Assalammualaikum.....
![]() |
Gugel |
1 haribulan Julai hari ini...pejam celik pejam celik dalam masa 9 hari lagi kita semua umat islam akan menjalani ibadah berpuasa.....
Alhamdulillah keran amasih lagi diberikan peluang untuk sama-sama menyambut Ramadhan kali ini bersama keluarga tercinta......Tak sabarnya.....
Kenapa?
Bagi saya pada bulan mulia inilah saya dapat bersama-sama berkejar-kejar pulang ke rumah "AWAL" makan, gembira berbuka puasa dan berlumba-lumba bersiap sedia bersama ahli keluarga untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan dapat makan bersama-sama ......
Mesti korang pelik kan? Apa selama ni tak dapat makan bersama ke?
Memang saya dapat makan bersama-sama mereka bila-bila aje cuma kekadang tu ada yang tengah sibuk berdiet, tidak cukup quorum dan sebagainya pabila hari biasa.......pendek kata masing-masing buat hal masing-masing je...so di bulan puasalah maka semua dapat berkumpul dan dapat berbuka bersama-sama sambil bergegas pula bersiap-siap hendak menunaikan solat Terawih.
Tetapi dah berumur ni eksaited tu agak kurang jugaklah (sikit aje kurang) kalau nak dibandingkan dengan zaman kecik-kecik dulu in which memang bulan ramadhan ni bulan yang ditunggu-tunggu oleh saya. Nak nak bila di awal-awal kerana kebiasaannya emak saya akan menyediakan pelbagai juadah menarik bagi menyambut kedatangan bulan ramadhan sehari sebelum ramadhan menjelang...dan yang paling sya sedih dan hiba apabila ramadhan bakal menghilang iaitu bila syawal menjelang....masing-masing..
