Wednesday, February 27, 2013

Saya Perlukan Rehat!!



Assalammualaikum... 

Gambar ehsan Google
Kehadiran cahaya mata sememangnya amat-amat menggembirakan bagi setiap pasangan. Lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun kita menanti. Namun, di sebalik kegembiraan itu, wujud pelbagai perasan. Antaranya rasa bimbang. Bimbang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Rasa tertekan adakalanya muncul setelah berhadapan dengan suasana baru yang pada tentunya sedikit kelam-kabut dan mengundang bermacam-macam masalah. Akibatnya, diri mulalah dibelenggu kemurungan. Semua ini ada kaitannya dengan mainan emosi. 
Tahu kah kita bahawa semasa dalam pantang, emosi perlu dijaga. Ketika inilah bantuan dari seluruh ahli keluarga amat-amat diperlukan. Suami mesti sentiasa berada di sisi isteri untuk membantu melaksanakan tanggung jawab baru bersama-sama bukan hanya mengharapkan semua tugasan tersebut digalas oleh isteri.
Selain rehat yang cukup, aspek makanan juga perlu dijaga. Pengambilan makanan yang kaya dan berkhasiat pada minggu-minggu awal selepas bersalin amat penting untuk mengembalikan kecergasan diri serta menyembuhkan luka. 
Selain makanan, ibu dalam pantang turut disarankan agar minum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh dan membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi.
Setelah beberapa minggu bersalin, sudah pastinya kita sudah semakin sihat dan bertenaga. Namun, ini bukanlah bererti kita boleh terus bekerja sesuka hati. Kita masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Lakukan kerja secara berperingkat-peringkat. Akan tetapi, jangan mengangkat barang-barang yang berat atau yang memerlukan tenaga yang banyak dalam tempoh enam minggu selepas bersalin. Ikut kata tubuh. Jikalau penat, berhenti dan jangan memaksa diri.
Perancangan perlu dilakukan agar kita tidak terlalu stress dalam menghadapi hari-hari kita bersama-sama dengan ahli baru didalam keluarga.

4 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Nice sharing kak... =D

mrspuex said...

penah jugak hampir2 nak rasa kemurungan sbb berlaku perubahan mendadak dlm urusan rumahtangga..alhamdulillah berjaya ditepis dgn jayanya..aminn..

tp mmg btol kita kadang2 perlukan rehat dari segi minda..kann??

RamRamCute said...

@AyueJean AJ
TQ AJ

RamRamCute said...

@mrs puex

Ye mrs puex sebagai ibu dan isteri tugasan kita bukan takat di rumah aje kalau dah berkerjaya memang alamat sampai rumah kalau ikutkan hati mau pengsan tapi apakan daya kita kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...