Showing posts with label Nur Arissa Adilla. Show all posts
Showing posts with label Nur Arissa Adilla. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Owh Ini Sebenarnya Kerja Dia.....


Arrissa oh Arissa....

Memang lately ni karakter dan perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran dan manaikkan  tahap kedarah tinggian kami suami isteri ...

Perangai dan peel nya yang tak sudah adakalanya mencuit hati dan kadangkala ada rasa nak menangis pun ada juga...di selang selikan dengan celoteh beliau yang tak sudah-sudah tu....

Ini adalah salah satu dari aktiviti masa lapang beliau yang mana beliau suka sangat-sangat menggunakan henfon saya tak kiralah mengambil dan merakam gambar aksi-aksi beliau ataupun menonton "YOU TO BE"  (bahasa versi Arissa) aka Youtube ...

Note:  Pergh...patutlah henfon saya lembab aje lately ni ..rupanya penuh gambar dia dekat 100 keping di simpan...huarghhhhh!! seksanya nak mendelete satu persatu ni.....

Inilah kerjanya yang mana sebahagian lagi dah susah nak download...aksi sama aje...

Friday, February 22, 2013

Ichaku Sayang...


Assalammualaikum....

Kawan-kawan, as for now am quite impress to tell out stories of my two (2) little princess.

Am sure that there are certain blogger friends who are getting bored and refused to read more about my entry posted in this blog (bukan apa since dah beranak pinak ni nak cerita banyak-banyak pasal orang pun tak baik jugak and loads of current issues already updated by other bloggers) So in the other words  I prefer to keep on telling stories about my children ajelah..


This is my other princess her name is Nur Arissa Adilla and we called her Icha.  She is now 3 years 4 months old.  She still using diapers as she still doesn't know how to differentiate as and when she need to go to the loo...(payah jugak kan).

Last month we did send her to school and of course am the proud and happiest mother in the world lah (masa tu aje) kiranya coz senang nak suruh dia pergi skewl without crying pepagi buta. But unfortunately, "ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya lebat di tengah hari"..ON the fourth day she refused to go dah.... she keep on saying that her school dah tutup because hari dah malam.... when we think of it padanlah she said "sekolah tutup sebab hari dah malam" rupanya she keep on comparing the time when we go out from the house sending her and the brothers to skewl time pagi around 6.45pagi  macam tu memanglah hari tengah gelap lagi..which she thought of itu malam....hailah susah dan payah..

In return we are now sending her to my mom's house instead of sending her to school becoz everytime when me and En Habi sent her to the front gate at school dia dah start nangis ala-ala drama swasta gitu...she is sooo the "Drama Queen".

But knowing Arissa she likes to pose in front of the camera while singing and dancing ala-ala hindustan.  Kalah Aishwarya Rai... We love her so much!!


Tuesday, January 15, 2013

Arissa TAK NAK Pergi Skewl...



Assalammualaikum...




Hailah anakku sorang ni .. bukan main payah nak memujuk segala mak nenek untuk menyuruh dia ke sekolah...

Setiap hari HARUS/MESTI mengeluarkan air mata akibat dari keengganan beliau untuk kesekolah.

Hari pertama, kedua dan ketiga bukan main suka lagi dia kesekolah masuk hari yang keempat iaitu hari di mana kami suami isteri dah start bekerja dan memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada orang yang mengambil beliau 'Private Transport" untuk menjemput langsung esoknya beliau tak nak ke sekolah.

Aduii!! sakitnya kepala kami ni memikirkan camnelah nak membuatkan beliau seronok dan kembali semula ke sekolah ...

Adakah disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau merasakan dia terlalu muda untuk kesekolah atau faktor persekitaran dimana kawan-kawan yang sampai kesekolah seorang demi seorang menangis apabila ditinggalkan ibu dan bapa atau dia takutkan pada makcik yang mengambilnya pada setiap hari apabila sekolah berakhir.....

TAPI SAMPAI BILA??

Takkan nak duduk di rumah aje? Dan tujuan sebenar kami suami isteri menghantar beliau ke sekolah pun adalah disebabkan keHYPERAKTIFAN beliau yang mana suka sangat nak mengacau dan mengganggu neneknya di rumah beserta adik kecik yang sedang tidur dengan mendengar lagu-lagu serta suara nyaring beliau yang suka terjerit-jerit apabila dirumah..

Planning kami sekurang2nya jika dia kesekolah dapatlah mengurangkan bebanan dan kepenatan yang emak saya tanggung dengan menjaga beliau dan adiknya secara serentak..tapi ini dah sebaliknya...

Pelbagai usaha dan tarikan telah kami buat yang mana setiap kali beliau ke sekolah mesti kami suami isteri belikan sesuatu untuk beliau sebagai "Upah" dengan syarat beliau akan kembali ke sekolah tetapi kini tak lagi...semua tu dah tak jalan pun..dia lagi advance dengna mengatakan sekolah dia dah tutup esok ajelah pergi...HAI LAH ANAK!!


Friday, September 07, 2012

Oh Anakku....


Assalammualaikum...

Entry tak berapa nak menarik beberapa minggu ni disebabkan kekalutan dan kepenatan saya bekerja di pejabat dan membuat kerja SHIFT di malam hari. 


Si kecik lately ni tak berapa nak sihat dia demam dan tak tidur malam jadi kami suami isterilah yang bergilir-gilir menjaga beliau baik dari segi sponging dan memantau suhu badan beliau yang ada kalanya naik mendadak panas dengan sesuka hati tidak mengira waktu.  Dan ada kalanya bukan main sejuk hingga beliau menggigil-gigil kesejukan.

Penat, letih dan kurang tidur tu biasalah kalau dah beranak pinak kerana kerisauan melanda diri apabila sang anak tidak berapa sihat dan muntah-muntah sambil merengek-rengek tak sedap badan.

Akibatnya penangan bila dah kerja SHIFT malam tanpa tauliah bila masuk kerja di waktu siang hari mata pula dah naik pejam terkebil-kebil macam ayam. huhuhu....nak buat macam mana?? Bila sang anak sakit semua parents akan susah hati...

Semoga pwincess kami akan recover dengan cepat dan dapat bermain seperti sediakala.

GET WELL SOON ICHA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...