Tuesday, January 08, 2013

Berdiet Ketika Anda Menyusui Bayi??

Assalammualaikum..... 

Bersiaran secara bedikit-dikit dan kali ni entri lebih berbaur kepada kehidupan selepas dari menjalani tempoh berpantang dan menyusui bayi hehehe...harap jangan ada yang bosan pulak ye... 

Bukan apa selain dari menambah ilmu di dada saya ni yang dah serba sedikit melupai apakah dia "Do's and Don't" selepas berpantang selain itu kenalah refresh balik minda dan pengetahuan sekaligus sama sama berkongsi dengan anda-anda semua. 

Seringkali kita dengar apabila seseorang ibu itu selamat melahirkan bayi dan telah selamat menjalani tempoh berpantang PASTI perkara utama yang akan mereka lakukan ialah berDIET tetapi tahukah kita sejauh manakah kebaikan serta keburukan yang perlu kita kekalkan untuk para ibu yang tengah menyusui bayi-bayi mereka. 

Erm...memang payah sebab minda sibuk duk berkata yang diri dan body dah tak shappy maka dan dan tulah nak DIET dan work out untuk mendapatkan bentuk tubuh yang seperti sedia kala sebelum mengandung dulu... 

AWAS jangan terburu-buru melakukan sesi berDIET anda kerana anda perlu pastikan yang bayi anda betul-betul boleh menerima apa sahaja pengambilan makanan anda ketika anda menyusui badan kerana jika silap pengambilan makanan akan memudaratkan bayi anda serta kuantiti air susu badan anda. 

Google
Cara yang paling berkesan untuk anda yang berkeinginan untuk berDIET sambil menyusui badan dengan cara sihat dan sempurna adalah dengan mengurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 

Wahh!! hebatkan?? So secara keseluruhan pepandailah kita mengaturkan carta pemakanan kita agar ianya seimbang dan tidak mengganggu proses penghasilan susu badan untuk disalurkan pada bayi kita...  

HEVATT!!

8 comments:

Aziela said...

Yang penting, Rahmah semakin sliiimmm.

mrspuex said...

happy breastfeeding..sy x diet pon..sbb dh menyusu, secara otomatik berat bdn akn turun..insyllh 26/1 nnti genap 6 bulan menyusui my son..semoga Allah memberikan rezeki utk nya smpai 2 tahun..byk dugaan membesarkan my son..mental kene sgt kuat..huhu..

- AZIE - said...

tq share nie kak...bekalan utk 2 bulan ag nie..isnyaAllah..

RamRamCute said...

@Azeila..awak, slim untuk sementara je nih..lepas ni saya tak tahulah naik mendadak berapa...sejak masuk ofis balik ni selera makin bertambah asyik nak mengunyap aje..hehehe

RamRamCute said...

@mrs puex Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan rezeki untuk sikecil. Semoga sesi penyusuan dapat diperpanjangkan lagi kan..akak pun takut jugak kalau2 quantity susu berkurangan sekarang pun macam sikit aje dapat dlm 50 ml aje..awak ada tips tak macam mana nak tambahkan kuantiti susu badan?

RamRamCute said...

@Mrs Lurve..Insyaallah sama-sama kita berkongsi pengetahuan. Semoga awak dan baby sentiasa sihat ye...jaga kesihatan :)

mrspuex said...

susu sy x byk mane pon kak tp alhamdulilah stok sekadar mencukupi utk hari2..alhamdulillah..sy cuma amalkan beberapa step ni :

- kerap pam kat opis at least 4x (klo x cukup sy qada' time mlm)
- amek suppliment dr shaklee
- minum fresh milk dutch lady b4 nak pam or minum air masak b4 nak pam
- amalkan mkn kurma ( tp x bp kerap pon)

tu jek..yg lain-lain hanya berdoa pd Allah supaya tidak putus susu utk anak saya..byk ke skit ke itulah rezeki utknya..

alhamdulilah kak..tu yg sy amalkan..:))

RamRamCute said...

@mrs puex

thanks for the tips mrs puex..insyaallah akak akan praktikkan jugak..akak nak pi pam byk kali kat ofis ni segan nnt orang tengok heheheh..tp akan cuba jugaklah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...