Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

G-String


Assalammualaikum...

Owh kalau tengok tajuk pasti ada yang fikir hari ni saya nak tempekkan entri pasal seluar dalam sepanjang hari...bukan...bukan..jauh sekali nak letak gambar seksis yang bakal membuntangkan mata anda semua.  Tak naklah!!

Kisahnya amat menarik perhatian saya dan macam biasa teringin nak berkongsikan cerita dan maklumat yang saya dapati kepada semua.  Manalah tahu ianya bermanafaat pulak lepas ni.

Zaman sekarang ni sebut aje G-String pasti ramai yang dah tahu dan sudah menjadi trend terkini bagi para remaja dan golongan tak kira umur memakainya.  Yang pasti mereka memakainya kerana khuatir dengan garisan seluar dalam yang ketara nampak ketika memakai pakaian ketat, nipis dan bewarna cerah.  Tetapi berlainan pula dengan wanita di negara barat yang saya rasakan mereka memakai G-String adalah disebabkan untuk mendapatkan kulit berwarna sawo matang.

TETAPI tahukah anda pemakaian G-String boleh mengundang kepada beberapa isu kesihatan dan keselamatan jika ianya dipakai dengan cara yang tidak betul.

Sebelum tu TAHUKAH anda apa itu G-String?

Pakaian dalaman yang diperbuat dari secebis kain yang hanya menutupi bahagian hadapan yang mana talinya halus menyambungkan ia melalui punggung dan sekeliling pinggang. 

Antara penyakit yang perlu dipandang serius oleh si pemakai G-String antaranya jangkitan di bahagian faraj dan saluran kencing.  Ini adalah kerana G-String biasanya di perbuat daripada fabrik sintetik yang mana boleh memerangkap lembapan terutamanya di bahagia genital dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan bakteria potagen.

Selain itu geseran yang terkena pada kulit oleh tali-tali berkenaan juga boleh menyebabkan kerosakan kulit dan meningkatkan risiko "Buasir".

Erm...memacam betul kan penyakit nak hinggap ke badan kita kalau tak kena caranya. Walhasilnya nak bergaya tampak hebat dan cantik pun boleh mengundang kepada keburukan rasanya tak perlu kot nak memakai benda-benda yang tidak mendatangkan hasil serta memudaratkan kita. 

Pakaian dan seluar dalam yang ada pun sekarang ni sudah cukup selesa pokok pangkalnya pilih dan teliti akan mutu dan material kainnya barulah selamat kita nak pakai.


Wednesday, May 09, 2012

Pilih Rakan Yang Baik



Kebanyakan kes jenayah dalam kalangan anak muda berlaku kerana pengaruh kawan. Sebagai orang muda, kita selalu didorong rasa mahu diterima dalam kelompok tertentu. Kadangkala dengan menjadi anak nakal, kita rasa diri hebat dan diterima, maka inilah yang mendorong ramai yang terjebak. 

Dalam memilih kawan yang baik, Rasulullah sendiri menegaskan dalam hadis riwayat Muslim, “Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tidak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, adakalanya kita akan dipalit minyak wangi, atau kita beli daripadanya, atau setidak-tidaknya dapat mencium harumannya. 

Gambar Hiasan Ehsan Google

Jika berkawan dengan peniup api, adakalanya pakaian kita boleh terbakar atau setidak-tidaknya pasti tercium bau busuk.” Hadis ini menjadi garis panduan bagi kita dalam memilih kawan kerana kawan kita sebenarnya adalah cermin peribadi kita juga.



Tidak dinafikan, sebagai manusia, kita ada naluri ingin mencuba yang sangat kuat. Namun sebelum mencuba, cubalah fikir dahulu kesan yang akan menimpa. Rasa-rasanya sebagai anak muda yang waras, kita memang sudah sedia maklum sebab dan akibat daripada sesuatu perbuatan. Jadi, tidak perlulah mencuba sesuatu yang sia-sia atau sesuatu yang memang diyakini akan memberikan kesan besar pada masa depan sendiri.

Friday, April 20, 2012

Sukarnya Menjadi Ibu & Bapa


Assalammualaikum semua...

Gambar Hiasan 
Ehsan dari Google


Menjadi ibu bapa dizaman yang sangat pesat berkembang dan berubah dengan penuh kecanggihan teknologi bukanlah suatu tugas yang mudah.  Para ibu bapa sekarang menghadapi terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.

Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak sudah mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nasfu syahwat, cara dan gaya mereka berpakaian dan lain-lain.  Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai pengaruh serta tekanan dari luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan, menghayalkan, menyelewengkan aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja kita sekarang.

Sukarnya menjadi ibu bapa kerana perlu memastikan aktiviti anak-anak seimbang dengan pembentukan peribadi mereka dan menjadi seorang anak yang baik budi pekerti, menghormati orang tua dan bertanggungjawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...