Tuesday, November 01, 2011

Saya Suka Join Segmen Dan Berblogwalking TETAPI......

Berapa ramai antara anda yang menghadapi masalah berblogwalking nak menerjah dan berziarah ke blog rakan-rakan blogger lain tetapi bila nak meninggalkan jejak dan komen mesti payah kan? Ada sesetengah blog tu nak loading pun lama...


Actually permasalahan begini telah dibincangkan sebelum-sebelum ini di beberapa laman blog lain malahan rakan sepagar saya pun ada mengutarakan permasalahan yang beliau hadapi dengan sesetengah blog yang dilawati pada  bahagian komen En. Nasz dalam segmen sebelum ini, tetapi berapa ramai antara blogger ini yang peka dan mengambil berat akan permasalahan yang diutarakan oleh pengunjung-pengunjung lain.  Saya juga adakalanya menghadapi masalah yang sama...


Mereka dengan sukacita mengambil bahagian dalam segmen yang di anjurkan tetapi apabila pengunjung nak tinggalkan komen memang agak payah ada setengah tu macam saya cakap earlier nak tunggu loading sikit punyalah payah (berjinggut nak tunggu) mabbe widget dia penuh kot dan ada separuh tu menggunakan login ID untuk Facebook, Yahoo akaun dan sebagainya untuk meninggalkan komen dalam blog mereka...  bagi mereka (contohnya saya) yang tidak mempunyai login ID Facebook bagaimana...agak menyukarkan juga...


Ada pulak sesetengah blogger tu dah set awal-awal lepas tinggalkan komen nak kena masukkan word verification la pulak..aduiyai..kalau yang senang nak baca tu bolehlah dapat nak ditaip, tapi buatnya keluar words yang bergulung-gulung tak ke payah?


Sebaik-baiknya kita permudahkanlah segala urusan dan tidak mengundang kepayahan apabila tetamu nak datang bertandang kerumah kita. BETUL kan?  Overall selama saya berziarah, jalan-jalan blogwalking saya amat sangat-sangat berpuas hati dengan blog-blog mereka yang sentiasa ceria, cantik, comel, kiut dan menarik hati.


(jangan marah ye..saya cuma menyuarakan rasa tak selesa aje)

10 comments:

Anonymous said...

hurmm betul tu sokong2..ada pula yang nak buat segmen tapi blog dia berat...ape kes?

cuma..heheeh saya kalao nak komen pun lambat sikit...sebab nak try dapatkan duit sampingan..student la katakan.

Unknown said...

saya kalau bab word verification tu okay lagi.

tapi kalau loading lambat, memang sy keluar terus je dari blog tu. hehee :)

hazanis said...

setuju 100%...:)

Ca'Oi_Bartowski said...

words verification leh terima lagi...

tpi loading terkedek-kedek mmg bleh mengundang jari mengKlik button 'close'..

heheee

nurdani said...

saya nak sangat2 tinggalkan komen bagi menghargai komen mereka.tapi disebabkan faktor2 tu,em memang payah la.terpaksa tak komen.hoho.

skuterlady.blogspot.my said...

tu la kan...sepatutnya blogger - blogger kena titik beratkan hal macam tu. Bukan setakat nak jadikan blog tu cantik semata - mata tapi...jadikan blog tu lebih 'mesra alam' kepada tetamu yang ingin menjengah.

Ezad Skytech said...

kadang2 kalau bw ni..sy suka buka new tab banyak2...memang selalu jadi masalah kalau blog tu berat..hang terus laptop sy..huhu~

Nasz said...

senang je solutionnya. klik pangkah kat atas tu. habis. heheehe.

mimie.. said...

ha'ah la..tak suka kat blog yg lmbat loading..jenuh nunggu huhu

Aziela said...

Pernah baca statement dari satu blog nie yang kata dia x peduli blog dia lambat sebab dia memang suka dan saja letak widget sampai penuh. Kalau ikutkan, memang x nak komen, tapi demi menghormati segmen, saya komen juga..huhuhu. Etika dalam blogging patut adalah kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...