Showing posts with label Kanak-kanak di larang masuk. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak di larang masuk. Show all posts

Tuesday, March 06, 2012

Dilema...



gugel

Semakin sukar apabila kita berurusan dengan orang-orang yang tidak memahami dan suka memintas segala tugas dan pekerjaan yang kita lakukan. Tambah-tambah kalau berada di dalam situasi saya yang berkerja menguruskan jadual orang setiap hari.  Pelbagai karenah majikan, bos-bos atasan yang perlu kita pantau dan seragamkan setiap hari, setiap masa dan setiap saat ada aje permintaan yang bukan-bukan adakalanya masuk akal dan ada kalanya tak masuk akal.

Apabila sorang berkata A dan sorang lagi berkata B kita sebagai orang yang ditengah-tengah menjadi serba salah dan tak keruan. Di ikut payah tak di ikut pun payah naik serabut kepala hotak.

Kisahnya apabila boss besar ingin membuat booking flight ke Kota Kinabalu menaiki flight MAS atas urusan kerja dan business tetapi ketua di jabatan akaun pula tidak bersetuju atas alasan kenapa nak naik MAS sedangkan Air Asia kan ada, lagipun katanya circular telah dikeluarkan untuk setiap penerbangan domestik seharusnya setiap ketua jabatan perlu menaiki penerbangan Air Asia (pulak dah)....yang boss besar mengatakan yang dia tak selesa nak naik Air Asia sebab LCCT crowded katanya dan perkhidmatan tak mesra alam...dia lebih serasi dan selesa untuk menaiki penerbangan MAS hingga beliau sanggup membayar different harga berkenaan. 

Masalahnya saya ditengah-tengah jadi serba salah menjadi orang tengah, dia berdua makan baik bersama sebelum tu tak nak berbincang face-to-face, alih-alih kita jugak yang kena dan apabila terjadinya kekalutan dan kepayahan pengakhirannya boss besar membatalkan trip beliau ke Kota Kinabalu atas alasan tak mahu menaiki flight Air Asia dan tidak mahu memanjangkan cerita lagi.

Macam mana pulak ni...mesyuarat di sana sudah dirancang dan di atur bertemu dengan pegawai atasan Jabatan di sana, alih-alih trip beliau terpaksa dibatalkan. Takkan nak cakap dengan mereka disana trip boss besar batal sebab dia tak nak naik flight Air Asia... (memang saya takkan cakap begitu).  

Buntu dan haru lagi biru....

Penyudahnya Pengurus dan Penolong Pengurus yang kena pergi bagi pihak boss besar bertemu dengan pelanggan di sana.

Pheww!! susah sungguh ...mereka ada internal problem kita yang ditengah-tengah jadi mangsa keadaan.

Tak pasal-pasal kena stress sekejap!!

Thursday, November 10, 2011

Kanak-kanak Dilarang Masuk!!

gugel

Kalau pergi ke hospital atau pusat perubatan swasta anda  mesti nampak adanya terdapat papan tanda yang menyatakan bahawa kanak-kanak TIDAK DIBERNARKAN memasuki wad hospital atau dalam kata lain "Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk' dipintu-pintu utama dan juga wad. Paling tidak pun mesti ada pak atau mak guard beritahu pada anda bahawa budak kecik tak buleh masuk.

KENAPA??

Salah satu reasons yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital adalah kerana anak-anak yang dibawah umur 12 tahun biasanya nakal dan ibu bapa mungkin sukar untuk mengawal gelagat mereka bila mereka berada di dalam wad.  Keadaaan wad seperti yang kita ketahui ada sesetengahnya mempunyai mesin-mesin yang diperlukan oleh pesakit yang di pasang ditepi katil mereka.

Budak kecil biasanya tidak mahu duduk diam dan akan berlari kesana dan kemari dan berkemungkinan juga mereka akan menarik tiub-tiub atau wayar mesin serta kelengkapan lain.  Selain itu budak kecil mudah menangis dan jikalau ini berlaku tangisan mereka akan mengundang rasa tidak selesa sesetengah pesakit yang ingin beristirehat dan menganggu jururawat bertugas.

Selain itu kanak-kanak yang menpunyai penyakit akan mudah berjangkit dengan pesakit apabila mereka pergi ke hospital contohnya selsema dan batuk. Anak kecil mempunyai imuniti badan yang jauh lebih rendah berbanding dengan orang dewasa.  Kebanyakan ibu bapa tidak sedar tindakan mereka akan mendedahkan si kecil kepada risiko dijangkiti.

TAHUKAH ANDA??

Di dalam wad terdapat pelbagai jenis kuman dan jika pesakit menyentuh anak kecil, secara tidak langsung akan memindahkan kuman-kuman atau jangkitan berkenaan kepada mereka. Termasuk juga di dalam wad, anak-anak kecil berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pesakit lain dan tidak semestinya daripada pesakit yang mereka lawati.

Selain dari itu adalah dinasihati bahawa pelawat tidak harus mengambil masa yang agak lama untuk berziarah melawat pesakit.  Adalah lebih baik kerap melawat dari mengambil masa yang lama untuk berziarah. Seelok-eloknya tidak melebih saju jam pada satu-satu masa.

Para pelawat dikehendaki membasuh tangan serta mematuhi peraturan keselamatan lain untuk kebaikan bersama semasa dan sesudah membuat lawatan ke atas pesakit di Hospital.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...