gugel
Kalau pergi ke hospital atau pusat perubatan swasta anda mesti nampak adanya terdapat papan tanda yang menyatakan bahawa kanak-kanak TIDAK DIBERNARKAN memasuki wad hospital atau dalam kata lain "Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk' dipintu-pintu utama dan juga wad. Paling tidak pun mesti ada pak atau mak guard beritahu pada anda bahawa budak kecik tak buleh masuk.
KENAPA??
Salah satu reasons yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital adalah kerana anak-anak yang dibawah umur 12 tahun biasanya nakal dan ibu bapa mungkin sukar untuk mengawal gelagat mereka bila mereka berada di dalam wad. Keadaaan wad seperti yang kita ketahui ada sesetengahnya mempunyai mesin-mesin yang diperlukan oleh pesakit yang di pasang ditepi katil mereka.
Budak kecil biasanya tidak mahu duduk diam dan akan berlari kesana dan kemari dan berkemungkinan juga mereka akan menarik tiub-tiub atau wayar mesin serta kelengkapan lain. Selain itu budak kecil mudah menangis dan jikalau ini berlaku tangisan mereka akan mengundang rasa tidak selesa sesetengah pesakit yang ingin beristirehat dan menganggu jururawat bertugas.
Selain itu kanak-kanak yang menpunyai penyakit akan mudah berjangkit dengan pesakit apabila mereka pergi ke hospital contohnya selsema dan batuk. Anak kecil mempunyai imuniti badan yang jauh lebih rendah berbanding dengan orang dewasa. Kebanyakan ibu bapa tidak sedar tindakan mereka akan mendedahkan si kecil kepada risiko dijangkiti.
TAHUKAH ANDA??
Di dalam wad terdapat pelbagai jenis kuman dan jika pesakit menyentuh anak kecil, secara tidak langsung akan memindahkan kuman-kuman atau jangkitan berkenaan kepada mereka. Termasuk juga di dalam wad, anak-anak kecil berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pesakit lain dan tidak semestinya daripada pesakit yang mereka lawati.
Selain dari itu adalah dinasihati bahawa pelawat tidak harus mengambil masa yang agak lama untuk berziarah melawat pesakit. Adalah lebih baik kerap melawat dari mengambil masa yang lama untuk berziarah. Seelok-eloknya tidak melebih saju jam pada satu-satu masa.
Para pelawat dikehendaki membasuh tangan serta mematuhi peraturan keselamatan lain untuk kebaikan bersama semasa dan sesudah membuat lawatan ke atas pesakit di Hospital.
2 comments:
ajernyer yer.. akak memang kalau gi sepital kalu bole tak nak bawak anak tapi kalau terpaksa bawak gak tapi tak leh nak berlama2...
@Cho Zila: kalau dah terpaksa bawa anak-anak tiada pilihan lain dah melainkan bawa bersama dan bergilir-gilir bersama suami duduk di bawah bersama menemani mereka.
Post a Comment