Monday, November 21, 2011

Wahai Blogger, Jom Berkenalan.

Assalammualaikum semua,



Tak nak cakap banyak-banyak cuma ingin melayakkan diri dengan sepantas kilat bersama-sama dalam segmen anjuran Hasrul Hassan kali ni yang bertajuk "Wahai Blogger, Jom Berkenalan".

Mabbe ada yang telah mengetahui dan bagi yang baru ingin menerjah blog saya ini seperti biasa nama saya Rahmah Ram Ram dan tuan punya kepada blog yang diberi nama bla-bla-blub-blub.  Kebanyakan entri saya di dalam blog ini memaparkan mengenai kehidupan seharian saya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata dan juga menempekkan berita dan isu semasa dalam negara dan luar negara.  Selain itu saya juga suka berkongsi maklumat kesihatan pada semua rakan-rakan bloggers yang saya sayangi.

Sama macam segmen lepas-lepas saya telah berblogging dah lama dari tahun 2006 cuma lebih bergiat aktif lately ni (awal tahun 2011).  Pada anda yang baru mengenali diri saya, jemputlah singgah dan minta berikan tunjuk ajar serta komen membina pada saya untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas kujungan anda dan Insyaallah saya akan membalas kunjungan anda dan berziarah jika diberikan masa dan waktu yang terluang. Jangan risau.  Salam kenal pada bloggers yang baru nak menerjah dan selamat berblogwalking.

Tutup: 22 November 2011 Jam 3:00 petang.


4 comments:

Admin said...

Yeahh OTAI .. hehehehee... terima kasih sekali lagi sebab join, tak jemu2 join ... harap nanti dalamm Contest leh menang adiah ..huhuhuh

RamRamCute said...

@HasrulHassan - mana OTAInya HH saya sama seperti semua bloggers lain. Saya masih belajar dan terus belajar dan mengumpulkan segala maklumat dan tunjuk ajar dari HH dan bloggers OTAI yang lain. :)

Ana Farhana said...

singgah blog comel dr segmen yg sama :)

Rina Isa said...

Salam kenal kak ramlah! tq berkunjung ke blog saye (: blog cantik! (: hasil tngan whitey mommy memang awesome!

jemput ke sini juga yer (:
http://mrsladysstylo.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...