Assalammualaikum....
Kalau pergi ke sesuatu tempat tak lengkap rasanya jika melancong tidak membawa balik cenderahati sebagai tanda kenangan mahupun buat hadiah kepada teman-teman. Biasanya pemberian cenderahati yang paling popular dan sering dibeli oleh kita sebagai pelancong untuk dibuat kenang-kenangan buat teman-teman rapat pastinya tak lain tak bukan.......
1. Keychain
Pemberian keychain atau rantai kunci adalah pemberian yang paling popular ketika melancong. Kebanyakan rantai kunci sangat mudah untuk diperolehi. Jika anda tidak berkesempatan atau lupa membeli buah tangan, rantai kunci boleh diperolehi di lapangan terbang. Kebanyakan rantai kunci lebih murah dijual apabila anda membeli dalam jumlah yang banyak. Rantai kunci menjadi satu pemberian yang berguna dan boleh diingati sampai bila-bila kerana ia pemberian yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Fridge Magnet
Ada sesetengah pelancong gemar mengumpul fridge magnet dari negara yang dilawati sebagai tanda bahawa sudah menjejakkan kaki ke negara tersebut. Pemberian magnet pelbagai corak dan warna ini cukup bererti jika diberi kepada teman yang mengharapkan pemberian dari anda. Selain murah dan mudah didapati, mengumpul dan menampal magnet seperti di pintu peti ais kini boleh menjadi hobi seseorang setelah balik melancong.
3. T-Shirt
Pemberian t-shirt biasanya untuk rakan-rakan yang sudah membuat pesanan. Harga setiap t-shirt yang mempunyai mesej tentang negara yang dikunjungi adalah berbeza mengikut fabrik dan rupa. Namun, kebanyakan pelancong gemar membeli t-shirt yang ringkas dan tidak banyak corak. T-shirt popular yang menjadi kegemaran ketika melancong untuk dibawa pulang adalah tulisan ringkas dan terdapat simbol negara.
4. Minyak Wangi
Minyak wangi biasanya dibeli untuk seseorang yang istimewa dan ahli keluarga yang terdekat. Ada sesetengah minyak wangi dari negara tertentu dijual murah tapi pembelian agak terhad menjadikan minyak wangi bukanlah hadiah yang boleh disenarai paling atas.
5. Aksesori Lain
Gelang manik, rantai, pen atau apa saja aksesori kecil turut menjadi cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain boleh dibeli dengan banyak dan tidak mempunyai masalah ruang untuk menyimpan di dalam beg, ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana saja. Meskipun jam tangan yang anda beli bukanlah yang asli tetapi nilai hadiah yang dibeli dari negara yang anda kunjungi lebih penting. Maklumlah, ia diperolehi dari jauh.
Namun ada juga diantara kita yang paling tidak menghadiahkan poskad menjadi cenderahati tetapi tetap memberi seribu kenangan buat si penerima.... ok apa daripada tak ada langsung kan????
p/s: semua gambar diatas saya pinjam dari kak gugel....
p/s: semua gambar diatas saya pinjam dari kak gugel....
2 comments:
beri apa yg termampu ...
Yup2.. Memang wajib beli baju sehelai.. hahaha
Post a Comment