Thursday, April 21, 2011

PROMOSI

Yeay! Aku dan kawanku telah berjaya mengikut langkah-langkah bagaimana ingin mempromosikan blog rakan bloggers yang lain. Terima kasih diucapkan pada Cik Mat Gebu kerana sudi berkongsi ilmu beliau untuk kami ikuti kerana jika dia tak post up dalam blog beliau aku mungkin tak tahu atau dapat nak membuat promosi blog begini (aku ni bukan celik 'blog' sangat...baru nak belajar) hehehehe....

Kini blogku telah cantik dan menariklah kalau nak dikira seperti yang sudah-sudah, al-maklumlah budak baru belajar masih banyak lagi yang perlu aku studi dan kaji bagaimana lagi ingin mempromosi blog aku yang tak seberapa canggih dan best ni apatah lagi nak suruh orang baca dan follow blog aku ni...HAILAH!

Terima kasih juga pada rakan setugasku Aziela kerana sudi mengajar serta sudi mempromosi blogku didalam laman blognya. Salute kat dia juga sebab berjaya mencecah suatu pencapaian yang amat membanggakan dalam mengupdate serta berkongsi cerita-cerita beliau didalam laman blog ini serta berjaya mempunyai 'Followers' yang boleh tahan banyaknya. TAHNIAH!!

Semoga aku pun akan dapat mengikuti jejak langkah kawanku ini dan diharap kawan-kawan yang lain sudilah membaca blog saya ini dan secara tak langsung 'follow' lah blog ai ni ye....(PERASANNYA)

Dengan itu sekali lagi diucapkan "Terima Kasih Daun Keladi, Masuk Bakul Angkat Sendiri".


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Aziela said...

aiyooo..segannyerr...ngeee.. TQ juga sebab sudi menjalinkan usaha...yeyyy

RamRamCute said...

ye bersama-samalah kita.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...