Showing posts with label Blogwalking. Show all posts
Showing posts with label Blogwalking. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Review Segmen Bersama Zamani 84 -BW


Assalammualaikum...



Alhamdulillah...akhirnya saya dengan jayanya telah tamat, selesai, khatam berBLOGWALKING segmen anjuran Zamani 84 yang telah berlangsung dari 17-24 April 2012.

Segmen ini dengan jayanya telah ditutup pada 24hb April 2012 dan telah disenaraikan para peserta yang melayakkan diri mereka bersama-sama bersegmen.  Ramai jugak yang mengambil bahagian. 


Cuma ada beberapa buah blog sahaja yang saya tak dapat buka tak tahulah mungkin link yang diberikan salah atau postingnya dah hilang, atau PC saya ni yang ngok ngek tak boleh bukak...Allahualam......antara blog-blog tersebut:-


1) cikrame-rame
2) anakabah86
3) ceriteramissnurdeelaa
2) milikfairus

Melalui tinjuan dari siri jelajah blogwalking saya, kebanyakkan blog-blog yang mengambil bahagian tidak kurang hebat dan berbakat serta presentasi blog-blog mereka memang memuaskan.  Ada yang letak lagu bagi menghiburkan pengujung (awas jangan berat sangat ye...akak susah nak buka) ada yang letak cursor yang cumel-cumel, kiut-miut dan ada yang letak layout lain dari yang lain..tapi....overall mereka semua memang....

HEBAT BELAKA!!

Tahniah dan selamat bersegmen pada anda semua. Pada yang belum berkesempatan silalah berkunjung ke blog mereka-mereka ini. 

Link boleh dapati dengan hanya menekan INI

SELAMAT BERBLOGWALKING!!

Tuesday, April 17, 2012

"SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G"


Assalammualaikum .....



En. Nasz anjurkan segmen lagi....SYABASS!!

Kali ini bersegmen dengan berblogwalking dari satu rumah ke satu rumah yang lain...ANDA SUKA??

Pada yang mempunyai kelapangan sudilah berziarah dan singgah ke blog-blog yang menyertai segmen En Nasz kali ni.  Tak rugi pun selain anda boleh melihat akan suasana keindahan blog-blog yang kita semua lawati.  Memang cukup-cukup berbakat dan berpotensi blogger-blogger sekarang tak kira baru mahupun lama anda semua memang berkaliber sebagai seorang penulis blog.

Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi dengan menitipkan entri-entri menarik anda agar dapat dikongsikan bersama dengan teman dan rakan blogger lain.

Jemputlah singgah ke blog saya yang tak seberapa dan sudi-sudikanlah meninggalkan jejak anda di sini.  Insyaallah setiap komen yang anda tinggalkan akan saya jejaki dan terima kasih saya ucapkan atas kesudian kalian semua berziarah ke blog saya yang tak seberapa ini.

Pada anda yang berminat sila lawati dengan hanya menekan SINI

Selamat berblogwalking!!

Tuesday, April 03, 2012

Selesai Sudah BW Segmen Nasz: Jom Blogwalking



Alhamdulillah....


dapat dari gugel


Sempat.....sempat..... akhirnya kali ni saya berBW (blogwalking) berziarah ke blog-blog adik-adik manis, cantik, kacak dan macho yang menjoinkan diri dalam segmen anjuran En Nasz kali ni....

Tak sangka saya ramai blogger baru dan lama juga ye yang bergiat aktif dalam dunia penulisan.  Seronok bercerita di alam maya malah bukan itu sahaja kita juga (blogger) dapat bertukar-tukar pendapat dan cerita macam ada sesetengah blogger ayng saya ziarah ada yang bercerita mengenai kisah rutin harian mereka sebagai anak, isteri, pelajar dan sebagainya malahan ada juga yang berkongsi cerita di dalam blog mereka akan tempat-tempat yang mereka lawati (melancong) serta tempat makan menarik untuk rujukan dan pengetahuan kita semua.

Syabas pada blogger-blogger Malaysia semua.  Anda semua memang berbakat.

Dari siri penjelajahan saya dengan berBW setakat ini...overall semuanya ok, kiut miut juga ada sesetengah blog tu saya suka cuma ada beberapa permasalahan yang saya hadapi, akan tetapi, itu bukanlah penyumbang besar pada tuan tanah blog itu sendiri yang penting korang suka cuma pada saya yang saya tak berapa suka dan gemar ketika berBW ni contohnya  ada dikalangan  blogger-blogger yang kreatif ingin menunjukkan kelainan pada blog mereka meletakkan 'word verification' apabila kita (tetamu) datang untuk meninggalkan komen.  

Kalau yang saya boleh baca tu oklah jugak.....ini ada yang saya type beribu lemon pun tak lepas-lepas naik geram saya langsung tak tinggalkan jejak...MAAFlah ye dik! akak bukan sengaja cuma terkadang tu rasa geram pulak dah cuba berkali-kali tapi tak lepas-lepas sebab word tu adakalanya susah nak di baca.  



Cadangan saya, adalah lebih baik untuk disablekan 'word verification' tu dan setkan seperti biasa.  Ada setengah blog tu pula nak carik kotak komen pun tak jumpa maka kenalah tinggalkan jejak dekat shoutbox mereka..nak nampak fancy kot...bagi saya keliru sikit tapi itu bukan masalah besar kot bagi anda..boleh aje kalau suka.


Dan yang rata-rata rasanya ramai yang setkan music background bagi blog mereka dengan lagu-lagu cinta kegemaran mereka.  Orait aje cuma adakalanya PC saya ni bengong ..... almaklumlah fesyen lama tak berapa nak canggih ...terpasang engan kuat sekali lagu itu hingga mengejutkan jiran (meja) sebelah saya...dan adakalanya juga melambatkan loading blog anda ke PC saya ni....huhuhu....tapi kalau korang rasa cantik dan menarik hati korang abaikan aje komen saya ni.....

Apa-apapun saya seronok berBW kali ni...ramai yang saya kenal blogger baru dan lama dan kawan-kawan yang saya selalu berziarah pun ada...

Terima kasih pada anda yang sudi berziarah singgah ke blog saya yang tak seberapa ni. Segala komen ada samaada untuk kebaikan dan salam perkenalan saya sambut dengan hati yang terbuka dan terharu.  Terima kasih pada anda semua.  Tanpa kalian saya tidak akan terus menulis dan menceceh di dalam blog ini.

Di harapkan selepas tamatnya segmen BW ini kita akan terus berziarah dan berutus berita dan mengeratkan silatulrahim sesama kita.

Good luck pada anda semua dan semoga terus sukses.  Terima kasih En Nasz kerana sudi anjurkan segmen ini...semoga di masa hadapan kita akan bersegmen lagi.

Monday, November 21, 2011

Wahai Blogger, Jom Berkenalan.

Assalammualaikum semua,



Tak nak cakap banyak-banyak cuma ingin melayakkan diri dengan sepantas kilat bersama-sama dalam segmen anjuran Hasrul Hassan kali ni yang bertajuk "Wahai Blogger, Jom Berkenalan".

Mabbe ada yang telah mengetahui dan bagi yang baru ingin menerjah blog saya ini seperti biasa nama saya Rahmah Ram Ram dan tuan punya kepada blog yang diberi nama bla-bla-blub-blub.  Kebanyakan entri saya di dalam blog ini memaparkan mengenai kehidupan seharian saya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata dan juga menempekkan berita dan isu semasa dalam negara dan luar negara.  Selain itu saya juga suka berkongsi maklumat kesihatan pada semua rakan-rakan bloggers yang saya sayangi.

Sama macam segmen lepas-lepas saya telah berblogging dah lama dari tahun 2006 cuma lebih bergiat aktif lately ni (awal tahun 2011).  Pada anda yang baru mengenali diri saya, jemputlah singgah dan minta berikan tunjuk ajar serta komen membina pada saya untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas kujungan anda dan Insyaallah saya akan membalas kunjungan anda dan berziarah jika diberikan masa dan waktu yang terluang. Jangan risau.  Salam kenal pada bloggers yang baru nak menerjah dan selamat berblogwalking.

Tutup: 22 November 2011 Jam 3:00 petang.


Thursday, November 10, 2011

Segmen: HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

Assalammualaikum,

Tanpa membuang masa dan ingin menjadi salah seorang dari blogger untuk menjelajah kesemua blog-blog tanahair (selagi boleh).  Memandangkan saya telah lama menjadi follower Hasrul Hassan dan begitu teruja untuk melayakkan diri untuk bersama-sama berblogwalking ke blog-blog yang sememangnya menarik dan berinformasi.




Tetapi sebelum itu........ Antara syarat-syarat yang perlu kita semua patuhi ialah:-


1) Nyatakan nama anda sebagai blogger serta nama blog anda

Saya dikenali sebagai Rahmah Ram Ram (tiada kaitan dengan Ramlah Ram).  Berkongsi cerita dan pengalaman bersama teman-teman bloggers saya di bla-bla-blub-blub

2) Letakkan tarikh mula berblog atau tahun mula berblog

Tarikh memula saya menceburkan diri dalam blog ni memang sah tak henggat, cuma yang saya tahu tahun saya mula berblog secara kecil-kecilan ialah pada tahun 2006 dan mula bergiat secara serius pada awal tahun ini iaitu 2011.

3) Nyatakan target blog anda untuk tahun 2011 ini, adakah ia sudah mencapai sasarannya?

Susah nak cerita, of course semua bloggers mahukan blog mereka menjadi dambaan dan ikutan oleh semua orang bukan saja takat rajin dikunjungi dan mempunyai followers yang ramai dan dapat meningkatkan traffic yang tinggi serta menaikkan rating 'earnings' mereka.  Insyaallah berkat sabar dan usaha kita semua pasti berjaya.

So far setakat ini, Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan pencapaian saya walaupun tak sebanyak atau setinggi mana (macam masuk bakul angkat sendiri pulak) tapi adalah jugak bergeraknya meter dalam akaun nuffnang saya kalau nak dibandingkan sebelum-sebelum ini.  Bukan senang nak menulis dan memerah idea untuk tulisan kita itu sentiasa dibaca dan diikuti oleh semua orang dan bukan semua juga mempunyai masa untuk mengapdet blog mereka setiap hari untuk memaintainkan rating mereka. PAYAH!!

Insyaallah berkat usaha dan sabar pasti ianya akan membuahkan hasil. 

Tarikh Tutup: 13 November 2011 ..... jam 10 pagi. 

Tuesday, November 01, 2011

Saya Suka Join Segmen Dan Berblogwalking TETAPI......

Berapa ramai antara anda yang menghadapi masalah berblogwalking nak menerjah dan berziarah ke blog rakan-rakan blogger lain tetapi bila nak meninggalkan jejak dan komen mesti payah kan? Ada sesetengah blog tu nak loading pun lama...


Actually permasalahan begini telah dibincangkan sebelum-sebelum ini di beberapa laman blog lain malahan rakan sepagar saya pun ada mengutarakan permasalahan yang beliau hadapi dengan sesetengah blog yang dilawati pada  bahagian komen En. Nasz dalam segmen sebelum ini, tetapi berapa ramai antara blogger ini yang peka dan mengambil berat akan permasalahan yang diutarakan oleh pengunjung-pengunjung lain.  Saya juga adakalanya menghadapi masalah yang sama...


Mereka dengan sukacita mengambil bahagian dalam segmen yang di anjurkan tetapi apabila pengunjung nak tinggalkan komen memang agak payah ada setengah tu macam saya cakap earlier nak tunggu loading sikit punyalah payah (berjinggut nak tunggu) mabbe widget dia penuh kot dan ada separuh tu menggunakan login ID untuk Facebook, Yahoo akaun dan sebagainya untuk meninggalkan komen dalam blog mereka...  bagi mereka (contohnya saya) yang tidak mempunyai login ID Facebook bagaimana...agak menyukarkan juga...


Ada pulak sesetengah blogger tu dah set awal-awal lepas tinggalkan komen nak kena masukkan word verification la pulak..aduiyai..kalau yang senang nak baca tu bolehlah dapat nak ditaip, tapi buatnya keluar words yang bergulung-gulung tak ke payah?


Sebaik-baiknya kita permudahkanlah segala urusan dan tidak mengundang kepayahan apabila tetamu nak datang bertandang kerumah kita. BETUL kan?  Overall selama saya berziarah, jalan-jalan blogwalking saya amat sangat-sangat berpuas hati dengan blog-blog mereka yang sentiasa ceria, cantik, comel, kiut dan menarik hati.


(jangan marah ye..saya cuma menyuarakan rasa tak selesa aje)

SEGMEN : Lulu Caldina Ajak Blogwalking

Assalammualaikum...




Tak moh cakap banyak-banyak dan berjela-jela sebab tengah memBIZIkan diri untuk menghabiskan minit mesyuarat, tapi hajat di hati nak jugak join segmen Lulu Caldina yang sememangnya ditunggu-tunggu iaitu blogwalking....SERONOK jengah rumah orang, jalan-jalan tengok-tengok sambil bertanyakan khabar...insyaallah seboleh dan sedaya mampu akan membalas singgahan korang semua...

Selamat BerSegmen!!

Oh ya! Lupa nak khabaq sat, Lulu Caldina kata segmen ni akan berterusan sehingga hari Jumaat, 4hb November 2011 jam 2 petang, so bloggers semua jangan lepaskan peluang ini ye...

JOM!! JOM!! JOM!!


Keterangan lanjut sila KLIK dan Selamat berkenalan semua.....

Thursday, September 15, 2011

Segmen: Jom Blogwalking Bersama Lulu Caldina



Assalammualaikum semua...

Ntahlah kenapa semenjak dua menjak ni idea dalam kepala otak ni tak ada mencurah-curah pulak nak memposting entri yang sedap-sedap nak ditempekkan didalam belog kesayangan ni.

Mungkin disebabkan baru lepas beraya dan moodnya yang tak sudah-sudah kot? Tapi Tak Mungkinlah...

Tengah scroll-scroll dashboard tengok entri-entri terbaru dari kawan-kawan blogger ni ternampak pulak posting entri terbaru iaitu Entri Melekat Cik Lulu Caldina yang mengajak kita semua berblogwalking.

JADI?? Apa tunggu lagi....

Erm...seronok jugak nak menjoinkan diri...SAYA, kalau bab-bab bersegmen ni memang suka tambahan pulak time tengah-tengah ketandusan idea nak mencari entri yang bagus dan terbaik.

Oleh itu, apa kata kita beristirahat sekejap dengan berBLOGWALKING. Bukankah itu lebih baik di bulan-bulan mulia ini..tak ziarah ke rumah ziarah ke blog juga dah memadai. Betul tak?

Pada mereka-mereka yang nak menjoinkan diri SYARAT-SYARAT yang telah ditetapkan oleh Cik Lulu adalah seperti berikut:-

1) Buat entri, letakkan banner Cik Lulu beserta link entri segmen ni, dan dengan tajuk "Jom Blogwalking"
2)Dalam entri tu tulis jer lah apa korang nak cerita
3) Tinggalkan link entri tu kat ruangan komen
4) Tarikh Tutup tengah malam, Ahad ni 18hb September 2011.


Jadi JANGAN TUNGGU LAGI...sila KLIK untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci.

Selamat Berblogwalking semua!!

Tuesday, August 23, 2011

Segmen: Blogwalking Sebelum Raya

Assalammualaikum semua...



Dah lama rasanya tak berblogwalking menjengah dan berziarah ke semua belog sahabat blogger yagn saya kasihi...dipagi yang indah dan mulia ini (chewah) saya nak menjoinkan diri saya sebentar mengikuti segmen yang dianjurkan oleh Cik Lulu Caldina yang akan berakhir pada hari ini jam 3.00 petang.

JADI!! APA TUNGGU LAGI!!!

Untuk maklumat lanjut sila KLIK.

Syarat-syarat menyertainya ialah:

1) Buat entri, ambik banner kat atas beserta link entri segmen ni, dengan tajuk
"Blogwalking sebelum raya"
2) Dalam entri tu, silalah buat ucapan sempena aidilfitri
3) Dah siap tinggal link kat ruangan komen entri ni
4) Tarikh tutup segmen adalah esok (selasa) 3 petang

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua rakan blogger yang saya kasihi.

Berhati-hatilah ketika memandu dan sentiasa ingat orang tersayang.

Selamat BERBLOGWALKING!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...