Showing posts with label 1001 Kisah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label 1001 Kisah Kehidupan. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Bersyukurlah.....


Gugel
 
Sebagai seorang hambaNYA dan manusia yang lemah selemahnya ... kita tidak pernah lari dari sikap kurang bersyukur atas setiap pemberian yang telah diberikan oleh yang maha esa.
 
Termasuklah diri ini seringkali lupa dan lalai akan kelebihan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
 
Akan tetapi pernahkan kita berfikir dan bermuzakarah pada diri sendiri tentang "barangsiapa yang tidak mau bersyukur dengan segala nikmat Allah, maka sesungguhnya ia telah menunjukkan kepada hilangnya sebuah nikmat, dan barangsiapa yang telah bersyukur dengan segala nikmat itu, maka ia telah mengikatnya dengan suatu tali nikmat tersebut."
 
Apabila manusia mahu mensyukuri akan nikmat Allah SWT., maka Allah akan menambah nikmat-Nya, dan apabila manusia itu tidak mahu berterima kasih kepada nikmat-Nya, maka sesungguhnya Allah akan mencabut dan juga mengurangi nikmat dari manusia tersebut sebagai hukuman atas kekufurannya, sebab sudah ditegaskan di dalam Al-Qur'an, sebagaimana dengan firman-Nya: 
 
Ertinya : ''Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat)-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7). 
 
Manusia pada umumnya adalah mempunyai sifat lalai dan khufur... mereka tidak menyedari bahawa nilai suatu nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya. Maka dia baru terasa apabila... nikmat itu dicabut dari dirinya, maka dia barulah merasakan dan menyedarinya, contohnya adalah nikmat berupa kesihatan jasmani, kesihatan rohani, penampilan diri, jodoh ketetapan ilahi, perkara yang dilalui.
 
Apabila Allah telah menariknya satu persatu maka barulah seseorang itu akan perasan dan menyesali akan kesilapan dan kealpaan diri mereka.
 
Semoga kita sentiasa menSYUKURi atas segala pemberian dan anugerah yang telah diberikan dengan penuh berlapang dada.
 

Saturday, October 12, 2013

Dilema Jodoh Pilihan


Kalau orang dulu-dulu keputusan untuk memilih jodoh suami atau isteri terletak di tangan ibu dan bapa.  Kalau kedua ibu bapa kita suka akan wanita/lelaki itu maka jadilah ikatan sebuah perkahwinan itu.

Berbeza pulak zaman sekarang ni ..yang mana semua pilihan adalah mengikut si tuan punya badan. Keputusan ibu bapa belakang kira janji si anak dah berkenan, cinta dan sayang dengan pasangan mereka.

Janji diikat walaupun adakalanya ibu bapa tidak berapa berkenan dengan calon menantu pilihan si anak dengan harapan si anak gembira dan berbahagia hingga ke akhirnya bersama pasangan.

Rata-rata kalau dilihat trend perkahwinan zaman sekarang ni ...tempoh perkahwinan yang singkat lebih banyak terjadi dengan pengakhiran kepada perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan pasangan mereka.  Antara alasan lain yang sering mereka kaitkan ialah dengan adanya hubungan dengan pihak ketiga, jurang perbezaan dari segi darjat dan harta, tiada tolak ansur, ego dan sebagainya.

Seringkali kita lihat pasangan ini merupakan pasangan yang masih muda dan masih baru melayari bahtera perkahwinan yang masih belum mencecah 4-5 tahun usia perkahwinan mereka.

Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita rasa bahagia dengan pilihan kita sekarang?

Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?  Adakah mereka juga merasakan seperti kita?




 

Thursday, October 10, 2013

Perkara Wajib Tahu....Edisi Perempuan Je!

Gugel


Selalu jugak mendengar masalah-masalah yang keluar dari mulut kawan-kawan dan kazen-kazen yang belum berumahtangga specially yang girl-girlnya yang mana sibuk duk komplen boifren mereka gini...gini....gini....hingga adakalanya menyulitkan hubungan sehari-hari mereka.
 
Nak menolong dan bercerita in detail tak berapa nak reti, al-maklumlah orang lelaki ni bukan semuanya pe'el sama dan mendengar kata nak nak dapat pasangan perempuan yang suka merengek tak tentu pasal meraih perhatian dari si lelaki....maunya tak kena tinggal.
 
Masa saya sebelum kahwin dulu saya selalu mendapatkan tips-tips hubungan melaui rakan-rakan yang telah berumahtangga dan mempunyai hubungan yang lebih kurang stabil jugaklah untuk membantu memelihara hubungan saya dengan suami ketika itu yang mana tak taulah kalau-kalau ianya membantu anda semua atau tidak...
 
Cuba ajelah ikut kalau nak ye antaranya .....
 
1) Jangan suka mengarah - ini penting bagi kita..sebabnya orang perempuan ni kadang-kadang ter'over' manja hingga kadang-kadang tak sedar kita suruh boifren kita ambil dan beli barang itu dan ini on behalf kita...
 
2) No GEDIK-GEDIK - Lelaki tak suka perempuan gedik ni.. alasan mereka perempuan gedik-gedik ni hanya buat stok geli-geli je ...maksudnya jenis "Pakai Dan Buang".
 
3) Showed Off - rasanya mereka paling tak suka kalau dapat kapel yang suka menunjuk-nunjuk specially yang jenis 'branded concious' tu ...memang agak payahlah in terms of memilih kedai nak makan, nak beli pakaian, barangan atau apa aje...semua nak kelas...walhasilnya kena lebih fleksibel..tak gitu??
 
4) Personaliti - Jaga lah bau mulut dan badanmu itu..jangan sampai berbau..mabbe kita perepmpuan tak perasan bila dan berpeluh-peluh (jalan kaki kan dari komuter)...mesti berpeluh, maka peluh 'manja' pasti akan keluar dan adakalanya berbau..so kena control sikit bau badan tu..kalau boleh kerapkali mandi guna limau purut..nak kasi nyahbau badan kita...mulut tu kalau boleh makanlah gula-gula getah dengan kerap kasi bau mint aje ye.. tak pun kunyah bunga cengkih.
 
5) Jangan banyak mulut dan berleter - Pasangan akan jadi muak dan bosan apabila kita dari mula jumpa sampai nak balik rumah tak sudah2 membebel bercakap, maunya tak bengang kepala hotak pasangan kita...so adalah lebih baik kita mengawal kadar percakapan kita ..TAPI janganlah sampai tak bercakap langsung..kang lagi bosan pulak mereka....meaning ala-kadar je...
 
6) Gossip - Owh!! ini paling mereka tak gemar .. kalau jumpa kat luar ada aje gossip uang nak dicerita..tak kiralah kalau artis tu memang story No.1, ini kalau bab-bab personal orang pun dia nak cerita dengan pasangan memang lepas ni lelaki tu angkat kaki dan jalan ajelah....AWAS ye!
 
7) Mengeluh Memanjang - Perempuan mesti suka kalau buat sesuatu perkara akan mengomel tanda protes dan tak suka itu tandanya MENGELUH.  Orang lelaki tak suka tau. Mereka duk fikir kalau tengah kapel ni dah ngomel 24 jam...nanti dah kahwin apatah lagi...owh malang bagi mereka.
 
8) Tak Independent - Sikit-sikit nak tunggu boifren, nak pergi bayar duit bil henfon pun nak tunggu boifren temankan, nak beli makanan kucing kat rumah pun boifren temankan...cubalah independent sikit...orang lelaki tak suka perempuan yang asyik bergantung dengan mereka aje..."Tak Challenging" katanya...walhasilnya lite-lite aje...TAPI jangan setiap masa dah kahwin kena 50-50 ok...
 
9) Queen Control - hihihi..term ni bukan di pakai bila dah berumahtangga tau, tapi bila berkapel pun kita boleh golongkan mereka dalam golongan ini...KENAPA...ada sesetengah pasangan perempuan mereka bila dah confirm je kapel mesti secara tak langsung control pasangan mereka...tak kiralah dari segi pemakaian baju, penampilan, membeli barang, berkawan dan segala macam bendalah ...semua dia nak tau dan nilai....tak baik gitu nanti lama-lama dia rimas.
 
Rasanya itu je kot terms yang saya teringat nak tepekkan kat dalam blog, sharing dengan kawan-kawan dan adik-adik semua.  Pastinya kat luar sana juga ada banyak lagi tips2 yang amat berguna untuk kita kaum perempuan untuk dijadikan panduan.
 
Jangan hanya terapkan ketika zaman berkapel saja, tapi bila dah kahwin semua tu terbang melayang-layang....Dah kahwin juga perlu juga malahan lagi banyak "Do's and Dont's" yang perlu kita semua amalkan.
 
Yang pasti kehidupan lelaki dan wanita ini umpama suatu perkongsian konsep "give and take" perlu ada untuk menjamin kerukunan dan kestabilan hidup bersama.
 
 
Sharing is Caring
 
xoxo











 

Tuesday, October 08, 2013

Alahai ..... Kenapalah Tinggalkan Mereka!!

 
Rasa nak marah menjerit dan menumbuk-numbuk muka kedua ibu bapa pada anak-anak yang malang ini...disebabkan akan kebodohan mereka berdua yang terlalu mengikut hati dan perasaan.
 
BERANAK AJE PANDAI!!

Nak dikata kurang cerdik ... memasing pergi ke sekolah dan nak kata cetek ilmu memang rasanya mempunyai pengalaman masing-masing ..dah lama hidup rasanya. Apa yang pasti masing-masing terlalu mementingkan diri hingga sanggup mensia-siakan amanat yang telah ALLAH SWT berikan hanya kerana menegakkan keEGOan masing-masing.
 

"KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya."

Apa yang saya boleh katakan di sini..kedua-dua SUAMI ISTERI ni memang BODOH!

Tuesday, September 03, 2013

Ramai Yang Naik Minyak....



Assalammualaikum...

Topik utama pepagi buta celik mata buka TV keluar berita pasal harga minyak naik, keluar rumah naik lift nak ke tempat kerja sama jugak isu dalam lift orang semua dok cerita pasal harga minyak naik, dalam kereta perjalanan nak ketempat kerja dengarn topik radio cerita pasal harga minyak naik, sampai ofis kawan sepejabat sibuk debate pasal harga minyak naik...tup-tup rata-rata hari ni semua berbincang pasal harga minyak naik RM0.20 sen.


Google

Terasa memanglah terasa dah namanya rakyat jelata..... dah namanya pakai kereta nak tak nak kena tanggunglah harga minyak naik. Nak buat macam mana lagi dah kerajaan tetapkan harga gitu.  Bising pung pang pung pang pun memang dah naik so kena hadap ajelah kita hamba-hamba marhain ni suara tak keluar, kalau keluar pun sumbang tahap lagu tu aje.

Harap-harap tiada yang naik minyak sudahlah ye..bergaduh pasal isu minyak naik tak sudah sepanjang hari.  Mau haru dibuatnya....

Banyakkan bersabar semua!!


Monday, September 02, 2013

Siapalah Kita....


Assalammualaikum...............


"Tiada kata-kata yang dapat diluahkan.....Terlalu tersentuh apabila melihat gambar ini....."


"Ingatlah bahawa KAYA belum tentu MULIA.
MISKIN belum tentu HINA.
KAYA belum tentu BAHAGIA.
MISKIN belum tentu SENGSARA."

Thursday, August 29, 2013

Zaara First Steps


Assalammualaikum....

Alhamdulillah...seronoknya apabila dapat melihat dan menyaksikan sendiri akan perkembangan anak-anak sepecially yang baru nak melangkah sedikit-sedikit kehadapan.

Nur Aizaara Adilla dah masuk 9 bulan lebih dan beberapa hari ni menampakkan progres yang amat-amat membanggakan.  Dia dah pandai nak melangkah dan memanjat tak kira kerusi atau apa pun janji yang pasti no more crawling....saya paling lemah kalau anak-anak merangkak (memang ianya suatu perkembangan yang bagus) tapi tak tahan bila merangkak tangan tu semestinya kotor lepas tu anak-anak ni bukan tahu erti kotor ke tidak tangan tu mesti nak masuk ke mulut lepas tu dah batuk selsema mengutip benda bukan-bukan sebagai ibu yang ada anak-anak lain sudh pastinya saya tak boleh nak menumpukan sepenuh perhatian saya pada beliau yang merangkak tak sudah...kerja lain pun harus dilangsaikan.

Yang pastinya kini saya amat sangat berpuas hati. Alhamdulillah Zaara dah melepasi fasa itu dankini telah berjalan...giginya pun dah tumbuh dua batang dibahagian bawah hadapan.  COMEL...

Syukur sangat dan seronok menjadi ibu biarpun penat dan lelah kita sehari-hari melayan kerenah suami dan anak-anak lain memang terbayar dengna kerenah dan keletah mereka semua.

Anda pun pasti begitu?


maaf kualiti gambar kurang menarik dan terlaju la pulak video ni...
anak saya jalan takdelah laju macam tu hehehehe....

Wednesday, August 14, 2013

Wordless Wednesday #83


Assalammualaikum....

Hari Rabu yang paling mudah untuk membuat entri....

Hanya tempekkan gambar dan........

TAFSIRLAH SENDIRI!!


PERINGATAN:

Jaga tutur kata dan saling hormat menghormati atas setiap pendapat dan kata-kata kita kepada orang lain sebelum kita memintas serta memberi cadangan hingga mampu mengguris perasaan seseorang itu.

Sharing is Caring!

xoxo



Thursday, August 01, 2013

Tak Susah Nak Kenal....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23.  Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari  bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...

Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya.  Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.



Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.  

Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan".  Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.

Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.


Sharing is caring!


Monday, July 29, 2013

Apalah Dosa Si Kecik Ni....

Assalammualaikum....

Berganjak memasuki 20 Ramadhan pada hari ini... Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk turut sama bersama keluarga dan kawan-kawan semua menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini.

Semoga ibadah kita sentiasa berkati oleh Allah s.w.t.

Oh ya! baru aje mendapat pesanan khidmat ringkas dari adik ipar saya mengenai seorang bayi yang baru aje lahir ke dunia ini selama sebulan tetapi telah ditinggalkan oleh ibunya dan kini bayi ini telah di tempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bukit Beruntung.


Apalah dosanya anak kecik ini dibiarkan sebegini comel dan mulia oleh manusia yang tidak berhati perut dan tidak berakal ini.  Umpama tiada lagi tuhan dan percaya akan qada' dan qadar Allah.  Perlu kita sedar bahawa anak ini lahir ke dunia tidak dipinta dan mengharapkan kasih sayang dari kita apabila beliau lahir..tapi nasib tidak menyebelahinya ...beliau telah di tinggalkan oleh ibunya yang bodoh dan tidak berperikemanusiaan.

Bayi ini telah dilahirkan tidak cukup bulan dan beliau baru sahaja berumur sebulan apabila kini beliau ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat.

Pengajarannya:

Sebagai makhluk Allah dan sebagai seorang islam yang telah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah s.w.t. maka dengan sebaiknyalah kita perlu menggunakan anugerah dariNYA ini untuk berfikiran secara waras dan rasional.  Kalau betul pun tidak mahukan anak tersebut..janganlah ditinggalkannya di tempat-tempat yang tidak bersesuaian....cariklah penjaga yang betul-betul boleh menyayanginya dan mengasihaninya seperti darah daging sendiri melalui saluran yang betul...Tak perlu malu dan takut pada manusia....kerana apabila kita telah melakukan sesuatu dosa..kita tidak pulak ingat akan hukum dan balasan yang Allah akan turunkan pada kita tak sekarang mana tau di lain hari...

Renung-renungkanlah.....

p/s:  Ada yang berminat ke pada sikecil ni? ................



Monday, July 22, 2013

Doakan Mereka....


Assalammualaikum...

Selamat berpuasa semua!! How is your weekend?  Harap-harap semuanya seperti yang dirancang ye dan pada mereka yang betul-betul memanfaatkan cuti wiken mereka kepada sesi merehatkan diri alhamdulillah pastinya refresh dan ceria hari ini dengan menjalani ibadah puasa pada hari yang ke 13 hari ini.

SEKEJAPNYA

Alhamdulillah.....berlainan bagi kami pula yang mana wiken baru ni kami sekeluarga termasuk keluarga mertua menyambut buka puasa tidak seperti minggu-minggu yang lalu sebabnya pasangan kakak ipar dan abang ipar saya telah dimasukkan ke hospital KPJ Selangor kerana menghidap "Demam Denggi".

BAHAYA

Kasihan mereka berdua tak pasal-pasal kedua suami isteri ini menghabiskan hujung minggu mereka duduk dan tinggal di hospital selama beberapa hari hinggalah ke hari ni.



Kasihan pada anaknyalah sebab bila dah kedua-duanya masuk hospital memang haruslah dia takde siapa nak jaga dan tengokkan, maka tinggallah dia di rumah ibu mertua sementara hingga kedua ibu bapanya sihat dan dibenarkan pulang kerumah.

GET WELL SOON IN LAW KU

Besar harapan saya semoga kedua mereka cepat sembuh dan dapat bersama-sama dengan kami menyambut ramadhan bersama-sama seperti sediakala.  Sama-sama kita DOAkan mereka ye!

Yang penting kawan-kawan dibulan ramadhan ni pengambilan air suam/masak/kosong amat PENTING dan haruslah banyak dan makan makanan yang seimbang dan lebihkan sayuran dan buah-buahan.  Musim panas dan kering sekejap hujan ni memang confirm bakal mengundang banyak penyakit berjangkit tambahan pula dengar katanya pagi ni indeks bacaan udara kita Malaysia juga kurang baik...JEREBU menyerang kembali....

TAKE CARE

Jaga kesihatan anda di bulan ramadhan ye!

Tuesday, June 25, 2013

Yang Penting Kita Senyum Dulu!!


Assalammualaikum..

Alhamdulillah puasa semalam selamat dengan jayanya walaupun saya tidak bersahur dan memakan apa-apa makanan pada hari sebelumnya itu apa yang saya tau last meal saya adalah pada pukul 5.30 petang hari Ahad dan terbawa hingga ke paginya dan terus berpuasa.  Alhamdulillah....

Eventhough tak banyak sangat cabaran berpuasa semalam (macam biasa aje) cuma letih dan penat serta kering tekak disebabkan keadaan yang berjerebu agak sedikit melemahkan pergerakan dan keondisi kepala sya yang lately ni memang suka sangat nak sakit berdenyut-denyut.

Apa pun Alhamdulillah puasa semalam everything went well... Cuma nak mengingatkan sesama kita walau apa pun dugaan, rintangan dan masalah yang kita hadapi tak kira di rumah, di pejabat atau di mana-mana jelah pun..... SENYUM itu perlu dan harusss...

Ini kalau dah muka kelat dari pagi sampai ke petang memang nak kasi makan pelempang dan kaki aje dengan orang lain.  Agaklah macam dia sorang aje ada masalah dalam dunia orang lain takde.  Dalam erti kata lain .... bila kita senyum dan bersuara dengan cerianya dia kasi kita impression dengan muka kelat, tawar, hambar dia kat kita ataupun moody tak bertempat.....memang nak kena makan PELEMPANGlah.


Tq Gugel
Bukan ke orang tua-tua ada cakap senyum itu sedekah dan menambahkan rezeki kita.....ini kalau dah masam 24 jam memanglah rezeki nak masuk pun payah.  Buat orang lain meluat nak pandang pun ada jugak.

Memang kePANTANGan saya kalau ada sepsies manusia yang suka buat muka toya macam gud-gud aje atau suka nak menaikkan kemarahan orang tak kiralah pagi ke petang ke malam ke atas sebab-sebab tertentu tak kiralah ada masalah rumahtangga ke, masalah anak-anak ke, masalah jerebu ke, masalah dengan laki ke bini ke tapi yang pastinya bila dah berada di tempat awam atau berada di dalam situasi yang berlainan JANGANlah sampai nak terbawa-bawa muka toya (sempudal) kau tu pada orang lain yang sikit punya baik kasi senyum kat kau at the first place.  Memang cukup saya tak suka dan gemar MANUSIA spesies macam ni. Umpama dia nak bagitau yang dia tu tengah bad mood atau bermasalah.  Pi JALANlah!! (huish! bunyi cam marah sangat la ni ye....ermm.....)

Seteruk-teruk saya pun tak pernahlah nak bermasam muka dengan manusia-manusia dan menonjolkan muka yang takde impression ni pada orang....unless kalau  saya dah di tahap yang geram sangat memang saya akan balas baliklah...... SORRY to say memang kau carik nahaslah!

Walhasilnya jika kita ada masalah TOLONG jangan campur adukkan dengan kerja eventough it's too personal to share with your friends or people around you tapi kau agak-agaklah ye.  Jagalah jugak hati orang-orang di sekeliling mu itu.

Cuma kekadang tu nak jugak tanya "Apa masalah kau dengan aku hah!!"

Nota:  Spesies manusia yang tak tahu bersyukur dan bertimbang rasa...SELFISH dan PERASAN BAGUS!

Friday, May 17, 2013

Apa Perancangan Kita.......


Assalammualaikum...

Pernahkah anda terfikir apa akan jadi kepada diri anda dalam jangkamasa 10-20 tahun lagi?

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari-hari kita dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau sebaliknya atau adakah kita bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih terbaik daripada sekarang?

ATAU............

Adakah anda akan masih terus melakukan tugasan sepertimana anda kini contohnya makan gaji di sektor awam mahupun swasta ataupun anda telah melakukan suatu anjakan dalam masa beberapa tahun nanti untuk menjadi yang lebih baik contohnya melakukan bisnes secara kecil-kecilan atau besar-besaran?

Allahualam...

Seringkali kita terlepas pandang akan perkara-perkara yang sememangnya menjadi tanda tanya pada diri kita...adakah kita akan terus membanting tulang 4 kerat kita dengan makan gaji hingga ketua (maksud saya pencen) ataupun menjadi surirumahtangga (bagi kaum wanita) ataupun menceburi bidang bisnes selepas ini.

Apa perancangan kita seterusnya?

Erm...saya selalu memikirkan akan hala tuju kehidupan saya selepas ini..kalau diizinkan olehNYA tak mahulah pulak lepas pencen kena kerja balik disebabkan nak menampung kos sara hidup selepas itu....apa pun itu semua rezeki Allah s.w.t. yang berikan kita sebagai umatnya perlulah mencari dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik dan halal di sisiNYA. 

Insyaallah...yang baik datang daripadaNYA yang buruk itu adalah datang dari kita sendiri.

Nota diri sendiri:  Apa saya nak buat ye?.................................bukak dobi?, bukak car wash? bukak franchise kedai ice-cream?, bukak kedai cake (buat cake tak reti)...........erm..........kaput, kalut, kabut.....owh SERABUTNYA!!

Salam Jumaat yang penuh barokah semua!!


Friday, March 08, 2013

Khusus Buat Suami Dan Isteri


Assalammualaikum....


Gugel

Isteri yang solehah adalah salah satu kebaikan daripada kebaikan dunia dan nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada LELAKI.


 Isteri yang buruk akhlaknya merupakan seksaan bagi suaminya kerana menyebabkan suaminya berbuat dosa.

 Andai sudah menemui wanita SOLEHAH idaman hati, ucapkanlah syukur atas Nikmat yang telah diberikannya.


Salam Jumaat yang penuh barokah!


Thursday, March 07, 2013

Sukar Untuk Memaafkannya


Assalammualaikum...

Kalau dibaca tajuk entri tu memang macam mengalahkan sinopsis novel kan? Tapi abaikan aje tajuk yang over tu kerana hakikatnya sekarang kita sebagai manusia memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah adakalanya sesetengah orang sukar untuk memaafkan kesilapan yang telah kita lakukan.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda.  Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya dan sikap itu membuatkan anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. 




Jika anda disakiti bererti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekali gus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan keampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan.

Memaafkan bukan mudah selagi anda bernama manusia yang fitrahnya berteman khilaf, selalu kalah dengan ujian Allah SWT. Tidak mahu mengaku kalah sedangkan Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. 

Jangan ingat yang membuatkan anda terluka itu kejam, sebaliknya anda lebih zalim kerana tidak mahu memaafkan.

Thursday, July 12, 2012

Fikir Panjang


Assalammualaikum....


Gugel

Kekadang kita ni mempunyai 1001 perangai yang ada kalanya tidak dapat nak ditafsir oleh hati dan perasaan.

Kewarasan diri dan ketetapan agama dalam diri seseorang menjadi pengukur akan tahap keimanan dan keseimbangan akal dan fikiran seseorang itu.

Kurangnya ilmu agama dan kewarasan diri maka pincanglah diri.  Itu sebablah kita dengar semakin ramai rakyat Malaysia yang sering menghadapi masalah kemurungan hingga mengundang gejala buruk dan negatif terjadi antaranya bunuh diri, meminum racun, membunuh, mengelar anak atau ahli keluarga sendiri, amuk dan sebagainya...

Saya pernah post upkan beberapa entri mengenai permasalahan ini sebelum-sebelum ini di SINI dan SINI.

Kenapa pendek sangat akal dan kewarasan fikiran hingga sanggup mencederakan mereka yang disayangi dan juga diri sendiri.

Erm macam-macamlah kerenah manusia sekarang ini......semoga kita semua dijauhi dari segala dugaan dan permasalahan begini.

p/s: Puasa dah nak dekat dah tapi saya dah nampak banner Selamat Hari Raya Aidilfitri di beberapa pasaraya dan kedai pakaian...macam mana ni....ibadah ke keseronokan yang dikejarkan...huhuhuhu 

Tuesday, July 03, 2012

Cantik Di Mata Allah S.W.T



Assalammualaikum.....

Manusia seringkali lalai dan leka serta taksub akan perihal keduniaan.

Tetapi tahukah kita bahawa hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan manusia lain. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu.”Ini kerana semua perkara di atas akan hilang dimamah masa kerana manusia tidak akan hidup selamanya. Cantik di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.

Apakah ciri-cirinya?

1. Tutur bicara yang sopan 

Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.

2. Bermaaf-maafan setiap hari

Kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kadang kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan marah dengan kita. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa bermaafmaafan sesama manusia waima orang tersebut sangat berdendam dengan kita. Ingatlah bahawa Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.

Budi pekerti ini susah diperolehi kerana sifat ego manusia lebih tinggi. Sebaiknya sebelum tidur, anda tenangkan hati dan fikiran. Fikirkan apa yang baik sahaja dan maafkan dalam hati semua sahabat dan umat manusia yang lain.

3. Menggunakan pancaindera sebaiknya

Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada- Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar atau pun yang tersirat.

Banyakkan bersedekah, bertafakur, mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.

Thursday, June 07, 2012

Berlaku Adil....Mampukah??


Assalammualaikum.....


ORIGAMI.....EH!! POLIGAMI

Mekacih Gugel

Nak kahwin 2,3 malah 4 pun memanglah sentiasa boleh dan di benarkan dalam islam tetapi persoalannya MAMPUkah mereka untuk berlaku adil dengan isteri-isteri mereka.

Tidakkah mereka rasa jika kasih dan sayang yang dicurahkan kepada isteri yang mana ada yagn terlebih dan terkurang itu dah dikira berdosa dan jika isteri yang lelain berkecil hati maka berdosa jugalah kita.  Memang senang dan seronok bagi lelaki nak berPOLIGAMI tetapi ADILkah mereka nanti melayan karenah ister-osteri mereka.

Persoalannya juga mampukan golongan HAWA seperti kita ini menerima hakikat akan kehadiran seorang wanita lain yagn bernama MADU di dalam kehidupan mereka?  Sanggupkah mereka berkongsi kasih dan batin mereka dengan orang lain?

Kalau ditanya kepada rata-rata kaum wanita ada yang tidak bersetuju akan konsep poligami dan sejumlah kecil juga yang bersetuju kaum lelaki melunaskan impian dan harapan mereka untuk beristeri lebih dari satu.

Akan TETAPI beberapa faktor telah diambil kira bagi mereka iaitu antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi kekeluargaan itu. 

Kesimpulannya, jika semua lelaki atau wanita sedar akan hakikat sebenar sesebuah pernikahan, InsyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh. 

Monday, May 21, 2012

Buat Apa Nak Marah Kalau......



Buat tatapan para Suami......


Jangan marah kalau isteri anda kuat makan....
Jangan marah kalau isteri anda gemuk/berisi
Kerana setiap suapan yang isteri makan, suami dapat pahala...
10 suapan, 10 pahala ...walaupun gemuk, 
itu tandanya suami bagi cukup makan.....

Friday, May 18, 2012

Sahabat Karibku


Assalammualaikum.....

Setiap dari kita pasti dikelilingi dengan kawan-kawan tidak kira samaada di sekolah mahupun di tempat kerja.  Tanpa kawan tidak lengkaplah kehidupan.  Malahan kawan juga boleh dijadikan sebagai teman untuk bercerita tentang permasalahan dan kegembiraan untuk dikongsikan bersama.

Tetapi AWAS!! jangan tersalah dan tersilap pilih kawan.  Terdapat pelbagai jenis kawan yagn boleh dan amat sesuai untuk dijadikan sahabat antaranya:-

teman yang boleh menerima diri kita seadanya
teman yang boleh di jadikan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan
teman yang boleh bersusah dan bersenang dengan kita
teman yang sentiasa menasihati diri kita apabila kita melakukan kesalahan
teman yang tidak suka mengambil kesempatan 
teman yang tidak berpura-pura
teman yagn sentiasa memberi tunjuk ajar

Dan bermacam-macam lagilah.... pokok pangkalnya ada juga di antara mereka yagn bersahabat dengan temannya sehingga ke jangkauan masa yagn cukup lama berbelas hingga berpuluh tahun lamanya.....

Pokok pangkalnya seberapa sepakat dan ikhlasnya sahabat itu untuk berkawan dengan kita.

Saya sayang sahabat-sabahat saya.....Alhamdulillah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...