Tuesday, March 06, 2012

Dilema...



gugel

Semakin sukar apabila kita berurusan dengan orang-orang yang tidak memahami dan suka memintas segala tugas dan pekerjaan yang kita lakukan. Tambah-tambah kalau berada di dalam situasi saya yang berkerja menguruskan jadual orang setiap hari.  Pelbagai karenah majikan, bos-bos atasan yang perlu kita pantau dan seragamkan setiap hari, setiap masa dan setiap saat ada aje permintaan yang bukan-bukan adakalanya masuk akal dan ada kalanya tak masuk akal.

Apabila sorang berkata A dan sorang lagi berkata B kita sebagai orang yang ditengah-tengah menjadi serba salah dan tak keruan. Di ikut payah tak di ikut pun payah naik serabut kepala hotak.

Kisahnya apabila boss besar ingin membuat booking flight ke Kota Kinabalu menaiki flight MAS atas urusan kerja dan business tetapi ketua di jabatan akaun pula tidak bersetuju atas alasan kenapa nak naik MAS sedangkan Air Asia kan ada, lagipun katanya circular telah dikeluarkan untuk setiap penerbangan domestik seharusnya setiap ketua jabatan perlu menaiki penerbangan Air Asia (pulak dah)....yang boss besar mengatakan yang dia tak selesa nak naik Air Asia sebab LCCT crowded katanya dan perkhidmatan tak mesra alam...dia lebih serasi dan selesa untuk menaiki penerbangan MAS hingga beliau sanggup membayar different harga berkenaan. 

Masalahnya saya ditengah-tengah jadi serba salah menjadi orang tengah, dia berdua makan baik bersama sebelum tu tak nak berbincang face-to-face, alih-alih kita jugak yang kena dan apabila terjadinya kekalutan dan kepayahan pengakhirannya boss besar membatalkan trip beliau ke Kota Kinabalu atas alasan tak mahu menaiki flight Air Asia dan tidak mahu memanjangkan cerita lagi.

Macam mana pulak ni...mesyuarat di sana sudah dirancang dan di atur bertemu dengan pegawai atasan Jabatan di sana, alih-alih trip beliau terpaksa dibatalkan. Takkan nak cakap dengan mereka disana trip boss besar batal sebab dia tak nak naik flight Air Asia... (memang saya takkan cakap begitu).  

Buntu dan haru lagi biru....

Penyudahnya Pengurus dan Penolong Pengurus yang kena pergi bagi pihak boss besar bertemu dengan pelanggan di sana.

Pheww!! susah sungguh ...mereka ada internal problem kita yang ditengah-tengah jadi mangsa keadaan.

Tak pasal-pasal kena stress sekejap!!

2 comments:

aReLaN said...

sabar ye.kat sini pon lebih kurang gak.next 2 weeks gi japan tapi orang account macam tak nak bagi je kitorang gi.macam2 la alasan diorang untuk tak meluluskan pemergian kitorang.padahal MD dah lepas pon.aiyaaa

Aziela said...

Kalau dah boss besar bagi arahan, followw jer la.. Small matter, yang akaun tu tak nak besar2kan pulak... Banyak cekadak.. Kalau dah boss besar kata sanggup bayar differences, solvelah problem kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...