Tuesday, June 11, 2013

Terima Kasih

Assalammualaikum...

Lamanya tak bersiaran... Memang dah lapuk dan bersawang dah blog saya ni. Mood nak berblogging memang kelaut memanjang takde nya yang tetap.. Memanjang sakit dan putus di tengah jalan hehehehe....

Oh ya! Diam tak diam kita dah beralih ke bulan Syaaban dan tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma.. Ada yang masih gigih mengganti puasa ke? Saya jugak yang tak sudah2 lagi selamat habis mengganti.. Hailah alamat membayar FIDYAH lagilah tahun ni. Bilalah azam nak habis ganti puasa ni tamat ye??



Erm... Alang-alang dah post entri ni saya nak merakamkan ucapan terima kasih pada En Habi (for the gift sempena anniversary) dan syukur dipanjatkan pada Allah swt atas pemberian rezeki yang tak putus2 diberikan pada kami sekeluarga serta masih lagi diberikan nafas dan peluang untuk menumpang dibumi Allah ini sehingga ke hari ini. Moga kesihatan dan kebahagiaan kami berkekalan selamanya Amin..... Yang penting tidak lupa denganNYA dan selalulah kita bersedekah dan berdoa akan kebahagiaan kedua ibubapa kita... Insyaallah!


Terima kasih juga pada kawan sepejabat saya En Zarir Hasif yang mana beliau sudi melayan kerenah saya untuk mendapatkan tandatangan bagi koleksi buku novel peribadi saya bertajuk "Sebenarnya Saya Isteri Dia" daripada pelakon utamanya iaitu Izzue Islam (special entri untuk ini boleh refer pada blog kawan sepagar saya Pn Aziela).


Alhamdulillah... Terima kasih semua!






11 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::

Tq singgah sini Izwa...u & baby take care ye :-)

Fiza Rahman said...

Happy anniversary. Wah...prada tu. Bestnya ☺☺

maszull said...

assalamualaikum rahmah...wah seronoknya dpt tandatangan penulis novel tu...:)

NJihe.am said...

salam singgah. Saya tumpang gembira. Sedang berusaha menghasilkan karya. Doakan ya. :-) studioous.blogspot.com

Unknown said...

seronoknya..

RamRamCute said...

@Fiza Rahman

Tq Fiza :-)

RamRamCute said...

@Mas Zull

hihihi..memang seronok mama..kabel kuat dekat aje ...dapatlah mintak tolong..hehehe

RamRamCute said...

@NJihe.am

Insyaallah dik! semoga terus sukses dan berjaya ye..yang penting usaha dan sentiasa mohon dariNYA.

RamRamCute said...

@Nasuha

Tq sudi singgah sini Nasuha :-)

Cho Zila said...

happy anniversary.. moga kekal hingga akhirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...