Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, July 09, 2012

Jauhi Dari Riak...


Assalammualaikum...

Nak cerita lelebih pun tak buleh sebab saya pun bukanlah baik bebeno...tapi sekadar nak berkongsi pendapat dan rasa ....kalau tersalah dan tersilap kata AMPUN dan MAAF saya minta ye....almaklumlah yang baik kita jadikan pedoman dan panduan yang buruk jadikan sempadan dan teladan....

Gugel


Sudah menjadi trend para artis sekarang ni bila setiap kali kita selak surat khabar atau majalah mesti ada terselit cerita-cerita pasal sipolan dan sipolan ni nak ke sini dan ke sinun...tapi itu kira melancong jalan-jalan takpelah lagi..bukan saya heran sangat pun....tapi yang merisaukan dan menjadi tanda tanya  ni pabila nak pergi mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. pun nak bagitau satu negara yang dia nak pergi dan berangkat ke tanah suci.

Cerita gebang gebung sana sini bukan dah jatuh riak dan menunjuk ke? Bukankah itu tuntutan bagi mereka-mereka yang mampu dan semestinya sebagai umat islam kita diMESTIkan untuk pergi mengerjakan umrah atau haji jika berkemampuan...tapi itu cerita dulu sebab dulu-dulu tak macam sekarang sebab sekarang dah ramai orang yang berkemampuan dan mampu untuk mengerjakan umrah pada bila-bila masapun yang mereka mahu dan juga mengerjakan haji.

Yang menjadi persoalannya kenapa mesti nak MENUNJUK hebah seantero negeri mengatakan bahawa 'dia' nak pergi mengerjakan umrah.  Setahu saya seeloknya nak pergi mengerjakan ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah tak perlulah bagitau gebang sana sini ambil gambar sana sini nak tunjuk pada fans dan orang-orang di sini..walhasilnya senyap dan diam-diam ajelah..tahu-tahu dah balik dan selamat mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. ....lepas tu nak cerita 7 hari7 malam akan kehebatan dan rahmat dari ibadah anda di sana tak kisahlah janji dah selamat pergi dan balik....ini tidak gebang-gebung kat sana..tangkap gambar post dalam twitter dan majalah...HEBAT SANGATKAH??

Saya ni ingatkan aje sebab rasanya sekarang semakin galak artis-artis kita di Malaysia ni pergi mengerjakan umrah umpama macam pergi melancong tapi balik atitude masih tetap sama...tapi saya memang salutelah pada arits-artis yang telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. dan berhijrah untuk tujuan kebaikan. Alhamdulillah.....supaya menjadi contoh dan teladan pada kita 'orang-orang biasa' ni.

Tuesday, May 15, 2012

Kontroversi Tak Sudah....


Assalammualaikum....

Erm...saya tahu berdosa besar bercerita tentang hal orang ..tapi tangan saya gatal nak tulis mengenai hamba Allah ni yang memang rata-rata semua orang cukup-cukup mengenali beliau di mana baru-baru ini beliau baru melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hati beliau.

Hati ini cuba bersangka baik dan berfikiran positif dan cuba untuk tidak memberikan sebarang komen dan statement yang bukan-bukan mengenai isu "BERITA GEMBIRA" beliau baru-baru ini.... tapi sebagai manusia kita tidak pernah lari dari bercerita dan membincangkan mengenai sesuatu perkara itu...

Tetapi bagi saya sebagai seorang manusia jika kita terlajak dari melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang 1001 tanda tanya orang ramai dan di tambah anda seorang selebriti dan dikenali ramai adalah lebih baik dan afdal mendiamkan diri dari mengaibkan diri sendiri dan keluarga hingga mengundang fitnah dan kata-kata yagn tidak sedap di dengar oleh masyarakat kepada anda.

Tak perlu announce walaupun anda selebriti dikenali ramai...dediam sudahlah..hingga nak buat statement yang membuatkan seluruh masyarakat bertanya dan membuat pelbagai andaian.

Faham-faham ajelah......

Friday, April 27, 2012

Kasihan Beliau....



Seakan terkejut apabila membaca artikel ini yang saya baca dari salah satu blogger hiburan tempatan yang amat dikenali ramai.
Berdoa berkali-kali agar semua khabar angin yang saya perkatakan di dalam entri sebelum-sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.
Tetapi kalau dah ditakdirkan nasib beliau begitu, maka kita sebagai insan tidak mampu untuk mengelak dan melarikan diri walau dalam apa cara sekalipun.
Apa yang pasti saya amat berharap agar beliau tabah dalam menghadapi apa juga rintangan dan dugaan serta terus kuat bersama anak beliau.
"Kisah rumahtangga pasangan ini sudah berkali kali menjadi bahan bualan para peminat hiburan Malaysia sehingga status sebenar perkahwinan mereka menjadi tanda tanya.
Satu per satu kisah yang kurang enak keluar dari mereka yang rapat dengan aktress popular ini — apatah lagi spekulasi daripada para peminat yang hanya memerhati dari jauh.
Terbaru, aktress popular ini di’katakan sudah mengaku kepada beberapa teman rapat beliau yang mana sang suami kini sudah pun berkahwin lain dan berita yang mengejutkan selebriti itu di’terima ketika majlis hari jadi anak beliau.
Seorang aktivis gossip di forum hiburan popular, Cari menulis yang aktress popular ini pernah mengungkapkan kata kata seakan redha dengan apa yang terjadi kerana perkara yang lebih penting ketika ini adalah anak. 
Memang kena prinsip yang aktress popular ini pegang kalau benar apa yang di’sampaikan kerana khabarnya sang suami pun sudah tidak tinggal bersama — maka tinggal’lah si isteri menjaga & mencari rezeki buat si anak yang masih kecil. Hmm."
Sumber: Rotikaya.com

Thursday, April 12, 2012

Artis Dan Kelab Malam


Assalammualaikum...

Saya ni bukanlah baik sangat nak bercerita kisah orang yang bukan-bukan dalam blog saya ni tetapi sebagai manusia yagn hidup bermasyarakat dan telah diberikan kemudahan untuk menyuarakan pendapat dan cadangan di sini maka adalah lebih afdal dan elok jika kita dapat kongsikan bersama dengan kawan-kawan sekadar untuk dijadikan petunjuk dan pengajaran bagi kita yang bukan hidup dalam dunia yang penuh keglamoran dan kalau bukan artis pun kena ambil ianya sebagai suatu iktibar.

Saya terbaca artikel ini yang mana amat menarik minat saya dan sememangnya apa yang diperkatakan di sini sememangnya benar belaka.  Maka jika kita membacanya jadikanlah ia suatu iktibar dan tanam serta sematkan dalam hati bahawa ktia sebagai umat Islam seharusnya pandai menilai yang mana satu baik dan yang mana satu buruk untuk dijadikan petunjuk.

"BERHIBUR di kelab-kelab malam sampai lewat pagi adalah sinonim dengan artis kita. Tidak ada yang pelik kalau terjumpa artis di kelab malam sebab situlah tempat 'rasmi' mereka melepak dan menghabiskan masa. Itulah realiti kehidupan artis kita.

Kelab malam menjadi pilihan utama sebab kononnya sesuai dengan jiwa artistik mereka. Masuk di situ sambil mendengar muzik kuat, kalau bosan berborak, boleh turun ke lantai tari dan boleh menari sampai pagi.

Atas sebab kehebatan kelab malam itu juga, tempat itu diangkat gaya hidup artis moden masa kini. Artis yang lepak di kelab malam akan kelihatan lebih "moden" dan ikut arus peredaran zaman. Jadi tidak hairanlah kalau melepak di kelab malam jadi prasyarat untuk menjadi artis di negara ini. Artis yang belum cukup umur pun sudah pandai ke kelab malam.

Artis menjadikan kelab malam sebagai lokasi sosial mereka selain di laman sosial, paling utama dapat minum sebab di kelab malam ada banyak pilihan minuman, dari jenis paling murah hingga paling mahal. Buat pilihan saja sebab kelab malam ada lesen menjual minuman keras.

Ironi selepas artis mengangkat kelab malam sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka, maka terjadi banyak insiden yang mencacatkan nama keseluruhan artis tanah air. Padahal hanya segelintir sahaja yang "berumahtangga" di kelab malam.

Apatah lagi jika huru-hara melibatkan artis berlaku sekitar pukul 2 hingga 3 pagi, ini pasti membina persepsi negatif. Masyarakat pun bertanya, apa artis kita buat di situ hingga hampir subuh?

Banyak contoh insiden pergaduhan sama jenis antara golongan artis dengan individu bukan artis didedahkan di media dari zaman sebelum ada Internet sehingga ke hari ini yang berlaku di kelab malam.

Dilabel baculAda yang sampai dirujuk ke peringkat mahkamah sebab artis tak nak kalah dalam bab tegakkan keadilan! Artis ada harga diri, mereka tak rela dilabel bacul kalau bergaduh dengan orang biasa sebab itu buat penafian di media. Penafian itu cukup penting supaya satu Malaysia tahu yang artis tak bersalah.

Kalau boleh, penafian itu perlu diadakan seperti satu sidang akhbar khas, panggil semua wartawan untuk "memutihkan" kembali air muka yang telah jadi hitam. Sebabnya jika terus hitam, poket kembung jadi kempis.

Saya dedahkan perkara ini bukan nak burukkan artis yang terlibat kes pergaduhan di kelab malam, tapi mengkhabarkan betapa serius penyakit soaial yang melanda artis kita.

Persoalannya di sini mengapa artis masih memilih kelab malam sebagai tempat melepak? Tahukah bahawa kehadiran mereka cukup berpotensi untuk mencetuskan cerita buruk walau dengan apa pun alasannya. Apabila cerita ditangkap oleh pihak penguatkuasa disiar di muka depan akhbar, masa itu macam-macam hujah diberi untuk membela diri.

Dalam hal publisiti murahan sebegini, artis tidak boleh salahkan wartawan kalau dedahkan artis yang mabuk atau berkelakuan menjolok mata. Sebabnya ada ramai mata-mata yang jadi 'wartawan tak bertauliah' iaitu blogger.

Itu belum lagi dengan penggunaan teknologi canggih daripada 'wartawan tak bertauliah' yang memuat naik gambar artis tertentu ke laman sosial.

Justeru, sudah tiba masa artis kita berubah sikap dalam bab kelab malam ini. Kalau dahulu, artis bolehlah ke kelab malam untuk ambil tahu jenis muzik terkini sebab ketika itu tiada saluran lain, tapi sekarang tidak lagi.

Memang benarlah kelab malam bukan untuk mabuk semata-mata. Tetapi artis kita kena ingat bahawa kelab malam sudah sinonim dengan tempat untuk berhibur hingga tidak ingat dunia. Kalau mereka yang hendak merehatkan fikiran, mereka tidak memilih kelab malam. Cuma yang memilih kelab malam hanyalah mereka yang sejiwa dengannya. Jauhlah kelab malam kerana ia bukan tempat yang baik pun untuk sesiapa sahaja yang mencari kebaikan."

Selamat menjalankan tugas!!

Friday, March 30, 2012

Owh Katakan Tidakk!!



Apa betul ke ni??

Apa benar apa yang dikatakan oleh bloggers ini??

Saya pernah menulis artikel mengenai kisah rumahtangga artis ini dahulu di SINI, tetapi tidak berharapkan agar sesuatu yang buruk dan tidak sedap dari terus berlaku dan berlarutan tetapi.........

Besar harapan saya agar semua itu tidak menjadi kenyataan dan hanya gossip serta khabar angin sahaja.  Betapa saya meminati dan mengagumi aktress ini kerana bakat yang beliau ada serta kecantikan beliau yang sungguh menarik di mata saya.  Sesungguhnya saya sebagai peminat amat mengharapkan yang terbaik di dalam perkahwinan mereka hanya demi anak mereka yang comel dan cantik.

Antara perkhabaran yang saya baca melalui laman blog ini mengatakan "Si suami ini dikhabarkan sudah pun bernikah dengan kekasih dari tempat kerja yang sama sebelum ini dan lelaki ini kini banyak menghabiskan masa bersama isteri baru — soalan dari kami, apa status aktress si isteri pertama?"

Untuk membaca artikel berkenaan dengan lebih lanjut sila klik SINI

Jikalau perkhabaran ini benar, maka saya berharap agar aktress berkenaan terus tabah dan kuat menghadapi cabaran serta dugaan ini demi masa depan anaknya yang tercinta.

Sunday, February 12, 2012

Penyanyi Lagenda Whitney Houston Meninggal Dunia

LOS ANGELES 12 Feb. – Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.“Pada pukul 3:55 petang (semalam),


Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.


Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau.“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap tersebut.


Punca kematian belum dapat diketahui pada masa ini. – AFP


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

Artis Antarabangsa Meriahkan Konsert F1 Petronas 2012


Berita baik bagi para peminat sukan lumba kereta F1, yang  akan kembali ke Malaysia pada 23 sehingga 25 Mac 2012 ini dan kali ini terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa penyanyi pop dari Australia, Kylie Minogue akan datang ke Malaysia untuk membuat persembahan beliau khas untuk Formula 1.



Selain dari itu, pihak penganjur F1 Petronas Malaysia Grand Prix telah dengan bermurah hati untuk menawarkan dua buah konsert untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di KLCC.

Kylie Minogue akan menjadi artis untuk persembahan malam pertama konsert berkenaan iaitu pada 23 Mac 2012 dan seorang lagi artis antarabangsa yang masih belum diumumkan akan mengadakan konsert kedua keesokkan harinya. 

Kepada peminat-peminat suka lumba kereta F1 dan juga peminat penyanyi Kylie Minogue jangan lepaskan peluang ini.

Sumber oleh:  Rotikaya.com

Tuesday, January 17, 2012

Idolaku...



Seronok melihat kemesraan beliau seisi keluarga.  Beliau bukan sahaja dikenali umum malahan seluruh pelosok dunia mengenali beliau dan mutu persembahan / lakonan beliau.

Angelina Jolie

Siapa yang tak kenal kan? sebut aje nama beliau dan pasangannya Brad Pitt pasti semua tahu.  Saya mengagumi beliau kerana dalam pada dia sibuk mengendalikan dua portfolionya sebagai seorang pelakon dan juga aktivis keamanan juga ibu kepada enam (6) orang cahayamata.  Beliau tidak seperti ibu lain yang sama sekali tidak akan memaksa anak-anak mengikut jejak langkahnya.

Gugel

Angelina Jolie dan pasangannya mempunyai enam (6) orang cahayamata dimana tiga (3) daripadanya merupakan anak angkat iaitu Maddox, 10 Pax, 8 dan Zahara, 7 sementara hubungannya dengan Pitt pula dikurniakan dengan tiga cahayamata iaitu Shiloh, 5 serta kembar Knox dan Vivienne.

Beliau mengambil pendekatan apabila setiap kali anak-anaknya menyambut hari lahir, beliau pasti akan bercerita dengan penuh terbuka tentang kelahiran dan keturunan mereka.

Friday, December 30, 2011

Semoga Kembali Berbahagia...



Pagi ni baca entri dari Kak Jee tentang artis kesayangan saya di SINI dan kebetulan bukak tweet nampak pulak status tweet Erra empat (4) hari yang lepas.  Apa sudah jadi? 


Harap-harap semua ini tidak benar dan semoga Erra dan suami akan terus kekal dan berbahagia hingga ke akhirnya dan yang paling penting sentiasa ingat didalam rumahtangga bahawa setiap pergaduhan serta perbalahan diantara kita suami isteri SELALU lah fikirkan tentang masa depan dan kebajikan anak-anak jika kita berpecah belah.

Kasihanilah mereka.

Semoga Erra dan suami terus kekal dan berbahagia selamanya. Aminnn....

Friday, December 09, 2011

Kemana Menghilang?

Kehilangan aktres, pengacara dan penyanyi Norish Karman daripada dunia hiburan berbulan-bulan lamanya sejak teater muzikal lakonannya, Terima Kasih Cinta, berakhir sekitar Februari lalu memang disedari oleh ramai pihak.  Sehingga kini, tiada siapa yang tahu di manakah artis serba boleh ini berada kerana kelibatnya tidak pernah kelihatan dalam mana-mana acara hiburan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...