Sekejap hilang, sekejap timbul saya ni... Maafkanlah saya yang kebelakangan ini agak sedikit kebizian tak kiralah di pejabat mahupun di rumah ada saja kerja yang kena dibuat.
Kesempatan nak mengapdet blog tu memang takde kerana ada sahaja tugasan dan perkara yang hendak disetelkan.
Apa khabar anda semua? Lagi 3 hari kita semua perlu menunaikan tanggungjawab kan jadi haruslah difikirkan secara adil dan saksama bagi menentukan hala tuju negara dan masa depan kita selama 5 tahun lagi...
Anda semua mengundi di mana? Saya barulah merasa kali ni nak mengundi almaklumlah tak pernah lagi.... Hehehehe...
Oh ya! Antara perkara wajib dan yang perlu korang yang baca ni tahu kenapa tahap kebizian saya ni melampau-lampau adalah kerana setiap minggu saya menemani anak2 bermain go kart dan minggu baru ini mereka menghadapi sesi tournament sekali lagi yang mana dianjurkan pada setiap hujung bulan. Jadi memang tak sempatlah nak apdet apa. Cuma ini ajelah santapan yang ada dan sempat kami sediakan untuk tatapan kawan blogger saya.
Kali ni anak-anak tak berjaya mendapat tempat di podium kerana alasan mereka kart yang mereka dapat kali ni bermasalah dan lembab.. Entahlah....
