Saturday, February 04, 2012

Anak Fasih Berbahasa Inggeris



Setengah parents mesti berbangga dan suka apabila anak-anak mereka dapat menguasai bahasa asing dengan hanya dihujung jari mereka. Tetapi tanpa pendedahan dan praktikal anak-anak kita tidak akan dapat melakukannya dengan baik. 

Seronok apabila mendengar anak-anak kita atau anak-anak orang lain fasih berbahasa inggeris dengan lancar dan sempurna hinggakan kita sendiri berkeinginan anak-anak kita menguasai bahasa tersebut suatu hari nanti.

Tetapi bilakah waktu yang sesuai untuk mendedahkan anak-anak kita atas kepelbagaian bahasa mahupun tuturkata.

Menurut sumber seawal usia enam tahun adalah masa emas atau paling ideal untuk mengajar bahasa asing selain bahasa ibunda. Dalam usia ini otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.

Pendedahan Awal

Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.

Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.

Ibu bapa harus diingatkan, kanak-kanak yang mempelajari dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Malah, ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.

Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu bapa dituntut agar bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Malah, ibu bapa juga perlu mempertimbangkan kemampuan anak-anak mereka. Bagi memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut perlu diguna pakai dalam pergaulan atau komunikasi hariannya. Sekali lagi ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan anak-anak ini menguasai bahasa asing. Kerana segala-galanya bermula dari rumah.


6 comments:

Nini Hartini said...

So, kalau nak anak fasih berbahasa inggeris, ibul bapa kenalah fasih dulu.. hehe

nur chahaya abadiey said...

btoll2..smuanya kene brmula dr rumah.. english bkn perlu hya dipelajari theory tp praktik jg.. thankz..nice info..

cinnamon.com said...

setuju juga...budak2 skrg ni,kalau mak bapaknya tak pandai ckp org putih,anak2nya pandai sokmo..

Mak Usu said...

a'a..btl apa akak ckp tu.. tapi kena tgk kemampuan anak2 la.. Kena pelahan..xboleh paksa sngt..tkt anak2 xboleh terima

Kaki Wayang said...

Seb baek i boleh bercakap dan fasih berbahasa Inggeris..PERASAN...

Kaki Wayang said...

Artikel ini menjadi artikel pilihan Kaki Wayang kat sini..satu lagi PROMOSI buat akak..tahniah...siapa nak join dan jadi pilihan Kaki Wayang sila ke sini..dan request

http://informations-the.blogspot.com/2012/02/edisi-hangat-artikel-pilihan-kaki.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...