Thursday, August 29, 2013

Zaara First Steps


Assalammualaikum....

Alhamdulillah...seronoknya apabila dapat melihat dan menyaksikan sendiri akan perkembangan anak-anak sepecially yang baru nak melangkah sedikit-sedikit kehadapan.

Nur Aizaara Adilla dah masuk 9 bulan lebih dan beberapa hari ni menampakkan progres yang amat-amat membanggakan.  Dia dah pandai nak melangkah dan memanjat tak kira kerusi atau apa pun janji yang pasti no more crawling....saya paling lemah kalau anak-anak merangkak (memang ianya suatu perkembangan yang bagus) tapi tak tahan bila merangkak tangan tu semestinya kotor lepas tu anak-anak ni bukan tahu erti kotor ke tidak tangan tu mesti nak masuk ke mulut lepas tu dah batuk selsema mengutip benda bukan-bukan sebagai ibu yang ada anak-anak lain sudh pastinya saya tak boleh nak menumpukan sepenuh perhatian saya pada beliau yang merangkak tak sudah...kerja lain pun harus dilangsaikan.

Yang pastinya kini saya amat sangat berpuas hati. Alhamdulillah Zaara dah melepasi fasa itu dankini telah berjalan...giginya pun dah tumbuh dua batang dibahagian bawah hadapan.  COMEL...

Syukur sangat dan seronok menjadi ibu biarpun penat dan lelah kita sehari-hari melayan kerenah suami dan anak-anak lain memang terbayar dengna kerenah dan keletah mereka semua.

Anda pun pasti begitu?


maaf kualiti gambar kurang menarik dan terlaju la pulak video ni...
anak saya jalan takdelah laju macam tu hehehehe....

2 comments:

Aziela said...

Aduhaiii...comelnyaa dia. Tahniah...dah boleh jalan. Kalau orang Jawa, dah buat majlis dah nie. Buat bubur manis, bagi kanak2 makan. Hehehehehhe

RamRamCute said...

@Aziela

hihihi..ye ke awak? erm...wiken ni saya buat pengat pisanglah bagi-bagi kat rumah jiran pun boleh kan dorang ada anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...