Showing posts with label Tournament. Show all posts
Showing posts with label Tournament. Show all posts

Tuesday, October 01, 2013

Rotax Max Challenge Asia & Malaysia 2013



Assalammualaikum....

Being a bit busy lately kawan-kawanku menguruskan anak-anak since last few weeks yangterutama yang sulung sibuk melayakkan diri memasuki pertanding Go Kart peringkat Asia yang mana berlangsung di Pekan, Pahang dari 28-29 September 2013.

Season terakhir bagi tahun 2013 yang mana anak yang sulung saya berjaya melayakan diri beliau untuk turut sama bertanding.  As a new beginner memang kami suami isteri sangat-sangat teruja dan berbangga akan pencapaian beliau ini.

Insyaallah tahun hadapan 2014 pertandingan bagi season pertama akan berlangsung pada bulan March di Sepang International Go Kart Circuit.  Kali ini mereka berdua (adik-beradik) akan melayakan diri masing-masing untuk bertanding.

Keputusan pencapaian bagi kategori "Rotax Macromax" yang disertai oleh anak saya dimenangi oleh peserta dari Malaysia yang tidak kurang hebatnya.  Beliau memegang carta juara lebih kurang 3 kali since season yang pertama.  Walaupun tidak berapa cemerlang as a new beginner tetapi anak saya berjaya mendapat tempat ke 12 dalan Asia dan tempat ke 7 di Malaysia.

Alhamdulillah dengan pelbagai pressure dan kemalangan kecil yang dihadapi, beliau berjaya juga menamatkan sesi pertandingan pada season kali ini...semoga beliau akan lebih dan terus cemerlang pada tahun hadapan untuk pertandingan race kedua beliau di peringkat Asia.

Pendedahan serta pengalaman menjadikan seseorang itu matang, lebih baik dan terbaik dalam memperbaiki kesilapan mereka pada masa akan datang.

Banyak pengalaman menarik dan menjadi kenangan bagi kami as parents dan juga pada anak-anak pada pertandingan kali ini.

Insyaallah semoga beliau terus sukses pada pertandingan akan datang....




































Tuesday, September 24, 2013

Wordless Wednesday #89

Semoga Berjaya Anakku!!

Doa kami semua seiring dengan semangat dan azammu...

Insyaallah...


Good Luck Son!!

Monday, April 01, 2013

Karting Lagi.. Tahniah Abang!!


Assalammualaikum...

Memulakan hari di pagi Isnin ini yang mana saya pasti ramai yang melakukan pelbagai aktiviti menarik wiken baru-baru ini.

Sekolah telah bermula dan semua ibu bapa pun dah back to normal routine life mode berkejar-kejaran dan yang pastinya  sesi berkejar-kejaran tu memang selalu terjadi pada saya suami isteri tak kiralah cuti sekolah ke atau tak cuti sekolah ...yang pasti sama aje kami ni...

Bagaimana wiken anda semua baru ini? Pasti seronok dengn mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yagn berfaedah bukan? Kami sekeluarga biasalah..setiap minggu mesti berkampung di Shah Alam bagi melihat anak-anak saya yang sibuk melakukan aktiviti latihan go kart mereka.



Bz mengalahkan nak masuk F1 pulak kami ni?  Tapi takpelah asalkan anak-anak happy selalu.

March melabuhkan tirai semalam di mana anak-anak saya menghadapi sesi tournament bulanan anjuran kelab go kart mereka yang berlangsung di Shah Alam International Kart Circuit.

Alhamdulillah...prestasi anak-anak semakin hari semakin baik dan hopefully mereka akan terus memantapkan lagi skill dan masa terbaik mereka. 


Semalam sahaja si Abang berjaya mendapatkan tempat ketiga dengan mencatatkan masa sebanyak 1:10kmj manakala si Adik pula hanya dapat mengumpulkan masa terpantas beliau sebanyak 1:15kmj.  Walaupun beza adik jauh berbanding abang tapi azam mereka tetap sama mereka mahu memantapkan lagi prestasi masa terpantas mereka hingga ke 1:00kmj.  Insyaallah mereka boleh.





Tahniah pada Abang..hopefully next week dah boleh test di litar Sepang pulak dengan "kart" baru mereka yang telah siap.


Pheww!! penat sungguh ngalahkan jadi gadis litar...lepas tu balik rumah PENGSAN ngalahkan racing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...