google
Seringkali kita lihat, dengar dan perhati media-media tempatan kita membuat liputan mengenai kisah anak-anak kecil yang hilang tak kira samaada di culik ketika keluar bermain di luar rumah, pergi ke kedai atau pasar malam dan sebagainya hingga mengakibatkan kematian dan kehilangan misteri hingga tidak dijumpai.
Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membenteras akan kejadian ini daripada terus berulang dan berlaku. Berkata-kata memang mudah kerana kita tidak merasai akan kekalutan serta kesedihan yang para ibu bapa penjaga yang mengalaminya, tetapi sebagai langkah kita boleh mempraktikkan pelbagai alasan dan ketegasan dari mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang perihatin serta mempunyai hati dan naluri keibuan kita tidak sanggup untuk melihat dan merasai apa yang di lalui oleh para ibu-ibu berkenaan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Hari-hari mendatang yang mereka terpaksa lalui dengan kisah sedih peristiwa hitam yang terjadi menghantui kehidupan sehari-hari mereka.
Sebagai ibu bapa penjaga kita seharusnya menitik beratkan nilai keselamatan yang tinggi terhadap tahap pergaulan dan aktiviti seharian anak-anak kita. Pantau dan kawal kemana sahaja mereka pergi tidak kiralah jika mereka mempunyai aktiviti di luar rumah contohnya aktiviti kokorikulum di sekolah atau bermain bola atau sebagainya kita seharusnya tahu kemana mereka pergi dan TIDAK SEHARUSNYA kita membebani mereka dengan tugasan orang-orang dewasa contohnya pergi membeli barang di kedai atau menghantar makanan di rumah saudara atau jiran yang lain.
Kadar jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat hingga tidak kira usia, manusia diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan. Dimanakah kewarasan dan akal fikiran serta tiang agama yang kita tanamkan di dalam diri dan jiwa agar sentiasa berbaik hati dan sangka dengan orang lain. Kekejaman semakin hari semakin menjadi jadi tidak kira pertalian darah ataupun orang asing. Kanak-kanak seawal lahirnya di dunia hinggalah ke warga emas menjadi mangsa kerakusan manusia yang berhati dan berjiwa BINATANG.
Anak-anak harus diberi perlindungna sebaiknya. Pelbagai kes jenayah melibatkan kanak-kanak antaranya rogol dan bunuh serta sebagainya kian berleluasa kini. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa mereka bersama anak-anak dan menemani mereka kemana sahaja mereka hendak pergi ketika waktu cuti persekolaha atau hari minggu bukan dengan membiarkan mereka hidup berdikari melakukan semua perkara orang dewasa tanpa memikirkan apa impak yang akan mereka terima. Suasana zaman sekarang tidak sama dengan tahun-tahun 60an, 70an dan 80an dulu dimana ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak sendirian dirumah dengan selamat dan bermain di luar rumah dengna selamat, kini semuanya telah berbeza. Sama-samalah kita mengatasinya, hanya itu cara yang terbaik untuk kita membanteras kejadian buruk ini dari terjadi.
Jauhi anak-anak dari bergaul dan bermesra dengan orang-orang yang tidak dikenali serta perhatikan mereka apabila setiap kali kita membawa mereka keluar berjalan ke tempat umum. Biarkan mereka menangis apabila setiap kehendak dan permintaan mereka tidak kita turutkan melainkan dengan HANYA bersama kita daripada kita sendiri yang akan menangis dikemudian hari.
Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah anak-anak yang hilang tidak dijumpai, mangsa rogol, liwat dan bunuh seperti kes baru-baru ini kisah tragis adik Nurul Nadirah (Dirang) agar kita semua lebih perihatin dan sensitif akan isu ini.
Cegah sebelum parah!!
4 comments:
setuju!
saya kalau dengan anak, memang takkan lari mata langsung dari anak.
takut jadi gini lah.
Yerlaa kdg tu terpk kan mna perginya budak2 ni... aduhh kesihan sgt.. ermmm
baca pengalaman cik mama kehilangan anak.huhuhu
http://pinkpurplemerah.blogspot.com/2012/03/ya-allah-jangan-kau-pisahkan-mereka-dgn.html
seremmm...
Post a Comment