Assalammualaikum...
Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23. Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...
Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya. Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.
Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.
Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.
Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan". Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.
Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.
Sharing is caring!
8 comments:
Saya lg bnyk lompong thn ni :(
Sangat banyak saya punya ketidaksempurnaan. Tak kiralah bulan Ramadhan atau tidak. Semoga hati kita semua bertambah teguh untuk kekal di landasan yang benar. Saya ni asyik tergelincir jer. Allahu'alam.
@:: Mrs.Eady ::
hihi..insyaallah Izwa awak special case...Allah swt amat memahami dan mengerti...
@Aziela
Saya pun sama awak...semoga kita sama-sama saling mengingati..insyaallah :-)
Kak ain pun tak sempurna tapi akan berusaha untuk berubah...sebab usia pun bkn masih muda lagi..
InsyaAllah, pada saat pe ghujung ramadan ni kita sama2 rebut peluang untk beribadah..
in sha Allah, tapi sepanjang bulan ramadhan ni...saya kurang sangat bercakap until orang yang saya biasa sembang pun dah menjadi seolah2 tak bercakap lagi.
Saya manusia yang sering melakukan kesilapan :(
Post a Comment