Kebanyakan kes jenayah dalam kalangan anak muda berlaku kerana pengaruh kawan. Sebagai orang muda, kita selalu didorong rasa mahu diterima dalam kelompok tertentu. Kadangkala dengan menjadi anak nakal, kita rasa diri hebat dan diterima, maka inilah yang mendorong ramai yang terjebak.
Dalam memilih kawan yang baik, Rasulullah sendiri menegaskan dalam hadis riwayat Muslim, “Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tidak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, adakalanya kita akan dipalit minyak wangi, atau kita beli daripadanya, atau setidak-tidaknya dapat mencium harumannya.
Jika berkawan dengan peniup api, adakalanya pakaian kita boleh terbakar atau setidak-tidaknya pasti tercium bau busuk.” Hadis ini menjadi garis panduan bagi kita dalam memilih kawan kerana kawan kita sebenarnya adalah cermin peribadi kita juga.
Tidak dinafikan, sebagai manusia, kita ada naluri ingin mencuba yang sangat kuat. Namun sebelum mencuba, cubalah fikir dahulu kesan yang akan menimpa. Rasa-rasanya sebagai anak muda yang waras, kita memang sudah sedia maklum sebab dan akibat daripada sesuatu perbuatan. Jadi, tidak perlulah mencuba sesuatu yang sia-sia atau sesuatu yang memang diyakini akan memberikan kesan besar pada masa depan sendiri.
3 comments:
Betolll... TQ wak, for being my friend..
Salam kenal...
betul..setuju sangat..org akan menilai kita dengan melihat siapa kawan kita..
salam kak ram..
kekadang dah betul2 pilih pun still terkena jgk dgn kawan yg tikam belakang:(
Post a Comment