Tuesday, January 15, 2013

Belum Terlambat.....


Assalammualaikum....

Dah lama rasanya saya tak menjengah sangat blog ni..blog yang dibiarkan sepi selama beberapa bulan ni memang nampak muram dan tak bermaya.  Tuan punya blog pun nak memulakan balik aktiviti menaip dan mengapdet entri pun tersangatlah bercintanya.... kalau anda tengok entri-entri saya baru-baru ni hanya satu hari satu atau berhari-hari lamanya baru nak apdet...ntah bilalah masa yang boleh nak memberikan komitmen semula serta menaikkan semula semangat untuk terus berblogging dengan hati yang ceria dan gembira macam dedulu....

Mungkin ada sesetengah juga kawan-kawan blogger saya yang dah lupa akan kewujudan blog ini huhuhu.... (sedih)

Sekarang ni nak menaip jangan katakan di rumah (memang tak boleh pegang keyboard) di pejabat pun menjadi satu masalah pada saya akibat daripada kebizian dengan tugasan yang telah ditinggalkan selama 3 bulan. 

Konflik MOOD yang agak merudum semenjak dua menjak ni memang agak kritikal hehehehe....

Insyaallah moga-moga mood ini akan berubah dengan serta merta selepas ini...

Oh ye! Dalam pada itu saya tengok juga dalam timeline yang mana ramai kawan-kawan blogger saya kini telah mempunyai bilangan tambahan ahli keluarga yang baru...TAHNIAH kepada mereka.

Ramai juga yang telah selamat melahirkan dan ada juga sesetengah yang masih mengira dan menunggu hari akan tibanya kelahiran anak mereka.  Semoga anda semua berbahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati olehNYA....amin...

Pada adik-adik blogger yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini juga saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anda dan partner semoga cinta dan kasih anda berkekalan hingga ke jannah...

Harap lepas ni saya akan lebih aktif dan happy berblogging kembali...doa-doakan ye...

xoxo

1 comments:

nazayiena said...

Slmt kembali stlh berehat 3 bulan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...