Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Percutian CNY

Assalammualaikum...

Lamanya tak bersiaran. Blog ni pun kejap ada cerita baru kejap takde sebab tuan tanahnya tak berapa nak semangat nak berblogging semenjak dua menjak ni.

Apapun since baru-baru ni cuti panjang sempena Tahun Baru Cina maka secara lahiriahnya pasti ramai yang menghabiskan cuti cutian anda di pusat pelancongan di serata Malaysia dan luar negara.

Kami sekeluarga memilih destinasi percutian ke Langkawi kali ni. Al maklumlah saya ni seumur hidup tak pernah nak pergi ke Langkawi jadi inilah masanya saya bercuti cutian dengan suami dan anak-anak ditambahkan lagi dengan kehadiran keluarga mertua dan ipar duai.

Ramai sungguh ahli keluarga kami kali ni. Diam tak diam adalah dalam 15orang kami ni.

Percutian dengan menaiki pesawat Firefly kurang lah sikit tahap kepenatannya as compared to memandu sendiri dan masa perjalanan pun dapat dipendekkan dalam satu jam setengah je itu pun bergantun pada pilot yang bawak pesawat tu.

Cuaca di sana memang PHEW!! Teramatlah panas dan berbahangnyalah sampaikan anak anak saya berempat orang ni demam dan selesema lah akibat dari cuaca yang agak panas di sana berbanding KL (chewah macam selama ni duduk obersee).

Hari pertama sampai memang tak ramai orang kerana kami bertolak pada hari Jumaat 8/2/13 memang jalan pun clear sepanjang hari tu sampai ke malam sunyi dan sepi. Tapi bila masuk hari kedua duduk di sana iaitu masuk hari Sabtu 9/2/13 ooooii mak oiii jalan jam ngalahkan KL tak agak agak nak menyusuri Dataran Helang tu. Memang confirm memerlukan kesabaran tahap gaban kerana ramai yang dah masuk ke Langkawi untuk bercuti. Kami dapat sampai ke Dataran pun pada waktu malam sebab siang dah jam malam pun dah sah sah jam jugak.

Tak banyak tempat yang saya pergi huhuhuhu sedih sangat sebab anak anak pun tak sihat dan sikecik pun meragam aje.

Jangan tidak ambil ajelah dan pergi ajelah tempat yang mana patut pun.. Sedih saya.

Tetapi En Habi berjanji akan membawa kami anak beranak semula kesini nanti Insyaallah.... Yang penting semua pun hepi dan enjoy ye tak??













Friday, May 04, 2012

KL-Perak-Penang-KL




Lamanya tak jengah blog....

Assalammualaikum semua....

Tengok tajuk macam banyak sangat itinerary tu....macam travel jejauh obersee...padahal dekat aje.

Apa pun layan ajelah gambar- gambar cuti singkat kami yang tidak dirangka pun selama 2H1M ke Perak dan Penang menemani En Habi membeli tender baru-baru ini.

Walaupun ianya memenatkan dan tak dapat enjoy sepenuhnya tetapi kami menggunakan sebaiknya masa untuk keseronokan dan kepuasan anak-anak yang sanggup nak ponteng sekolah...hehehehe....





Entrance






the room



kalau nak berbasikal masuk aje RM kat situ

Statue @ the entrance

Menarik perhatian kanak-kanak

The Pool



sibuk nak naik boat....

Control ayu je budak tecik ni.....

Perasan body cantik le tu...

hihihi..tak bawak baju swimming suit in the end pakai baju rompers Hard Rock aje..

Nice view



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 29, 2012

Pakej Percutian? Siapa Nak???


Cuti persekolahan akan kembali, jadi mungkin ramai yang akan mendirikan rumahtangga dan pada pasangan yang baru berkahwin dan belum sempat berbulan madu? Kini anda tak perlu pergi jauh untuk bercuti kalau suka pergi dekat aje pun dah memadai.....


Beminat? Sila layari laman web AVILLION untuk maklumat lanjut.

Avillion Port Dickson "Drive Me to Avillion" Package

Avillion Port Dickson is offering their "Drive Me To Avillion" Package from RM1,300++ per couple. 

Package includes: 

- 2 night accommodation 
- Buffet breakfast 
- Chauffeured return transfer from anywhere in the Klang Valley 
- 1 bottle of sparkling wine 
- 1 candlelight dinner 
- 1 box of chocolates 
- Discover your Elements at avi Spa 
- Welcome tea at avi Spa 
- Foot Spa for 2 persons 

Terms and conditions apply. 

Visit website for more details. 

Call 06-647 6688 or 03-2730 9988 for enquiries.


Promosi sah sehingga 31 March 2012.

Tuesday, February 28, 2012

3D2N @ Grand Lexis, Port Dickson

Assalammualaikum semua...

Dah lama saya tak apdet blog ni...kemalasan melanda diri yang entah ke berapa kali saya pun tak tahu..kekadang tu rasa macam malas aje nak membuka dan menerjah blog ni.....puas dititipkan kerajinan dan dicampakkan kemalasan dalam diri tapi pengakhirannya masih sama...


Adakalanya dah tak tahu entri apa lagi dah nak ditulis...bukan senang nak berblogging...dulu-dulu selalu tanya diri sendiri kenapa orang itu dan orang ini malas sangat nak apdet blog..bukan ke senang..tapi bila dah kena batang hidung sendiri langsung terdiam....hehehehe


Oklah kawan-kawan, sekadar membuka entri baru saya pagi ni nak bercerita pasa percutian kami anak beranak baru-baru ni di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak pergi jauh sangat pun tapi seronok apabila mengenangkan dapat menghabiskan cuti bersama tersayang..memandangkan En Habi yang lately ni sibuk tahap melampau yang tak kira siang atau malam bekerja dan meninggalkan kami anak-beranak di rumah...jadi inilah masanya.



Alhamdulillah everything went well...selamat semuanya kami sekeluarga sangat-sangat berpuas hati dan seronok.



Dengan mengambil pakej 3H2M di Grand Lexis, Port Dickson memang sungguh-sungguh berbaloi.  Pada kawan-kawan yang ingin merasainya memang saya amat sangat menyokong jika Grand Lexis dijadikan destinasi pilihan anda sekeluarga untuk bercuti.  



Mempunyai private pool tersendiri, anda tidak akan berasa janggal dan malu dengan orang ramai kerana sememangnya hanya anda sekeluarga sahaja yang menguasai pool berkenaan.  Berenang dan berendamlah selama mana yang anda sukai...memang berbaloi....


Pilihan kami sekeluarga:-

Garden Pool Villa(Garden Living)

Size of units - upper 897 & lower 874 square feet
Number of units - upper 16 & lower 15
2 king size beds


Bagi anda yang berminat sila majukan cursor anda ke SINI

Thursday, February 09, 2012

Tips Ketika Di Singapore

Bukanlah pandai sangat pun saya ni yang sibuk nak bercerita in detail pasal USS ke Singapore ni..cuma sekadar memenuhi permintaan seorang rakan blogger dan sahabat lain yang ingin membuat persiapan untuk bercuti di Singapore dan bila dah sampai sana wajib masuk ke USS ye tak?


Memula saya pun tak tahu, tapi setelah membuat beberapa research dan studi dengan kawan-kawan blogger yang mana pernah berkunjung ke kota singa ini previously so saya pun take notelah tips-tips tu serta bertanya pada kawan-kawan yang pernah berkunjung ke sana.

gugel

Mengikut pemahaman saya kalau masuk aje Singapore kalau menggunakan kereta ye (sebab akak tak naik MRT ke sana) first things kena lalui ialah di Check Point Immigration Malaysia dan Singapura. Antaranya penyerahan pasport antarabangsa dan mengisi borang kemasukan pelawat/pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" yang terdapat di Bangunan Immigration tersebut (jangan tak isi tau nanti Immigration Singapore marah buat muka tension layan kita). Isi borang tersebut mengikut jumlah orang yang akan memasuki negara berkenaan.

Nota kaki: Sila pastikan tiada sesiapa yang mengambil gambar di Checkpoint-checkpoint berkenaan ye.  Kerana ianya adalah di LARANG!!

gugel

Tetapi perlu di ingatkan kepada anda yang memandu sila activatekan GPS anda kerana warga Singapore especially Chinese & Indians tidak akan membantu anda untuk tunjuk arah jika ada mengalami kesesatan di jalanraya (they are not so friendly).

gugel

Kemudian jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass di Bangunan B, Immigration Singapore dengan harga SIN$10 (wajib dan perlu ada).   Kad ini diperlukan bagi pembayaran sesetengah tempat parking dan untuk masuk ke bandaraya mereka tetapi sabtu dan ahad tidak dikenakan tol untuk masuk ke city hanya pada hari bekerja sahaja. Kad tersebut wajib di top-up di semua cawangan 7Eleven di dalam Singapore sahaja. Validity kad tersebut adalah selama 5 tahun.

Antara tempat-tempat menarik yang dicadangkan untuk pergi ketika anda bercuti di Singapore ialah:-

  • Universal Studios @ Sentosa Island
  • Merlion St.  (Lion keluar air kat mulut)
  • Raffles St.
  • Orchard Rd. (Shopping)
  • Geylang St. (Variety makanan HALAL)
  • Arab St. (Beli-belah, souvenir dan makanan HALAL)
  • Singapore Zoo
  • Skyline Luge (Cable car)
  • Underwater
  • Wax Museum
  • Bird Park
  • Silosa Beach
  • Marina Bay Sand Hotel
  • Esplanade (bangunan bentuk durian)
  • Lucky Plaza (macam Central Market jual banyak brgan souvenir)
  • Beach Rd.


Perlu di ingatkan juga makanan di dalam USS so far yang HALAL dan boleh muslim makan hanya di Mel's Drive In, lelain tu agak sedikit was-was ye.... 


Dan untuk keterangan lanjut mengenai harga ticket masuk ke USS sila layari laman web mereka di http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets atau anda juga boleh membeli ticket secara terus di di Resort World Hub, Wisma Genting ,Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Overall kalau tak silap saya harga yang dikenakan  RM180++ untuk dewasa dan RM135++ kanak-kanak dan RM85++ untuk warga emas (65 tahun keatas) meanwhile kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak dikenakan charge langsung dan rate sekarang RM2.93 jadi bolehlah anda merancang ye.

gugel


Sebelum balik, sila pastikan anda tidak terlepas dengan sebarang tunggakan tol atau bayaran parking kerana semua aktiviti kenderaan anda disana dirakam dan diketahui kerana apabila anda mahu keluar/meninggalkan sahaja dari negara berkenaan segala maklumat dan data kenderaan anda (jika anda melanggar lampu merah atau lari dari membayar tol) anda akan ditahan di Immigration Singapore dan perlu menjelaskan denda berkenaan immediately dalam erti kata lain semuanya link dengan data di Jabatan Imigresen Singapore (jangan main-main). 

Tips saya, jika anda tahu akan selok belok jalan di sana, pasti percutian anda nyata bukan sia-sia dan ianya tentu amat menyeronokkan semua seisi keluarga.  Perancangan yang sempurna serta pertolongan dari GPS amat-amatlah berguna ketika di sana.  Oleh itu selamat bercuti dan rancanglah perjalanan anda.

Wednesday, February 08, 2012

Singapore USS-JB 2012

Assalammualaikum semua...

Panjang sungguh cuti rasanya kali ni....dah sungguh-sungguh puas dan terasa.  Alhamdulillah semuanya kembali dan bersiaran seperti sediakala.

Entri kali ni saya nak bercerita pasal trip kami sekeluarga baru-baru ini. Seronok dan berbaloi-baloi. Penantian anak-anak kini telah berbalas dan mereka sungguh puas hati.

Alhamdulillah...diharapkan dilain kali kami akan sampai sekali lagi dengan pengetahuan yang telah kami hadapi dan lalui selama 4 hari kami disana.

Main Entrance

Dua orang budak ni suka sangat 

Heading to the Universal Studios from parking bay

Bumble Bee..."Do Not Touch" nanti dia jatuh....


Di hadapan Mel's Diner

Amirul antara orang paling hepi that day

Feris Wheel @ Marina Bay

Tumbler Bumble Bee dengan harganya SIN$23.90
convert duit kita RM2.93

 Colourful Lion

 Lake Of Dreams @ Main Entrance

Hard Rock Cafe - Beli Souvenir. Tak sah kalau tak beli
baju dan fridge magnet  kan.
Spin sampai pening.....

Yang di nanti dan di tunggu-tunggu dah di depan mata tapi tak dapat digapai...jenuh beratur dekat 1 jam menanti..jalan lagi lepas tu datang balik 2 jam menanti..datang lagi 45 min menanti..akhirnya tak naik pun..SEKSA aih!! Amirul dan Afiq naik antu tak dapat naik Transformers 3D Ride...Promise them to come again during orang tak ramai.

Marina Bay Sand Hotel - Cantik

The City

One of Madagascar Cartoon Character - Arissa paling seronok
Kung Fu Panda

Arissa cukup tak suka dengan dia ni menangis Arissa tengok dia..Dia suka kacau orang..
apa ye nama dia bukan Beetle Juice ke?

Princess Fiona & Shrek, Arissa takde dia nangis nak beli air kepala Dinasour kat luar....

Far Far Away - Castle Princess Fiona & Shrek

 Transformers @ Sci Fi City - dekat sini sikit punyalah ramai manusia beratur nak masuk 3D Ride

Yellow cab

Castle @ Far Far Away

 Rumah Shrek - Swamp Place

Berjalan pulang selepas sesi bergambar selesai

@ Jalanan

Afiq buat muka sedih sebab tak boleh masuk queue panjang ya amat!

The Mummy

Bumble Bee Car

Rehat sambil minum air

Sci-Fi City

Woody Wood Pecker - Arissa suka sangat dengan mascot ni siap tak mo jalan lagi dah

Rehat sebelum balik

Overall seronok walaupun penat berjalan kerana tempatnya besar...dicadangkan pada sesiapa yang nak pergi ke USS haruslah memakai sandal or selipar ye....kerana kaki nanti melecet. Lagi satu haruslah membeli kipas kerana cuacanya agak panas. Siapa yang membawa anak kecil agak payah sedikit kerana mereka tak berapa selesa akan cuaca di sana.

Tips pada yang membawa kenderaan (seperti saya) haruslah anda membeli kad Autopass (SIN$10) yang boleh didapati di Bangunan B, Bangunan Immigration Singapore, Kad ini memudahkan anda untuk bayar parking dan tol dan harus diingatkan di sini yang harga parking di Resort World memang mahal, kami masuk pukul 10.00pagi sehingga 5.30 petang harga parking RM70.00 (duit Malaysia) dan Valet Services ialah SIN$5.00

Oh ya! trip kami kali ni tak kesampaian nak melawat ke Merlion St. dan Mustafa Centre kerana kesesatan tahap melampau kami yang tak berapa familiar dengan jalan dan laluan di sana dengan tahap layanan orang-orang Singapore yang tahu kita ni adalah orang luar dan keturunan Melayu...rasanya mereka tak berapa nak WELCOME kita di sana sebab apabila sesat saya bertanyakan arah jalan kepada mereka tetapi jawapan yang mereka berikan ialah "DON'T KNOW" sungguh kurang baik dan mencerminkan imej yang kurang baik kepada pelancong (mungkin kalau cina atau mat salleh mereka layan kot tapi sebabkan saya ni keturunan melayu). 

Oh Ya! Lagi satu jalan-jalan di Singapore bukan seperti di Malaysia ye kerana mereka hanya menggunakan short form untuk petanda bagi jalan-jalan mereka, so pada anda yang first time membawa kenderaan ke sana confirm anda akan sesat.

Walhasilnya, sesiapa antara anda yang ingin kesana dengan memandu kenderaan haruslah memakai GPS atau menaiki perkhidmatan awam  sahaja (those yang tiada anak-anak dan mahukan adventure).

Makanan pun sungguh susah sedikit nak mencari tapi lebih baik kalau anda pergi ke Mustafa Centre ataupun Geylang Serai untuk mendapatkan makanan Halal tapi ada juga sesetengah restoran yang menggunakan nama melayu tetapi tukang masak dan owner restoran berkenaan ialah Chinese...hati-hati ye.

Sesungguhnya Singapore adalah sebuah negara yang bersih (saya akui) dan teratur dari segi susun atur bangunan, jalan dan landskapnya.  Mereka sungguh berdisiplin dan negara mereka sudah jauh membangun dengan pesat dan cantik.  

Sepanjang kami di sana saya tak nampak papan iklan di sepanjang jalan kami, tiada poster bergantungan, tiada bendera berkibaran, tiada pakaian yang di sidai merata-rata di rumah-rumah pangsa, tiada binatang berkeliaran, tiada sampah dan segalanya.  

Insyaallah jika diberikan kesempatan kami sekeluarga akan sampai ke sana lagi dan kali ini kami akan lebih bersedia untuk meredah kesemua tempat-tempat menarik di sana.

Sampai Malaysia kami semua kadar berbelanja di JPO (Johor Premium Outlet). Lagi bagus dan tak pening kepala kerana semuanya ada di situ..yang penting sediakan ajelah duit untuk berbelanja hehehehe......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...