Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Petua Untuk Lebih Di Sayangi Suami



Assalammualaikum...

Khusus untuk para isteri-isteri diluar sana pastinya kita ingin memantapkan kehidupan alam rumahtangga kita bukan hanya dengan menyemai rasa kasih dan sayang aje. Di sini saya kongsikan sedikit tips yang diberikan oleh Dr. H.M Tuah Iskandar untuk dikongsikan kepada semua.

Google
Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu ; 

  • kurangkan mengada-ngada, 
  • kedua merajuk sesekali sahaja dan 
  • ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu..... hahahaha

Selamat mencuba!!

Sunday, January 15, 2012

Luncheon Seoul Garden

Assalammualaikum...


Habis beriadah di Shah Alam Go Kart Circuit terasa lapar dan dahaga pula. Anak anak bising nak makan sumting yang easi dan mudah dikunyah so En Habi decide to have and makan di Seoul Garden di Festival City, Setapak.


Seronok dan selesa makan dekat sini sebabnya orang tak berapa nak ramai dan melayu pun ramai makan di sini.


Pelbagai makanan yang kami ambil manakala si lil pwincess sibuk ambil air batu dan makan nasi goreng berulamkan raisin...hihihi tak senonoh betullah...


Alhamdulillah perut kenyang hati pun senang. So,  lepas ke Seoul Garden kami heading ke Bangsar bertemu dengan "saudara" kami yang dah lama tak jumpa.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 12, 2012

Aduyai Anakku....Apa ada pada Nama

Membaca entri IBU GEBU baru-baru ini yang ada menyenaraikan nama-nama yang sering diganggu oleh jin atau dalam kata lain "sedikit keras" agak mengejutkan saya yang nama anak perempuan saya ada tersenarai di dalam senarai berkenaan.


Nak kata anak perempuan saya tu setakat ini mengalami benda-benda yang kurang elok tu memang tidak saya nafikan memang ada terutamanya semasa dia kecik-kecik dulu dan sekarang pun kalau pergi bercuti atau ke tempat-tempat yang kurang selesa dia akan melalui suatu perubahan yang agak kurang menyelesakan kita semua kerana apabila pulang sahaja kerumah nanti beliau akan sentiasa meragam, menangis dan demam hingga berminggu-minggu tidak mengira waktu.  Tetapi itu semua kuasa Allah seeloknya kita sebagai hambanya tidak terlalu taksub akan perkara atau kejadian tersebut dan adakalanya perlu juga kita mempercayai akan kewujudan benda-benda halus ini yang mana ianya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar bak kata orang tua-tua "hanya orang tertentu aje yang dapat melihat akan hijabnya serta kanak-kanak dapat melihat dan merasainya". 


Selepas ini harus saya dan seluruh keluarga menukar panggilan nama beliau kepada yang lain nasib baik ada alternatif nama lain juga, bak kata IBU GEBU tak perlu menukar nama hingga perlu ke JPN tetapi cukuplah sekadar memanggil nama beliau dengan nama lain dan BUKAN nama seperti yang disenaraikan di dalam senaraian nama pesakit itu.


Pada kawan-kawan yang ingin mengetahui apakah nama lain yang termasuk dalam senaraian itu silalah klik di SINI untuk mendapt lebih gambaran.

Monday, January 09, 2012

Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang


Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling bahagia bagi semua parents. Apatah lagi jika waktu menantinya cukup lama. Oleh kerana itulah ramai ibu bapa yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang kita sayangi itu merasa kecewa.

Antara sedar atau tidak, kita ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha menggarap potensi diri anak untuk menjadi lebih berdikari dan cemerlang di masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu kemewahan diberi tanpa tapisan.

Wang dan kemewahan hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki. Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta sahsiah diri yang sejati. 

  • Kita sebagai ibu bapa seharusnya menerapkan beberapa elemen penting yang perlu dalam mendidik anak antaranya:-

  • Menggunakan nama panggilan yang baik dimana dapat membantu memperelok peribadi dan sahsiah diri anak. Biarpun dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Dempap’ kerana fizikal yang kurang disenangi. 

  • Selain itu sentiasalah memeluk dan memberi ciuman kepada mereka agar mereka sentiasa berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi.

  • Dorongi anak-anak agar sentiasa membuat kebaikan dan amal selain dari memberikan kata-kata semangat kepada mereka seperti "pandai", "bagus", "baik", "tahniah" dan sebagainya. 

  • Kita sebagai ibu bapa juga sentiasalah belajar menghargai barangan kesayangan anak-anak samaada permainan robot, kereta atau peralatan masakan atau anak patung mereka kerana jika kita sewenang-wenang membuangnya dikhuatiri mereka akan berkecil hati dan memendam perasaan di kemudian hari.
  • Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
  • Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.


Selain dari itu persiapan kita sebagi ibu bapa agar dapat melahirkan anak anak yang cemerlang dan kreatif juga perlu dititikberatkan pada peringkat awal agar ianya tidak terlalu membebani emosi dan keseronokan mereka dalam melalui kehidupan alam kanak-kanak.

1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab s
ebaiknya terutama soal perintah agama.

Tuesday, December 27, 2011

Realiti atau Impian

Assalammualaikum,

Baca megazin sini cerita pasal orang dapat anugerah Datuk, baca pulak suratkhabar sini orang dapat anugerah Datuk jugak,  seronok jugak ye, senang aje rasanya tup tup dah bergelar Datuk dan Datin.  

Agaknya fesyen dan trend sekarang "mereka-mereka" ni mencari pasangan dengan orang yang mempunyai harta dan sentiasa mengejar status dan berimpikan sesuatu yang sungguh materialistik untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Terbaca lah pulak saya akan statement seorang hamba Allah ni dulu-dulu bagi statement dengan press alasan dengan perkahwinan dulu tidak serasi dan tiada persefahaman, TAPI bila sekarang dah kahwin baru, pandai pulak cerita sana sini kata "kepercayaan dan kejujuran adalah aspek utama dalam kebahagiaan rumahtangga" apa dulu dia kahwin tak bahagia ke? serasa saya dah beranak pinak dengan perkahwinan yang dulu bukan sikit tapi berderet-deret. 

Agak-agaklah sebab pasangan sekarang dah berstatus dan berpengaruh sebab tu la 'dia' tetiba pandai sangat urus rumahtangga dan berbahagia si samping pasangan.

Dunia oh Dunia.

Thursday, December 01, 2011

Saya Benci Awak!!

GADUH??

Itu dah lumrah!! Setiap pasangan, tidak kira lelaki dan perempuan setiap kali apabila mereka bergaduh atau berselisih faham mesti salah seorang akan berkata "SAYA BENCI AWAK", "SAYA TAK MAU TENGOK MUKA AWAK LAGI", "JANGAN CARIK SAYA" dan macam-macam lagilah.

Selama mana pun kemarahan anda terhadap pasangan selama itu jugalah hati anda menjadi cair.  Bagi pasangan yang belum berkahwin waktu recovery inilah yang dikatakan kemuncak mood swing yang menjadi begitu hebat akibat dari si dia tidak menelefon dan menghindari panggilan anda selama anda bergaduh.

Saya pun sebagai manusia tidak lepas dari berselisih faham dengan En Habi, tapi tak selama mana marahnya.  Sebab En Habi bukanlah seorang suami yang suka membiarkan sesuatu perkara itu menjadi lama dan berterusan selama berhari-hari baik sebelum berkahwin mahupun selepas kahwin.  Tetapi terfikir juga, selama mana En Habi akan bertahan dengan karenah saya si Isteri, kerana pengakhirannya saya akan tetap beremosi dan ego apabila dipujuk.

Begitulah indahnya hubungan sesebuah pasangan. Tidak kira suami isteri mahupun pasangan bercinta.  Dugaan bagi setiap hubungan itu penuh dengan keindahan dan kesedihan.  Pokok pangkalnya diri kita sendiri yang mencorakkannya.

Wednesday, October 05, 2011

Kata-Kata Pujian Idaman Suami....

1. "Awak membuatkan saya rasa sungguh selamat..."

Suami akan berasa sungguh terhormat apabila dia dapat memeberikan perlindungan kepada orang yang dicintainya. Memang menjadi lumrah kaum Adam sejak azali lagi melindungi wanita sehingga ada yang sanggup mati demi kekasih yang dicintainya. Jadi, biarkan si suami tahu pengorbanannya benar-benar dihargai dan bererti bagi anda.


2. " Abang ada keluarga yang sangat baik dan kawan-kawan yang begitu menghormati saya"

Agak pelik untuk meluahkan perkara ini tapi ia memang penting sebenarnya. Secara psikologi menunjukkan rasa simpati atau kasih sayang terhadap keluarga suami adalah satu perkara yang amat membuatkan suami bahagia.

Tindakan anda itu membuatkan suami tahu yang anda menerimanya seadanya. Begitu juga dengan rakan-rakannya. Kepandaian anda bercampur dan menghormati rakan suami membuatkan suami bangga dan pasti tidak perlu mencari alasan untuk tidak mengajak anda ke majlis perjumpaan semula teman lama sekolah atau universiti. Bukankah ianya suatu yang baik?


3. "Apa yang saya boleh buat tanpa awak?"

Suami memang ingin selalu rasa diri mereka diperlukan. Mengapa? sebab dia sanggup membela anda bersungguh-sungguh pada hal yang menyakiti anda di pejabat atau apa saja. Inilah masanya anda membalas tindakan suami dengan menyatakan kepadanya kalimah "Sayang", apa yang saya boleh buat tanpa abang?" memang ianya akan menampakkan anda lemah di hadapannya dan sekaligus ungkapkan terima kasih yang tulus ikhlas kerana kesudiannya menjadi teman hidup anda dalam suka dan duka.


4. "Abang memang boleh buat!"

Suami memang suka dipuji dalam hal yang berkaitan dengan bakat mereka. Terutama apabila mereka berjaya melakukan atau menyiapkan sesuatu tugasan yang kecil umpama membaiki paip air yang rosak atau sinki yang tersumbat.


5. "Sayang, saya suka begini..."

Tengok suami anda jenis yang macam mana. Kalau mendapat suami yang semulajadi bersikap romantis anda memang beruntung. Tetapi jika sebaliknya anda masih boleh membuatkan dia menjadi romantis dengan anda. Suami yang serius tidak bermakna dia langsung tidak romantis. Adakalanya dia akan bersikap romantis dan masa beginilah si isteri perlu membalas romantis dengan ungkapan "Sayang, saya suka begini".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...