnya dikhuatiri mereka akan berkecil hati dan memendam perasaan di kemudian hari.
  • Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
  • Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.


Selain dari itu persiapan kita sebagi ibu bapa agar dapat melahirkan anak anak yang cemerlang dan kreatif juga perlu dititikberatkan pada peringkat awal agar ianya tidak terlalu membebani emosi dan keseronokan mereka dalam melalui kehidupan alam kanak-kanak.

1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab s
ebaiknya terutama soal perintah agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...