Thursday, June 07, 2012

Tamat Sudah....Jika Ada Jodoh Kita...


Assalammualaikum ....

Hari ini dan diwaktu ini maka TAMATlah sudah kontrak pertukaran link di antara saya dan blogger Betol-Betol Hangat yang mana selama ini banyak membantu saya dalam meniti hari-hari sebagai seorang blogger serta memperkenalkan blog saya ini di mata umum...

Terlalu banyak perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang Sdra. Azri (pemilik blog) berkenaan berikan kepada saya untuk terus memperbaiki mutu dan persembahan blog saya agar nampak elok, ringan dan sesuai dikunjungi oleh ramai orang terutamanya yang datang menyinggah dari blog beliau.

Sungguh amat-amat memberangsangkan dan nampak akan kemajuan atas blog saya ini beberapa bulan lepas sehingga kini.  Jumlah pengunjung boleh dikatakan setiap hari menyinggah di sini agak tinggi as compared to previous-previously sebabnya semakin ramai kawan-kawan blogger lain yang sudi berziarah dan menyinggah ke blog saya dan sekaligus ada yang sudi menjadi kawan blog saya.


Terima kasih pada Azri atas kesudian beliau bertukar link dengan saya dan rasanya jangkamasa yang diberikan kepada saya untuk terus bertenggek di blog beliau memang agak lama dan saya cukup-cukup puas hati.

Diharapkan agar dilain hari dan masa sudilah kiranya Azri memberi peluang kepada saya untuk terus bertukar link dan sudilah berziarah ke blog akak yang tak seberapa ini selain memberikan tips-tips menarik untuk terus kekal dan memperbaiki mutu blog akak pada masa akan datang.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertukar link lagi....

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami dilain hari,
Diharap sudi bantulah akak-akak ni lagi



4 comments:

eintan nurfuzie said...

NAK TRY LA BUAT EXCHANGE LINK NI.,..

Rahmah Ram Ram said...

@eintan nurfuzie

cubalah dik! memang berbaloi....

:: Mrs.Eady :: said...

ohhh ketinggalan :(

Misz Mieza said...

Alhamdulillah.. Nak try jugakla nanti.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...