Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts
Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Terima Kasih

Assalammualaikum...

Lamanya tak bersiaran... Memang dah lapuk dan bersawang dah blog saya ni. Mood nak berblogging memang kelaut memanjang takde nya yang tetap.. Memanjang sakit dan putus di tengah jalan hehehehe....

Oh ya! Diam tak diam kita dah beralih ke bulan Syaaban dan tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma.. Ada yang masih gigih mengganti puasa ke? Saya jugak yang tak sudah2 lagi selamat habis mengganti.. Hailah alamat membayar FIDYAH lagilah tahun ni. Bilalah azam nak habis ganti puasa ni tamat ye??



Erm... Alang-alang dah post entri ni saya nak merakamkan ucapan terima kasih pada En Habi (for the gift sempena anniversary) dan syukur dipanjatkan pada Allah swt atas pemberian rezeki yang tak putus2 diberikan pada kami sekeluarga serta masih lagi diberikan nafas dan peluang untuk menumpang dibumi Allah ini sehingga ke hari ini. Moga kesihatan dan kebahagiaan kami berkekalan selamanya Amin..... Yang penting tidak lupa denganNYA dan selalulah kita bersedekah dan berdoa akan kebahagiaan kedua ibubapa kita... Insyaallah!


Terima kasih juga pada kawan sepejabat saya En Zarir Hasif yang mana beliau sudi melayan kerenah saya untuk mendapatkan tandatangan bagi koleksi buku novel peribadi saya bertajuk "Sebenarnya Saya Isteri Dia" daripada pelakon utamanya iaitu Izzue Islam (special entri untuk ini boleh refer pada blog kawan sepagar saya Pn Aziela).


Alhamdulillah... Terima kasih semua!






Thursday, June 07, 2012

Tamat Sudah....Jika Ada Jodoh Kita...


Assalammualaikum ....

Hari ini dan diwaktu ini maka TAMATlah sudah kontrak pertukaran link di antara saya dan blogger Betol-Betol Hangat yang mana selama ini banyak membantu saya dalam meniti hari-hari sebagai seorang blogger serta memperkenalkan blog saya ini di mata umum...

Terlalu banyak perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang Sdra. Azri (pemilik blog) berkenaan berikan kepada saya untuk terus memperbaiki mutu dan persembahan blog saya agar nampak elok, ringan dan sesuai dikunjungi oleh ramai orang terutamanya yang datang menyinggah dari blog beliau.

Sungguh amat-amat memberangsangkan dan nampak akan kemajuan atas blog saya ini beberapa bulan lepas sehingga kini.  Jumlah pengunjung boleh dikatakan setiap hari menyinggah di sini agak tinggi as compared to previous-previously sebabnya semakin ramai kawan-kawan blogger lain yang sudi berziarah dan menyinggah ke blog saya dan sekaligus ada yang sudi menjadi kawan blog saya.


Terima kasih pada Azri atas kesudian beliau bertukar link dengan saya dan rasanya jangkamasa yang diberikan kepada saya untuk terus bertenggek di blog beliau memang agak lama dan saya cukup-cukup puas hati.

Diharapkan agar dilain hari dan masa sudilah kiranya Azri memberi peluang kepada saya untuk terus bertukar link dan sudilah berziarah ke blog akak yang tak seberapa ini selain memberikan tips-tips menarik untuk terus kekal dan memperbaiki mutu blog akak pada masa akan datang.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertukar link lagi....

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami dilain hari,
Diharap sudi bantulah akak-akak ni lagi



Thursday, May 31, 2012

Penghargaan



Assalammualaikum...

Rakan Seperjuanganku.....

Setiap orang mempunyai pasang surut di dalam kehidupan mereka (takde kena mengena dengan entri...jauh menyimpang ayat tu).  Saya merasakan yang saya mempunyai cara yang tersendiri untuk menghargai kawan-kawan saya yang mana kesudian dan sokongan dari anda semua adalah penguat dan pemberi semangat untuk saya terus bercerita dan menulis di dalam dunia blogging ini.

Terima kasih pada anda semua kawan-kawan yang sudi mengikuti dan memberikan komen-komen yang membina serta menceriakan hari-hari saya setiap hari.  Kesudian dan kelapangan anda semua menyinggah ke blog saya ini amat memberikan makna yang mendalam bagi saya.

Jumlah ini amat-amat saya kagumi dan bangga dengan ketidak bagusan gaya penulisan saya serta cerita yagn saya rasakan agak sedikit merapu dan terlewat kekadang amat membaggakan saya.

Alhamdulillah kini saya rasakan setiap titipan saya menjadi tatapan kawan-kawan semua walaupun bukanlah superb dan menarik pun entri saya macam blogger-blogger sifu dan terkenal yang mencecah alexa dan ping tertinggi setiap hari tapi alhamdulillah adalah juga orang yang sudi singgah dan mengikuti blog 'kurang' saya ini.

TERIMA KASIH kawan-kawan semua, Saya SAYANG anda semua dan sudi-sudikanlah berziarah dan memberikan pandangan dan kritikan membina untuk saya terus bertapak dalam dunia penulisan blog ini.

Semoga anda semua terus maju dan sukses bersama dan seiring dengan kemajuan teknologi dan sama-sama memanafaatkan kemudahan yang sedia ada untuk menyampaikan info dan pengalaman untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

Monday, May 07, 2012

Blog Pilihan Zamani 84



Terima Kasih tak terhingga pada Zamani 84

Alhamdulillah di atas kesudian menjadikan blog ini sebagai pilihan.....sungguh-sungguh terharu dan tak terhingga ucapan terima kasih saya kepada Zamani dan kawan-kawan blogger semua. 

Tanpa kalian semua siapalah saya dalam dunia blogging ni. Terharu, Gembira dan seronok sambil bersyukur kehadrat ilahi atas kesudian anda semua singgah dan memberikan komen-komen yang membina pada blog saya untuk kebaikan kita bersama (perasan macam dapat award ahah.....)


Pada peserta lain Good Luck Insyaallah selepas ini rezeki anda pula.....  Kerana sudah semestinya blog anda merupakan blog yang hebat-hebat belaka selain comel dan canggih serta amat sesuai sekali untuk dibaca dan menyinggah.  Serius kebanyakkannya rata-rata memang saya suka dan jika berkesempatan memang saya takkan MISS untuk menyinggah.



Selain itu saya ucapkan terima kasih juga pada Whitey Mommy yang sudi menyumbang idea mendesign blog saya ini dan juga kesudian beliau melayan kerenah saya.


Keratan dari blog Zamani 84

Pada yang belum berkesempatan, sudi-sudikanlah menjengah ke entri ini di SINI.

 Selamat Berblogging semua!! 





Monday, October 03, 2011

Versatile Blogger Award


Ahaa!! Saya dapat AWARD!! Alhamdulillah...(gaya macam orang menang oscar pulak)

Terima kasih berganda-ganda pada Zira Aziz kerana sudi menghadiahkan saya award ni. Award yang tak terhingga ini akan saya tempekkan di sebelah belog kesayangan saya ini buat kenang-kenangan saya pada Zira.

Owh! Ada RULES ye? Baik-baik apa dia tu?

1- Thank and link back to the person who gave you the award. (Am done with it)

2 - Share seven (7)things about yourself on the post.

* Seperti yang anda semua tahu nama pena saya Rahmah Ram Ram (pronounce as "rem rem" tau bukan "ram ram") ram ram tu dah macam adik ramlah ram pulak (tak mau..tak suka)

* Saya bekerja sebagai seorang 'secret tary" (hahaha..SECRET la sangat tu). Mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu 2 orang lelaki dan seorang perempuan.

* Saya suka window shopping, makan-makan, jalan-jalan cuci mata bersama kekasih hati saya iaitu En Habi dan anak-anak saya.

* Di waktu terluang (banyak sangat ke waktu terluang tu) saya suka menghabiskan masa saya berblogging, membaca novel-novel, majalah, menonton wayang, dvd, dan macam-macamlah

* Feveret fud saya (tak ada semua saya belasah) janji saya makan. Tolak

* Owh!! saya amat gemarkan lakonan dari pelakon idola saya (sememangnya semua pun akan idolkan dia) semestinya Dennis Oh, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz (suka sangat lah tu)

* DAN saya cukup pantang kalau seseorang tu moody tak tentu hala, bila kita bercakap atau senyum dia buat DERK aje...nak aje kena makan pelempang dengan saya...rasa macam nak humban dalam tong sampah

LASTLY............

3 - Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.

1. The Rainbow Journey
2. Eryn Bercerita
3. My All
4. Sj Itu Aku
5. MasZull
6. DIERA TEKIKUSHIKA
7. Pucuk Dan Ubi
8. Somewhere Anywhere
9. Cinnamon.com
10. Kancil 8349
11. Blade Edge
12. Kisah klasik Azura
13. Blog Cik Meeja
14. Azwan's Princess
15. yoUnique

PHEW!!!! SIAPP!!! Bertungkus-lumus menyenaraikan kawan-kawan blogger saya kali ni...pada kawan-kawan yang saya tak sempat nak senaraikan nama tu, jangan kecil hati ye..korang pun deserved to have this AWARD jugak.

TERIMA KASIH!!

Tuesday, September 27, 2011

The Rainbow Journey Jiran Sepagarku..

Alahai..........terharu lagi saya kali ni di atas kesudian jiran sepagar saya Pn. Aziela membuat suatu entri mengenai saya. Tak terhingga dan tidak cukup rasanya ungkapan terima kasih yang saya berikan pada beliau atas kesudian beliau menempekkan entri mengenai saya di dalam blog beliau (bukan senang tau).



Terima kasih pada sahabat baik, teman sekerja, teman seblogging dan jiran sepagar yang saya sayangi Pn. Aziela. Sesungguhnya ketahuilah awak banyak membantu saya di kala saya masih bertatih-tatih untuk memulakan dunia blogging ini (al-maklumlah tak celik IT).

Hakikatnya, kata-kata awak yang terlalu menggunung memuji itu sepatutnya kita kongsikan bersama kerana kita sama-sama memulakan dunia blogging ini kerana awak banyak membantu saya juga memperkenalkan saya dengan rangkaian-rangkaian yang menyalurkan informasi terkini serta taktik-taktik penulisan blog yang sempurna. Insyaallah berkat kesabaran kita semua akan terubat dengan hasil kerja tangan kita ini suatu hari nanti.

(statement macam menang award blogger termashyur pulak....padahal baru diperkenalkan sebagai blogger baru dekat belog Hasrul Hassan...isk isk isk...gile glamer tul saya ni)

Sememangnya blog ini tidak akan dikenali serta tidaklah semegah mana jika tanpa dorongan dan sokongan dari awak dan rakan-rakan blogger lain. Segala nasihat dan tunjuk ajar juga saya perlukan untuk kita semua sama-sama maju dan maju lagi.

"Jangan mudah berputus asa, banyakkan bersabar dan mempelbagaikan mutu penulisan kita. Bukan senang nak jadi blogger"....kan itu yang awak pernah sampaikan pada saya. Jadi sama-sama kita mara dalam dunia blogging ini dan saya akan menyokong awak serta membantu sedaya saya untuk yang terbaik buat kita semua.

Saya Sayang Awak Juga!! Terima Kasih....

Monday, September 26, 2011

Terima Kasih Hasrul Hassan a.k.a Bangku Kosong

Assalammualaikum...

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada En. Hasrul Hassan di atas kesudian beliau meletakkan serta mempromosikan blog saya kali ini.


RUJUK ENTRI SINI

Saya juga tidak keseorangan, bersama-sama saya juga ada sebuah belog yang kiut dan comel disertakan sekali bersama-sama dengan belog saya. Pada kawan-kawan, silalah jengah ke blog beliau di SINI

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kalian semua. Ketahuilah tanpa kalian semua siapalah saya di dalam dunia blogger ini.


Sesungguhnya teguran, komen, serta tunjuk ajar yang sungguh membina amat saya dambakan untuk saya terus cemerlang menulis di dalam blog saya ini dan tidak lupa juga pada En Habi dan anak-anak juga (dah bunyi macam orang dapat award pulak.......KALUT sungguh saya ni)

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih...... Anda tahu siapa ANDA yang saya maksudkan. Saya sayang kamu semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...