Tuesday, February 28, 2012

3D2N @ Grand Lexis, Port Dickson

Assalammualaikum semua...

Dah lama saya tak apdet blog ni...kemalasan melanda diri yang entah ke berapa kali saya pun tak tahu..kekadang tu rasa macam malas aje nak membuka dan menerjah blog ni.....puas dititipkan kerajinan dan dicampakkan kemalasan dalam diri tapi pengakhirannya masih sama...


Adakalanya dah tak tahu entri apa lagi dah nak ditulis...bukan senang nak berblogging...dulu-dulu selalu tanya diri sendiri kenapa orang itu dan orang ini malas sangat nak apdet blog..bukan ke senang..tapi bila dah kena batang hidung sendiri langsung terdiam....hehehehe


Oklah kawan-kawan, sekadar membuka entri baru saya pagi ni nak bercerita pasa percutian kami anak beranak baru-baru ni di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Tak pergi jauh sangat pun tapi seronok apabila mengenangkan dapat menghabiskan cuti bersama tersayang..memandangkan En Habi yang lately ni sibuk tahap melampau yang tak kira siang atau malam bekerja dan meninggalkan kami anak-beranak di rumah...jadi inilah masanya.



Alhamdulillah everything went well...selamat semuanya kami sekeluarga sangat-sangat berpuas hati dan seronok.



Dengan mengambil pakej 3H2M di Grand Lexis, Port Dickson memang sungguh-sungguh berbaloi.  Pada kawan-kawan yang ingin merasainya memang saya amat sangat menyokong jika Grand Lexis dijadikan destinasi pilihan anda sekeluarga untuk bercuti.  



Mempunyai private pool tersendiri, anda tidak akan berasa janggal dan malu dengan orang ramai kerana sememangnya hanya anda sekeluarga sahaja yang menguasai pool berkenaan.  Berenang dan berendamlah selama mana yang anda sukai...memang berbaloi....


Pilihan kami sekeluarga:-

Garden Pool Villa(Garden Living)

Size of units - upper 897 & lower 874 square feet
Number of units - upper 16 & lower 15
2 king size beds


Bagi anda yang berminat sila majukan cursor anda ke SINI

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kak..izwa tgh tggu baucer yg ni la kak..yg izwa menang hari tu tapi agen travel agency bagi hotel lain..so jadi conflik....

- AZIE - said...

memg tingin sgt nak g grand lexis nie, hope ada rezeki nti.

mrspuex said...

slm kak..

mcm menarik jek..mhl x kosnye??
al maklumla hubby kg kt peedee..so nak pi hotel kt peedee rugi lak katenye..uhukk...

RamRamCute said...

@Mrs Eady: laa...selalu camtu kan..kalau kita dh seronok dan berangan mesti lari target nyer...tapi takpe Izwa ada rezeki boleh gi lagi.....

Mrs Lurve: Insyaallah dik ada rezeki mesti sampai tu...

@Mrs Puex: kosnya...kena buntang biji mata sikit dik tapi seronok dan tak kacau sesiapa pun..kita pun dengan seronoknya boleh berenang-renang tanpa perlu memikirkan tentang orang lain...tapi sis rasa kalau 2D1N pun ok gak package nyer..cuba awak tengok dekat link akak bagi dekat bawah tu....klik under package....

Fiza Rahman said...

Bestnya...teringin nak gi sini.

Aziela said...

Pergg..bestttt nyerr....

Kaki Wayang said...

Wahhhhhhh..bestnya..nak pegi jugak...Bape hengget (ratus)..ngeeeee..kene tunggu Cek Nuffnanglah kalau macam ni..

mummyrinazone beauty said...

bilalah nak bercutinie..huaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...