Monday, February 18, 2013

Orang Yang Ceria Hidup Lama

Assalammualaikum...

Kembali berblogging..mood penuh keazaman dan wawasan agar dapat mengapdet blog setiap hari at least 1 entri sudah kembali...Insyaallah...moga-moga dipermudahkan ye.

Erm..Tajuk entri memang agak menarik tapi rata-rata ramai yang tak berapa nak percaya akan keberkesanannya.  Nak tahu samaada ianya betul ataupun tidak allahualam yang pastinya pembawakan seseorang itu juga yang dapat mengekalkan kepanjangan tahap umur seseorang individu itu.

Seringkali kita lihat dan selesa untuk bersama dengan seseorang (teman) yang selalu ceria dan gembira apabila tiap kali kita bertemu hingga adakalanya kita bertanya pada diri sendiri "apa dia ni takde masalah ke? Hepi memanjang aje?".  Bibirnya tidak lekang dengan senyuman dan jarang-jarang sekali melihat mereka ini bersedih/bermuram durja.

Gambar Hiasan
Kadangkala teringin juga nak tau apa rahsia keceriaan seseorang yang sering kita panggil "Happy Go Lucky".  Tapi tahukah kita yang setiap manusia di dalam dunia ni tiada yang tidak mempunyai masalah, semua pasti ada cuma cara dan gaya kita mengatasi permasalah kita samaada dengan cara yang serius ataupun tidak.  Dengan menampilkan kehidupan yang penuh ceria tidak bermaksud kita lari daripada masalah atau lupa tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan ketegangan hati dan kekusutan fikiran yang melanda.

Kajian sains ada mengatakan orang yang ceria dan gembira akan hidup lebih lama dan kurang berisiko penyakit jantung berbanding dengan mereka yang sentiasa muka berkerut dan muka kurang nak senyum hehehehehe............

Tips yang perlu diambil antaranya:-
  • Jangan lupa tunaikan solat
  • Ubah cara kita berfikir
  • Sentiasa menghubungi ibubapa dan berbuat baik pada mereka yagn tua
  • Mulakan hari anda dengan senyuman
  • Luangkan sedikit masa untuk bersenam dan 
  • Sentiasalah berbaik sangka dengan semua orang

Sebaiknya kita belajarlah menjadi individu yang sentiasa berfikiran positif kerana diri sendiri yang menentukan emosi kita setiap hari.  Selain itu senyum juga merupakan agen "awet muda" senyum selalu kuranglah kedut di muka ye...

Senyum-senyumlah setiap hari ye...SENYUM ITU SUATU SEDEKAH

2 comments:

Aziela said...

Yes...u r back... Yeayyy!!

RamRamCute said...

@Aziela
hihihi..doa-doakan ye awak..saya ni sekejapan aje lepas tu kelaut..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...