Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, November 03, 2011

Ada Ke Orang Buat Persiapan Hari Raya Aidiladha?....

Jarang sekali saya dengar orang membuat persiapan berhabis-habisan kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha, kalau ada pun takat nak masak-memasak masakan wajib hari raya macam merendang, nasi impit ke, melemang atau pelbagai makanan lain tu adalah.  Selalunya orang membuat persiapan kala ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri aje.

Ketika saya berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah semalam, saya dan En Habi menyinggah ke pusat membeli belah kerana ingin membeli barang keperluan dapur sebentar, tetapi nak di jadikan cerita saya melintas ke sepasang pasangan suami isteri yang isteri beliau begitu taksub melihat barangan kemas yang di pamerkan di ruangan pameran di kedai emas berkenaan sambil berkata pada suaminya "Abang..... nak raya ni ayang mintak satu boleh tak belikan ayang rantai ni, abang pernah janji kan, Kalau macam tu tak jadilah beli langsir, abang belanja aje ayang rantai ni".... rasanya dalam troli barang dia tu penuh kain cadar, baju dan barang-barang dapur dah(banyak sungguh duit suaminya ye?) Sampai macam tu sekali nak sambut raya haji.

Ada ke orang membeli langsir baru, menukar sarung kusyen, cadar katil, atau menempah pakaian baru hanya semata-mata kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha? Bukan ke Hari Raya Aidiladha ini perlukan banyak perngorbanan dan hanya meriah diraikan oleh mereka-mereka yang menunaikan haji. Rasanya jemaah haji di sana pun sibuk beribadat, yang kita di sini sibuk nak menukar dan memasang itu dan ini hanya ingin menyambut dan meraikan kedatangan RAYA.

Bukankah di dalam islam juga menyuruh kita semua bersederhana dan tak perlu bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk sebaliknya banyakkanlah lakukan sedekah.  Kalau duit dah terlebih sangat tu adalah lebih baik kita berZAKAT, betul tak?

Dunia oh Dunia!!

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Rayaku. . .

Assalammualaikum semua,

Dok sibuk BW entri-entri menarik dari kawan-kawan bercerita pasal hari raya mereka, saya hampir terlupa tentang kisah raya saya tahun ini.

Seperti yang saya pernah ceritakan pada entri sebelum ini, tahun ini saya sekeluarga berhari raya di sebelah suami di rumah MIL yang terletak di Melaka.


Alhamdulillah, seronok juga beraya disana walaupun kemeriahannya tak dapat dirasakan sangat. Bak kata anak-anak saya "tak bestlah raya tahun ni mama, tak macam raya pun", mungkin dia berasakan bahawa raya kami tahun ini meriah kerana beraya di berlainan lokasi iaitu keluar dari Kuala Lumpur yang beliau anggap Melaka tu 'kampung' tetapi suasana disana nyata berlainan kerana rumah MIL saya di Melaka terletak di dalamkawasan Taman Perumahan yang suasananya sama seperti berada di KL juga. Malahan kami tidak tidur di rumah MIL sebaliknya kami menginap di hotel yang menambahkan lagi KEKURANGAN rasa Hari Raya pada mereka (anak-anak) saya umpama seperti kami pergi bercuti aje.


Seperti yang dinyatakan dah namanya bermalam di hotel 'pagi-pagi' (takdelah pagi sangat sebab menunggu pwincess bangun tidur) dalam pukul 8:30 pagi dengan En Habi dan anak-anak yang tak sempat pergi sembahyang raya (kami kesiangan) bertolak pergi ke rumah MIL tapi sebelum tu sempat lagi kami singgah ke Tesco di pagi hari mencari butang baju melayu dengan harapan adalah hendaknya butang yang dicari terjual.

Macam-macam pe'el macam koboi, bila dah first time beraya diluar kawasan pelbagai benda yang diingat untuk dibawa akan jadi lupa kan?

Tak habis lagi. . . hari pertama aidilfitri kami dihabiskan dengan menonton tv dan bergambar sepanjang hari lepas tu makan tak hengat dari pagi sampai ke malam. Nak pergi beraya pun MIL tak berapa nak pergi jadi kesudahannya duduk rumah lah kami. Kalau ada beraya time malam pergi ke rumah datuk saudara sebelah MIL.


Begitulah pada hari berikutnya raya kedua kami, tapi menjelang tengahari kami dah berangkat balik pulang ke Kuala Lumpur tetapi menjelajah juga ke rembau dan bangi untuk beraya.

Raya ketiga dan keempat kami diisi dengan aktiviti ziarah kunjung mengunjungi sanak saudara sebelah saya dan suami.


Begitulah Raya Kami Pada Tahun 2011. Di harap semoga ketemu di tahun hadapan jika dipanjangkan umur.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 02, 2011

Rayakah?

Assalammualikum semua,

Dah lama rasanya saya biarkan blog saya ni berhabuk, tanpa diapdet. Apa khabar anda semua?

Pasti ada yang sibuk menghadiri majlis rumah terbuka dan tak kurang juga ada yang membuat rumah terbuka juga.

Pejam celik, pejam celik dah hari yang ke-4 kita semua menyambut hari raya kan? Masa berlari terus meninggalkan kita semua dengan lajunya.

Bagaimana RAYA anda semua tahun ini?

Di mana anda sambut RAYA tahun ini?

Seronokkah RAYA anda pada tahun ini?

Bahagiakah RAYA anda tahun ini?

Banyak tak dapat duit RAYA tahun ini?

Alhamdulillah syukur dengan semua pemberiannya.

Saya ada juga membaca status rakan-rakan diFB yang mengatakan bahawa raya mereka tahun ini sedikit hambar. KENAPA YE?

Ada pula tu memaklumkan bahawa pelancong asing mengatakan sambutan hari raya aidilfitri tahun ini di Malaysia tidak meriah dan hambar, sebaliknya dipenuhi dengan warga asing sahaja. Ermmmmm... (pasal apa yang pi KL time raya, memang la ramai warga asing, sebab orang semua dah balik kampung kan?)

Tetapi apa pun semestinya raya yang kita semua takkan lupa iaitu pada zaman kanak-kanak aje. Terlalu banyak memori di zaman dahulu jika hendak dibandingkan pada raya dizaman sekarang. Anak-anak saya pun tak merasa suasana hari raya sepertimana saya kanak-kanak dahulu. SUNGGUH BERBEZA.

Oklah kawan-kawan saya berhenti disini dulu ye. Ada tetamu yang datang beraya. Insyaallah saya bersiaran lagi. Diharapkan anda semua sihat dan berbahagia hendaknya. Pada yang akan pulang ke KL berhati-hati memandu. Elakkan dari kesesakan jalanraya, rancang perjalanan anda.

Assalammualaikum.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...