Showing posts with label Percutian Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Percutian Keluarga. Show all posts

Wednesday, October 02, 2013

Wajib Bagi Cenderahati Jika Melancong...

Assalammualaikum....


Kalau pergi ke sesuatu tempat tak lengkap rasanya jika melancong tidak membawa balik cenderahati sebagai tanda kenangan mahupun buat hadiah kepada teman-teman. Biasanya pemberian cenderahati yang paling popular dan sering dibeli oleh kita sebagai pelancong untuk dibuat kenang-kenangan buat teman-teman rapat pastinya tak lain tak bukan.......

1. Keychain


Pemberian keychain atau rantai kunci adalah pemberian yang paling popular ketika melancong. Kebanyakan rantai kunci sangat mudah untuk diperolehi. Jika anda tidak berkesempatan atau lupa membeli buah tangan, rantai kunci  boleh diperolehi di lapangan terbang. Kebanyakan rantai kunci lebih murah dijual apabila anda membeli dalam jumlah yang banyak. Rantai kunci menjadi satu pemberian yang berguna dan boleh diingati sampai bila-bila kerana ia pemberian yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Fridge Magnet


Ada sesetengah pelancong gemar mengumpul fridge magnet dari negara yang dilawati sebagai tanda bahawa sudah menjejakkan kaki ke negara tersebut. Pemberian magnet pelbagai corak dan warna ini cukup bererti jika diberi kepada teman yang mengharapkan pemberian dari anda. Selain murah dan mudah didapati, mengumpul dan menampal magnet seperti di pintu peti ais kini boleh menjadi hobi seseorang setelah balik melancong.

3. T-Shirt


Pemberian t-shirt biasanya untuk rakan-rakan yang sudah membuat pesanan. Harga setiap t-shirt yang mempunyai mesej tentang negara yang dikunjungi adalah berbeza mengikut fabrik dan rupa. Namun, kebanyakan pelancong gemar membeli t-shirt yang ringkas dan tidak banyak corak. T-shirt popular yang menjadi kegemaran ketika melancong untuk dibawa pulang adalah tulisan ringkas dan terdapat simbol negara.


4. Minyak Wangi


Minyak wangi biasanya dibeli untuk seseorang yang istimewa dan ahli keluarga yang terdekat. Ada sesetengah minyak wangi dari negara tertentu dijual murah tapi pembelian agak terhad menjadikan minyak wangi bukanlah hadiah yang boleh disenarai paling atas.


5. Aksesori Lain

Gelang manik, rantai, pen atau apa saja aksesori kecil turut menjadi cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain boleh dibeli dengan banyak dan tidak mempunyai masalah ruang untuk menyimpan di dalam beg, ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana saja. Meskipun jam tangan yang anda beli bukanlah yang asli tetapi nilai hadiah yang dibeli dari negara yang anda kunjungi lebih penting. Maklumlah, ia diperolehi dari jauh.

Namun ada juga diantara kita yang paling tidak menghadiahkan poskad menjadi cenderahati tetapi tetap memberi seribu kenangan buat si penerima.... ok apa daripada tak ada langsung kan????

p/s: semua gambar diatas saya pinjam dari kak gugel....


Tuesday, September 04, 2012

Apakan Daya...


Assalammualaikum...

Seronoknya bila berBW baca entri-entri kawan-kawan yang berhari raya merata-rata pelusuk Malaysia sambil bercuti-cuti di tempat-tempat yang menarik memandangkan bertuahnya kita rakyat Malaysia pada tahun ini Hari Raya cuti pun panjang dan banyak masa untuk kita boleh berziarah sanak saudara sambil-sambil bercuti.

Apakan daya saya tahun ini tak beraya sangat dan tak bercuti sangat...banyak planning percutian kami seawal pertengahan tahun terpaksa di tunda akibat dari keadaan kesihatan dan fizikal saya yang tidak mengizinkan.. Raya tahun ini kami anak beranak beraya ala kadar dan nasib baiklah saya mempunyai suami dan anak-anak yang cukup-cukup memahami kondisi saya ketika ini.  Bukan senang nak membawa perut ke sana ke mari jika duduk, berdiri, jalan dan tidur pun dah rasa tak selesa.  Semua agenda yang kami rancang pada awal tahun ini terpaksalah ditunda dan anak-anak bercuti semester baru-baru ini pun merka hanya menghabiskan masa dengan duduk di rumah sahaja beraya di rumah saudara yang berdekatan tanpa pergi kemana-mana dengan alasan doktor juga tidak membenarkan saya bergerak terlalu aktif sehingga selamat bersalin kelak.

Menunggu untuk lagi dua (2) bulan tu memanglah agak lama kalau nak di hitung tapi kalau buat endah tak endah pejam celik pejam celik sekejap aje..Insyaallah selepas habisnya tempoh tamat berpantang saya akan lunaskan segala janji dan perkara yang tertunggak dengan menghiburkan anak-anak yang tidak dapat dikotakan sebelum-sebelum ini.

Kasihan anak-anak saya ni...bukan tak dengar keluhan mereka yang tak dapat berjalan-jalan tipulah kalau saya kata tak ada, sedangkan kawan-kawan mereka yang lain-lain bercuti sekolah merata-rata mereka pergi.

Insyaallah panjang umur dan selamat semuanya saya akan akan membawa kesemua anak-anak saya bercuti tak kiralah di dalam mahupun ke luar negara.  Sekarang ni hanya mampu untuk membaca aje entri menarik kawan-kawan blogger yang bercuti kesana sini aje.

Teruja dan tak sabar rasanya..... SABAR SIKIT AJE LAGI!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...