Bukanlah pandai sangat pun saya ni yang sibuk nak bercerita in detail pasal USS ke Singapore ni..cuma sekadar memenuhi permintaan seorang rakan blogger dan sahabat lain yang ingin membuat persiapan untuk bercuti di Singapore dan bila dah sampai sana wajib masuk ke USS ye tak?
Memula saya pun tak tahu, tapi setelah membuat beberapa research dan studi dengan kawan-kawan blogger yang mana pernah berkunjung ke kota singa ini previously so saya pun take notelah tips-tips tu serta bertanya pada kawan-kawan yang pernah berkunjung ke sana.
gugel
Mengikut pemahaman saya kalau masuk aje Singapore kalau menggunakan kereta ye (sebab akak tak naik MRT ke sana) first things kena lalui ialah di Check Point Immigration Malaysia dan Singapura. Antaranya penyerahan pasport antarabangsa dan mengisi borang kemasukan pelawat/pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" yang terdapat di Bangunan Immigration tersebut (jangan tak isi tau nanti Immigration Singapore marah buat muka tension layan kita). Isi borang tersebut mengikut jumlah orang yang akan memasuki negara berkenaan.
Nota kaki: Sila pastikan tiada sesiapa yang mengambil gambar di Checkpoint-checkpoint berkenaan ye. Kerana ianya adalah di LARANG!!
gugel
Tetapi perlu di ingatkan kepada anda yang memandu sila activatekan GPS anda kerana warga Singapore especially Chinese & Indians tidak akan membantu anda untuk tunjuk arah jika ada mengalami kesesatan di jalanraya (they are not so friendly).
gugel
Kemudian jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass di Bangunan B, Immigration Singapore dengan harga SIN$10 (wajib dan perlu ada). Kad ini diperlukan bagi pembayaran sesetengah tempat parking dan untuk masuk ke bandaraya mereka tetapi sabtu dan ahad tidak dikenakan tol untuk masuk ke city hanya pada hari bekerja sahaja. Kad tersebut wajib di top-up di semua cawangan 7Eleven di dalam Singapore sahaja. Validity kad tersebut adalah selama 5 tahun.
Antara tempat-tempat menarik yang dicadangkan untuk pergi ketika anda bercuti di Singapore ialah:-
- Universal Studios @ Sentosa Island
- Merlion St. (Lion keluar air kat mulut)
- Raffles St.
- Orchard Rd. (Shopping)
- Geylang St. (Variety makanan HALAL)
- Arab St. (Beli-belah, souvenir dan makanan HALAL)
- Singapore Zoo
- Skyline Luge (Cable car)
- Underwater
- Wax Museum
- Bird Park
- Silosa Beach
- Marina Bay Sand Hotel
- Esplanade (bangunan bentuk durian)
- Lucky Plaza (macam Central Market jual banyak brgan souvenir)
- Beach Rd.
Perlu di ingatkan juga makanan di dalam USS so far yang HALAL dan boleh muslim makan hanya di Mel's Drive In, lelain tu agak sedikit was-was ye....
Dan untuk keterangan lanjut mengenai harga ticket masuk ke USS sila layari laman web mereka di http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets atau anda juga boleh membeli ticket secara terus di di Resort World Hub, Wisma Genting ,Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Overall kalau tak silap saya harga yang dikenakan RM180++ untuk dewasa dan RM135++ kanak-kanak dan RM85++ untuk warga emas (65 tahun keatas) meanwhile kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak dikenakan charge langsung dan rate sekarang RM2.93 jadi bolehlah anda merancang ye.
gugel
Sebelum balik, sila pastikan anda tidak terlepas dengan sebarang tunggakan tol atau bayaran parking kerana semua aktiviti kenderaan anda disana dirakam dan diketahui kerana apabila anda mahu keluar/meninggalkan sahaja dari negara berkenaan segala maklumat dan data kenderaan anda (jika anda melanggar lampu merah atau lari dari membayar tol) anda akan ditahan di Immigration Singapore dan perlu menjelaskan denda berkenaan immediately dalam erti kata lain semuanya link dengan data di Jabatan Imigresen Singapore (jangan main-main).
Tips saya, jika anda tahu akan selok belok jalan di sana, pasti percutian anda nyata bukan sia-sia dan ianya tentu amat menyeronokkan semua seisi keluarga. Perancangan yang sempurna serta pertolongan dari GPS amat-amatlah berguna ketika di sana. Oleh itu selamat bercuti dan rancanglah perjalanan anda.
5 comments:
Thanks akak...info yg bagus...
Jom singgah blog saya
thanks for the tips.skali je pernah gi singapore.tapi gi naik bas n tren jela kat sne.masa tu USS pon takde lagi.hahaha
@QasehnyaRania: no problem dik
@aReLaN: Lepas ni boleh pegi sana jenjalan dik..
info yang baguss.tak tau bila nak ke sana tapi dengan infonie bleh jd guide=)
kite nnti nk revisit lg spore ni..ritu agak tergesa2..hehe
Post a Comment