Tuesday, September 04, 2012

Apakan Daya...


Assalammualaikum...

Seronoknya bila berBW baca entri-entri kawan-kawan yang berhari raya merata-rata pelusuk Malaysia sambil bercuti-cuti di tempat-tempat yang menarik memandangkan bertuahnya kita rakyat Malaysia pada tahun ini Hari Raya cuti pun panjang dan banyak masa untuk kita boleh berziarah sanak saudara sambil-sambil bercuti.

Apakan daya saya tahun ini tak beraya sangat dan tak bercuti sangat...banyak planning percutian kami seawal pertengahan tahun terpaksa di tunda akibat dari keadaan kesihatan dan fizikal saya yang tidak mengizinkan.. Raya tahun ini kami anak beranak beraya ala kadar dan nasib baiklah saya mempunyai suami dan anak-anak yang cukup-cukup memahami kondisi saya ketika ini.  Bukan senang nak membawa perut ke sana ke mari jika duduk, berdiri, jalan dan tidur pun dah rasa tak selesa.  Semua agenda yang kami rancang pada awal tahun ini terpaksalah ditunda dan anak-anak bercuti semester baru-baru ini pun merka hanya menghabiskan masa dengan duduk di rumah sahaja beraya di rumah saudara yang berdekatan tanpa pergi kemana-mana dengan alasan doktor juga tidak membenarkan saya bergerak terlalu aktif sehingga selamat bersalin kelak.

Menunggu untuk lagi dua (2) bulan tu memanglah agak lama kalau nak di hitung tapi kalau buat endah tak endah pejam celik pejam celik sekejap aje..Insyaallah selepas habisnya tempoh tamat berpantang saya akan lunaskan segala janji dan perkara yang tertunggak dengan menghiburkan anak-anak yang tidak dapat dikotakan sebelum-sebelum ini.

Kasihan anak-anak saya ni...bukan tak dengar keluhan mereka yang tak dapat berjalan-jalan tipulah kalau saya kata tak ada, sedangkan kawan-kawan mereka yang lain-lain bercuti sekolah merata-rata mereka pergi.

Insyaallah panjang umur dan selamat semuanya saya akan akan membawa kesemua anak-anak saya bercuti tak kiralah di dalam mahupun ke luar negara.  Sekarang ni hanya mampu untuk membaca aje entri menarik kawan-kawan blogger yang bercuti kesana sini aje.

Teruja dan tak sabar rasanya..... SABAR SIKIT AJE LAGI!!

6 comments:

Dkna Abza said...

tak sihat ye???

dkna doakan semuanya baik-baik jer.. selamat hari raya :)

Aziela said...

Takperlah wak. Yang penting kesihatan harus diutamakan. Insyaallah ada masa dan peluang yang lebih sesuai lagi nanti.

Unknown said...

smuge akak cpt chat...ley g jenjalan puas2..hehe

Izwa Kamaruddin said...

takpe la kak...sikit lagi je kan?insya Allah bila tiba masa tu sgt berbaloi menunggu nyer..


*terasa pulak hati ni..adakah saya dah kecikkan hati akak dgn entry cuti saya?soriii...

..::..aRe-Na..::.. said...

x pe la..nti dah sihat leh la jenjalan kemana sj yer..jg diri & kesihatan yer:-)

maszull said...

assalamualaikum rahmah...kesian nyer tapi x apa lepas pantang nanti boleh berjalan balik kan...

p/s semoga selamat semuanya yer...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...