Friday, May 17, 2013

Apa Perancangan Kita.......


Assalammualaikum...

Pernahkah anda terfikir apa akan jadi kepada diri anda dalam jangkamasa 10-20 tahun lagi?

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari-hari kita dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau sebaliknya atau adakah kita bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih terbaik daripada sekarang?

ATAU............

Adakah anda akan masih terus melakukan tugasan sepertimana anda kini contohnya makan gaji di sektor awam mahupun swasta ataupun anda telah melakukan suatu anjakan dalam masa beberapa tahun nanti untuk menjadi yang lebih baik contohnya melakukan bisnes secara kecil-kecilan atau besar-besaran?

Allahualam...

Seringkali kita terlepas pandang akan perkara-perkara yang sememangnya menjadi tanda tanya pada diri kita...adakah kita akan terus membanting tulang 4 kerat kita dengan makan gaji hingga ketua (maksud saya pencen) ataupun menjadi surirumahtangga (bagi kaum wanita) ataupun menceburi bidang bisnes selepas ini.

Apa perancangan kita seterusnya?

Erm...saya selalu memikirkan akan hala tuju kehidupan saya selepas ini..kalau diizinkan olehNYA tak mahulah pulak lepas pencen kena kerja balik disebabkan nak menampung kos sara hidup selepas itu....apa pun itu semua rezeki Allah s.w.t. yang berikan kita sebagai umatnya perlulah mencari dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik dan halal di sisiNYA. 

Insyaallah...yang baik datang daripadaNYA yang buruk itu adalah datang dari kita sendiri.

Nota diri sendiri:  Apa saya nak buat ye?.................................bukak dobi?, bukak car wash? bukak franchise kedai ice-cream?, bukak kedai cake (buat cake tak reti)...........erm..........kaput, kalut, kabut.....owh SERABUTNYA!!

Salam Jumaat yang penuh barokah semua!!


3 comments:

Emma said...

Assalamualaikum, kalau boleh emma nak bukak bisness emma sendiri .. InsyaAllah =D

RamRamCute said...

@Emma

Alhamdulillah dan Insyaallah..

Semoga apa yang Emma cita-citakan dan impikan menjadi kenyataan. Akak akan sentiasa doakan agar Emma berjaya mencapai impian itu ye.. Amin...

Aziela said...

Saya pun nampak gelap dan kelammm jer nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...