Monday, August 05, 2013

Tips Untuk Diri Sendiri....



Assalammualaikum.....

Dalam kemeriahan sambutan hari raya, pelbagai persiapan hendak disediakan. Namun jangan terlalu asyik membeli-belah untuk persiapan raya, nanti ada juga yang masuk dunia 'poket kering'. 


Kita perlu merancang perbelanjaan agar tidak berbelanja melebihi daripada kemampuan. Berikut saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada membazir dan 'pokai' selepas raya...hehehehe....

  • Beli sepasang sahaja baju raya (jika mampu/kalau tahan godaan), kalau tidak mampu, sediakan baju yang paling baru untuk dipakai di hari raya. Begitu juga untuk anak-anak, sepasang sahaja cukup-cukup.
  • Sediakan sejenis atau dua jenis kuih raya ikut keperluan berdasarkan tahun-tahun lepas sebelum ni. Kadangkala didapati kuih raya sekadar hiasan sahaja, langsung tidak disentuh oleh tetamu kerana selebihnya kita suka menjamu orang makan makanan bermasak fresh-fresh.
  • Langsir, sofa, bunga dan pasu-pasu dalam rumah masih boleh digunakan. Tidak ada keperluan menukar yang baru! Apalah salahnya beraya dengan langsir lama, pahalanya tidak berkurangan kan?
  • Bukan satu kewajipan untuk kita ke pusat membeli belah kalau sekadar untuk melihat-lihat ataupun membeli barangan sekiranya murah kerana walaupun murah tetapi tidak perlu, jadi tidak seharusnya dibeli kerana ini adalah pembaziran.....tak gitu?
  • Kalau ada duit lebih, banyakkan sedekah kerana itu tuntutan di bulan Ramadan dan amalan sambutan Aidilfitri..... Yang ini HARUSSSS......
  • Peruntukan duit raya pun kena jugak berkurangan disebabkan kos bagi menampung perbelanjaan selepas raya...
Perancangan perlu ada di dalam setiap berlangsungnya sesuatu perayaan agar budget kita tak 'burst' dan akibatnya memudaratkan diri kita.  Nak mengikut kehendak dan keselesaan kita memang semuanya kita mahu cuma SELEPAS itu nanti agak payah nak menangung.

Oleh itu sama-samalh kita ingat-mengingati sesama kita ye.

Selamat Hari Raya!

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

orang kata beraya biar bersederhana dan jangan berlebih2an sangat... betul tak kak? kalau yang berlebih2an sangat tu biasanya stock jenis yang menunjuk2 jer sebenarnya... hi hi hi... lepas tu seksa diri sendiri...

Aziela said...

Sama...sama....!! Hehehehehe. Saya dan hubby bergasak2, menolak2 tak nak beli baju raya. Sudahnya, 2-2 x ada baju raya. Tak kisah pun. Yang penting, anak2 jer.

ayunidati said...

Yerima kasih.... good info...

Unknown said...

saya ade 1 je baju raya kali ni. jimat duit. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...