Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling bahagia bagi semua parents. Apatah lagi jika waktu menantinya cukup lama. Oleh kerana itulah ramai ibu bapa yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang kita sayangi itu merasa kecewa.
Antara sedar atau tidak, kita ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha menggarap potensi diri anak untuk menjadi lebih berdikari dan cemerlang di masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu kemewahan diberi tanpa tapisan.
Wang dan kemewahan hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki. Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta sahsiah diri yang sejati.
- Kita sebagai ibu bapa seharusnya menerapkan beberapa elemen penting yang perlu dalam mendidik anak antaranya:-
- Menggunakan nama panggilan yang baik dimana dapat membantu memperelok peribadi dan sahsiah diri anak. Biarpun dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Dempap’ kerana fizikal yang kurang disenangi.
- Selain itu sentiasalah memeluk dan memberi ciuman kepada mereka agar mereka sentiasa berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi.
- Dorongi anak-anak agar sentiasa membuat kebaikan dan amal selain dari memberikan kata-kata semangat kepada mereka seperti "pandai", "bagus", "baik", "tahniah" dan sebagainya.
- Kita sebagai ibu bapa juga sentiasalah belajar menghargai barangan kesayangan anak-anak samaada permainan robot, kereta atau peralatan masakan atau anak patung mereka kerana jika kita sewenang-wenang membuangnya dikhuatiri mereka akan berkecil hati dan memendam perasaan di kemudian hari.
- Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
- Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.
Selain dari itu persiapan kita sebagi ibu bapa agar dapat melahirkan anak anak yang cemerlang dan kreatif juga perlu dititikberatkan pada peringkat awal agar ianya tidak terlalu membebani emosi dan keseronokan mereka dalam melalui kehidupan alam kanak-kanak.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.
3 comments:
good entry kak :)
kak masa mengandung mkn kurma,kismis,delima, inilah vitamin kakak..melahirkan pun senang..
@Mrs Eady: Thank you Izwa :)
@Cinnamon.com: saya ada dengar juga makan-makanan berupa kismis, kurma dsb akan menyumbang IQ anak tinggi ...tq for sharing ye. :)
Post a Comment