Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Hentikan Penyebaran!!


Assalammualaikum....
 
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kejadian jenayah berlaku di negara kita....susulan dari setiap kejadian pasti akan tersiarnya penyebaran gambar-gambar kejadian jenayah berkenaan tak kira mangsa ataupun si penjenayah di laman-laman internet, laman sosial, khidmat pesanan ringkas dengan berleluasa sekali tanpa kita sedari adakalanya ianya telah menyinggung sensitiviti ahli keluarga si mangsa dan penjenayah itu sekali.
 
Bukankah apabila sesuatu kejadian jenayah itu berlaku segala info dan rekod gambar-gambar menjadi suatu bukti jenayah dan perlu di simpan dengan 'CONFIDENTIAL'.
 
Kenapa zaman sekarang setiap kejadian jenayah itu seakan semakin galak 'rakyat jelata' yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info-info dan gambar-gambar yang tidak sepatutnya untuk tontonan umum.
 
Mana perginya konsep "PRIORITY", 'CONFIDENTIALITY' dan 'PERIKEMANUSIAAN' rakyat kita.  Tidakkah merasa bersalah dengan menyebarkan gambar2 tersebut akan secara tak langsung mengaibkan, menyeksakan dan menggangu emosi ahli keluarga mereka.
 
Tak perlu untuk jadi reporter tak bertauliah..cukuplah reporter yang ada untuk mendapatkan info yang jelas dan tepat tanpa perlu menyebarkannya lagi...
 
Kita semua tahu "RAKYAT MALAYSIA MEMANG PRIHATIN".


"KPN : Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah"

October 24, 2013

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika.Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber. Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar-gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung. Tidak mustahil suatu hari nanti gambar-gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan.Gambar-gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa.

Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar-gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar-gambar tersebut bertebaran di ruang siber.

Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Apakah tindakan ke atas anggota tersebut?Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar-gambar mangsa jenayah.



Wednesday, July 11, 2012

Oh Malaysiaku.....


Assalammualaikum semua...

Gugel
Amboii!!! kalau baca tajuk entri memang cukup-cukup gah umpama macam ahli politik nak memberikan hujah dan ucapan pulak kan...tapi biasalah nak kasi gempak kena letak tajuk gah...

Kengkawan....

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden seorang blogger yang mengamuk dengan membawa pedang samurai di Jabatan Perdana Menteri dengan merosakkan harta benda dan kenderaan yang berada disekitarnya dan menggelarkan diri beliau sebagai "Imam Mahadi".  Tapi saya bukan nak cerita lebih detail pasal "lelaki" ini cuma nak cerita serba sedikit serta saling ingat mengingati akan perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu bagi mengelakkan perkara-perkara seperti jenayah dan amuk berlaku tanpa kita sedari.

Bukan sahaja insiden-insiden sebegini boleh terjadi tetapi dalam kita semua sedari kadar jenayah harian seperti kes ragut, rompak, rogol, bunuh kian berleluasa kini dan impak yang kita dapat rasakan umpama bila hendak keluar malam ke siang ke atau samaada pergi ke kedai atau ke surau/masjid atau ke mana sahaja pun sudah macam tidak selamat lagi rasanya.

Kehidupan di kota atau bandar-bandar di Malaysia saban hari kedengaran siren polis mahupun ambulan atau bomba berbunyi memenuhi ruang jalanraya.

Sebagai ibu bapa dan penjaga sebaiknya kurangkan aktiviti luaran dirumah sambil memantau anak-anak kecil dan remaja dan tidak terlalu taksub untuk mengapdet setiap kemana langkah yang dibawa di laman-laman sosial agar keselamatan kita sentiasa terjamin dan selamat.

Punca ketaksuban remaja dan diri kita sendiri yang menyebabkan kadar kejadian ini semakin hari semakin meningkat. Akibat dari kelalaian serta sikap tidak mengambil kisah kita serta gaya dan corak pemakaian seseorang itu juga boleh mengundang jenayah berlaku keatas diri mereka.

Laman-laman sosial yang dijadikan tempat untuk meluahkan rasa marah, geram, sakit hati dan suka gembira disalahgunakan hingga ada yang menyampaikan mesej yang sungguh bertentangan dengan akidah dan ketatasusilaan negara dan diri sendiri.  Tetapi apakan daya penyekatan serta kawalan kurang diambil kira maka kejadian-kejadian jenayah berat mengundang dan berlaku pada mereka yang kurang pendekatan dan pemahaman.

Sama-samalah kita saling ingat mengigati agar diri kita sentiasa berada pada landasan yang betul agar tidak mengundang bencana dan padah pada diri sendiri.

Wallahuallam.....

"SHARING IS CARING"

Thursday, March 15, 2012

Cegah Sebelum Parah


google

Seringkali kita lihat, dengar dan perhati media-media tempatan kita membuat liputan mengenai kisah anak-anak kecil yang hilang tak kira samaada di culik ketika keluar bermain di luar rumah, pergi ke kedai atau pasar malam dan sebagainya hingga mengakibatkan kematian dan kehilangan misteri hingga tidak dijumpai.

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membenteras akan kejadian ini daripada terus berulang dan berlaku.  Berkata-kata memang mudah kerana kita tidak merasai akan kekalutan serta kesedihan yang para ibu bapa penjaga yang mengalaminya, tetapi sebagai langkah kita boleh mempraktikkan pelbagai alasan dan ketegasan dari mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang perihatin serta mempunyai hati dan naluri keibuan kita tidak sanggup untuk melihat dan merasai apa yang di lalui oleh para ibu-ibu berkenaan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.  Hari-hari mendatang yang mereka terpaksa lalui dengan kisah sedih peristiwa hitam yang terjadi menghantui kehidupan sehari-hari mereka.

Sebagai ibu bapa penjaga kita seharusnya menitik beratkan nilai keselamatan yang tinggi terhadap tahap pergaulan dan aktiviti seharian anak-anak kita. Pantau dan kawal kemana sahaja mereka pergi tidak kiralah jika mereka mempunyai aktiviti di luar rumah contohnya aktiviti kokorikulum di sekolah atau bermain bola atau sebagainya kita seharusnya tahu kemana mereka pergi dan TIDAK SEHARUSNYA kita membebani mereka dengan tugasan orang-orang dewasa contohnya pergi membeli barang di kedai atau menghantar makanan di rumah saudara atau jiran yang lain.

Kadar jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat hingga tidak kira usia, manusia diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.  Dimanakah kewarasan dan akal fikiran serta tiang agama yang kita tanamkan di dalam diri dan jiwa agar sentiasa berbaik hati dan sangka dengan orang lain.  Kekejaman semakin hari semakin menjadi jadi tidak kira pertalian darah ataupun orang asing.  Kanak-kanak seawal lahirnya di dunia hinggalah ke warga emas menjadi mangsa kerakusan manusia yang berhati dan berjiwa BINATANG.

Anak-anak harus diberi perlindungna sebaiknya.  Pelbagai kes jenayah melibatkan kanak-kanak antaranya rogol dan bunuh serta sebagainya kian berleluasa kini. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa mereka bersama anak-anak dan menemani mereka kemana sahaja mereka hendak pergi ketika waktu cuti persekolaha atau hari minggu bukan dengan membiarkan mereka hidup berdikari melakukan semua perkara orang dewasa tanpa memikirkan apa impak yang akan mereka terima.  Suasana zaman sekarang tidak sama dengan tahun-tahun 60an, 70an dan 80an dulu dimana ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak sendirian dirumah dengan selamat dan bermain di luar rumah dengna selamat, kini semuanya telah berbeza.  Sama-samalah kita mengatasinya, hanya itu cara yang terbaik untuk kita membanteras kejadian buruk ini dari terjadi.  

Jauhi anak-anak dari bergaul dan bermesra dengan orang-orang yang tidak dikenali serta perhatikan mereka apabila setiap kali kita membawa mereka keluar berjalan ke tempat umum.  Biarkan mereka menangis apabila setiap kehendak dan permintaan mereka tidak kita turutkan melainkan dengan HANYA bersama kita daripada kita sendiri yang akan menangis dikemudian hari.

Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah anak-anak yang hilang tidak dijumpai, mangsa rogol, liwat dan bunuh seperti kes baru-baru ini kisah tragis adik Nurul Nadirah (Dirang) agar kita semua lebih perihatin dan sensitif akan isu ini.

Cegah sebelum parah!!

Tuesday, September 27, 2011

Perangi Jenayah Ragut

Assalammualaikum semua....

Tahukah anda semua, semenjak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin menjadi-jadi dan berleluasa serta menimbulkan pelbagai kebimbangan oleh banyak pihak. kebanyakan kes juga ada yang melibatkan kematian dikalangan mangsa ragut.

Bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terutamanya jika mangsa yang terlibat adalah dikalangan dari ibu-ibu hamil. Keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan satu nyawa malahan melibatkan dua nyawa yang terkorban.

Permasalahan ini perlu di atasi dengan lebih serius dan mendalam agar ianya dapat ditangani dengan lebih sempurna dan terperinci malahan jenayah ragut ini perlulah ditangani bukan sahaja oleh pihak berkuasa malahan tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ciri-ciri Mangsa Ragut

Kebiasaanya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau menunggang motosikal secara berseorangan dikawasan yang sunyi dan gelap. Ini adalah kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan akticiti mereka dengan mudah dan tanpa dilihat oleh orang lain.

Kebiasaanya mangsa ragut adalah terdiri daripada golongan wanita yang memakai mini skirt, kain ketat, berkasut tinggi dan juga berjalan berseorangan. Peragut lebih gemar meragut wanita sebegini kerana wanita tersebut dilihat sukar untuk bertindak balas terhadap mereka.

Selain dari itu kaum wanita gemar membawa beg tangan dengan hanya memegangnya ditangan sahaja dan tidak kurang juga mereka yang suak mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau kemana jua.


Seterusnya mangsa juga adalah dikalangan dari penunggang atau pembonceng motosikal yang menggalas beg tangan semasa menunggang atau membonceng motosikal. Keaadan ini boleh memberi peluang kepada peragut untuk melakukannya dengan begitu mudah sekali.

Panduan Elak Menjadi Mangsa

Elakkan diri anda dari berjalan kaki, menunggang motosikal berseorangan dikawasan yang sunyi terutamnya pada waktu malam.

Jika terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemani oleh sesiapa ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan dari arah yang bertentangan dan serta merta boleh dikawal.

Di samping itu, kaum wanita juga digalakkan memakai pakaian yang sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut.

Sekiranya anda pembonceng motosikal, elakkan dari menggalas beg tangan di bahu. Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut ditengah-tengah antara raga atau tutupinya dengan barang-barang lain.

Bersama-samalah kita memerangi jenayah ragut di negar aini dan hidup aman damai dikalangan masyarakat majmuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...