Assalammualaikum semua....
Tahukah anda semua, semenjak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin menjadi-jadi dan berleluasa serta menimbulkan pelbagai kebimbangan oleh banyak pihak. kebanyakan kes juga ada yang melibatkan kematian dikalangan mangsa ragut.
Bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terutamanya jika mangsa yang terlibat adalah dikalangan dari ibu-ibu hamil. Keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan satu nyawa malahan melibatkan dua nyawa yang terkorban.
Permasalahan ini perlu di atasi dengan lebih serius dan mendalam agar ianya dapat ditangani dengan lebih sempurna dan terperinci malahan jenayah ragut ini perlulah ditangani bukan sahaja oleh pihak berkuasa malahan tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.
Ciri-ciri Mangsa Ragut
Kebiasaanya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau menunggang motosikal secara berseorangan dikawasan yang sunyi dan gelap. Ini adalah kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan akticiti mereka dengan mudah dan tanpa dilihat oleh orang lain.
Kebiasaanya mangsa ragut adalah terdiri daripada golongan wanita yang memakai mini skirt, kain ketat, berkasut tinggi dan juga berjalan berseorangan. Peragut lebih gemar meragut wanita sebegini kerana wanita tersebut dilihat sukar untuk bertindak balas terhadap mereka.
Selain dari itu kaum wanita gemar membawa beg tangan dengan hanya memegangnya ditangan sahaja dan tidak kurang juga mereka yang suak mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau kemana jua.
Seterusnya mangsa juga adalah dikalangan dari penunggang atau pembonceng motosikal yang menggalas beg tangan semasa menunggang atau membonceng motosikal. Keaadan ini boleh memberi peluang kepada peragut untuk melakukannya dengan begitu mudah sekali.
Panduan Elak Menjadi Mangsa
Elakkan diri anda dari berjalan kaki, menunggang motosikal berseorangan dikawasan yang sunyi terutamnya pada waktu malam.
Jika terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemani oleh sesiapa ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan dari arah yang bertentangan dan serta merta boleh dikawal.
Di samping itu, kaum wanita juga digalakkan memakai pakaian yang sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut.
Sekiranya anda pembonceng motosikal, elakkan dari menggalas beg tangan di bahu. Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut ditengah-tengah antara raga atau tutupinya dengan barang-barang lain.
Bersama-samalah kita memerangi jenayah ragut di negar aini dan hidup aman damai dikalangan masyarakat majmuk.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment