Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit keegoan yang jarang ditonjolkan. Biasanya wanita jarang berterus-terang tentang apa yang dia mahukan meskipun amat mengharapkan lelaki memahaminya. Malah mereka sering kali berkias-kias.
Gambar Hiasan Ehsan Google |
Walaupun ramai mengatakan lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, wanita juga tidak terkecuali kerana rata-rata wanita yang lebih sukar untuk puas dalam apa jua aspek. Sebagai contoh, apabila telah mendapat sesuatu perkara yang diidamkan, dia akan berkias-kias dengan pasangannya mahukan sesuatu yang baru. Contohnya “ Saya lihat trend sekarang ramai suka iPad 2 berbanding laptop betul tak?" Dia berkias kerana tidak mahu dimarahi, tetapi sebenarnya dalam hati dia “Alangkah bagusnya kalau awak dapat belikan saya iPad 2”.
Wanita memang suka menguji dan diuji. Dia lebih selesa menggunakan orang terdekat dengannya untuk dijadikan modal dan alasan bagi menilai sejauh mana kasih sayang yang diberikan kepadanya. Ayat yang sering digunakan ialah “ Alangkah bagusnya kalau saya jadi macam wanita itu, layanan diberikan bagai puteri”. Dalam hatinya “ Alangkah bagusnya kalau awak berikan saya semua itu”. Tetapi bukan semua wanita bersikap begitu, cuma jika diberi peluang, apa salahnyakan.
Lepas dapat satu, ada lagi kemahuan yang belum dipenuhi membuat kita berasa tak selesa. Tambahan pula wanita lebih mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh kita inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain, biarpun kita tahu risiko akan dimarahi. Oleh sebab bimbang dengan keadaan tersebut, kita akan sedaya upaya berkias dan berharap pasangan “ faham jiwa’.
Contohnya, “ Cepatnya badan saya naik, baju yang awak hadiahkan bulan lepas sudah ketat! Tetapi percayalah dalam hatinya berkata “ Alangkah bagusnya kalau dapat sehelai dua baju baru bulan ini”.
LOL!!
7 comments:
Lelaki jer yang direct. Tak pernah nak berkias-kias kan..
tu pasal wanita sekarang memang direct, nak berkias ni lelaki susah nak paham...kadang2 tu terus tak paham or buat2 tak paham je.
Dulu saya suke jugak berkias..tapi sekarang lebih suka berterus terang..sebab kalau berkias..susah org nak faham..huwa..terutama my asbend..hahaha
@Aziela
hahah betul tu awak..kekadang tu sakit hati pulak dibuatnya...
@Ann Ishak
senang direct je kan Ann nak berkias2 ni lambat .. buatnya tak faham lagi kita yang sakit hati
@Lynn
walhasilnya suami2 kita ni kena berdirect aje lynn..kias di atak dengar dan tak pandang...masa bercinta tu boleh consider gaklah..hihihi
assalam, kadang2 perlu direct, berterus terang depends apa permasaalahanyer juga..
Post a Comment