Friday, April 20, 2012

Sukarnya Menjadi Ibu & Bapa


Assalammualaikum semua...

Gambar Hiasan 
Ehsan dari Google


Menjadi ibu bapa dizaman yang sangat pesat berkembang dan berubah dengan penuh kecanggihan teknologi bukanlah suatu tugas yang mudah.  Para ibu bapa sekarang menghadapi terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.

Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak sudah mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nasfu syahwat, cara dan gaya mereka berpakaian dan lain-lain.  Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai pengaruh serta tekanan dari luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan, menghayalkan, menyelewengkan aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja kita sekarang.

Sukarnya menjadi ibu bapa kerana perlu memastikan aktiviti anak-anak seimbang dengan pembentukan peribadi mereka dan menjadi seorang anak yang baik budi pekerti, menghormati orang tua dan bertanggungjawab.

9 comments:

aReLaN said...

skang ni memang makin mencabar tanggungjawab & tugas ibu bapa kan.hmmm..camne la diri ini nanti

fizafantagiro said...

Mmg mcabar di zaman yg smkin moden ni .. yg penting didikan agama kena tinggi kn :)

Syaz said...

cantik blog awak...thanks sudi singgah blog saya..saya join follower awak..:)

Reena Sidek said...

budak2 sekarang byk sangat terdedah dgn dunia luar... dam mudah sangat terikut2 dan terpengaruh...
sbb tu tanggungjawab ibu bapa sekarang sangat mencabar...

Aziela said...

Mcm manalah saya esok2 nak handle anak remaja...

Mass said...

betul..betul..memang mencabar jd ibu bapa zaman sekarang..
memerlukan ilmu dan daya tahan yang tinggi..huhuh

p/s: kiut sgtlayout nih....comel sgt..hehe

Unknown said...

ye, sbgai anak. sya tau, memang kadangkala, sy sukar sikit dijaga. tpi b'usaha utk pnuhi nasihat ibubapa. akhirnya, saya berjaya dalam hidup saya, insyaAllah.

Anis Azmee said...

follow u :D
wahhh ! banyak info menarik disini !
terima kasih ! datang lagi ! ^_^

[sutera kasih] said...

cabaran zaman moden...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...