Thursday, November 03, 2011

Ada Ke Orang Buat Persiapan Hari Raya Aidiladha?....

Jarang sekali saya dengar orang membuat persiapan berhabis-habisan kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha, kalau ada pun takat nak masak-memasak masakan wajib hari raya macam merendang, nasi impit ke, melemang atau pelbagai makanan lain tu adalah.  Selalunya orang membuat persiapan kala ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri aje.

Ketika saya berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah semalam, saya dan En Habi menyinggah ke pusat membeli belah kerana ingin membeli barang keperluan dapur sebentar, tetapi nak di jadikan cerita saya melintas ke sepasang pasangan suami isteri yang isteri beliau begitu taksub melihat barangan kemas yang di pamerkan di ruangan pameran di kedai emas berkenaan sambil berkata pada suaminya "Abang..... nak raya ni ayang mintak satu boleh tak belikan ayang rantai ni, abang pernah janji kan, Kalau macam tu tak jadilah beli langsir, abang belanja aje ayang rantai ni".... rasanya dalam troli barang dia tu penuh kain cadar, baju dan barang-barang dapur dah(banyak sungguh duit suaminya ye?) Sampai macam tu sekali nak sambut raya haji.

Ada ke orang membeli langsir baru, menukar sarung kusyen, cadar katil, atau menempah pakaian baru hanya semata-mata kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha? Bukan ke Hari Raya Aidiladha ini perlukan banyak perngorbanan dan hanya meriah diraikan oleh mereka-mereka yang menunaikan haji. Rasanya jemaah haji di sana pun sibuk beribadat, yang kita di sini sibuk nak menukar dan memasang itu dan ini hanya ingin menyambut dan meraikan kedatangan RAYA.

Bukankah di dalam islam juga menyuruh kita semua bersederhana dan tak perlu bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk sebaliknya banyakkanlah lakukan sedekah.  Kalau duit dah terlebih sangat tu adalah lebih baik kita berZAKAT, betul tak?

Dunia oh Dunia!!

6 comments:

mak encik | SZ said...

ihikss...
mungkin backdated sambutan raya aidilfitri kot kak... ;)

Ca'Oi_Bartowski said...

anda telah di tag

http://takbest.blogspot.com/2011/11/hola.html

Si BuDaK KaChAk said...

mungkin time raya aritu dia berkabung kot...hehe

QasehnyaRania said...

nama sis di tag lagi ....singgah blog cik su yer

Aziela said...

alahai...untungnya husband kita dapat kita yer....

Anonymous said...

Ada ke orang membeli langsir baru, menukar sarung kusyen, cadar katil, atau menempah pakaian baru hanya semata-mata kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha? Bukan ke Hari Raya Aidiladha ini perlukan banyak perngorbanan dan hanya meriah diraikan oleh mereka-mereka yang menunaikan haji.-----> aidiladha bukan hanya untuk org pergi haji...sori ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...