Thursday, April 12, 2012

Artis Dan Kelab Malam


Assalammualaikum...

Saya ni bukanlah baik sangat nak bercerita kisah orang yang bukan-bukan dalam blog saya ni tetapi sebagai manusia yagn hidup bermasyarakat dan telah diberikan kemudahan untuk menyuarakan pendapat dan cadangan di sini maka adalah lebih afdal dan elok jika kita dapat kongsikan bersama dengan kawan-kawan sekadar untuk dijadikan petunjuk dan pengajaran bagi kita yang bukan hidup dalam dunia yang penuh keglamoran dan kalau bukan artis pun kena ambil ianya sebagai suatu iktibar.

Saya terbaca artikel ini yang mana amat menarik minat saya dan sememangnya apa yang diperkatakan di sini sememangnya benar belaka.  Maka jika kita membacanya jadikanlah ia suatu iktibar dan tanam serta sematkan dalam hati bahawa ktia sebagai umat Islam seharusnya pandai menilai yang mana satu baik dan yang mana satu buruk untuk dijadikan petunjuk.

"BERHIBUR di kelab-kelab malam sampai lewat pagi adalah sinonim dengan artis kita. Tidak ada yang pelik kalau terjumpa artis di kelab malam sebab situlah tempat 'rasmi' mereka melepak dan menghabiskan masa. Itulah realiti kehidupan artis kita.

Kelab malam menjadi pilihan utama sebab kononnya sesuai dengan jiwa artistik mereka. Masuk di situ sambil mendengar muzik kuat, kalau bosan berborak, boleh turun ke lantai tari dan boleh menari sampai pagi.

Atas sebab kehebatan kelab malam itu juga, tempat itu diangkat gaya hidup artis moden masa kini. Artis yang lepak di kelab malam akan kelihatan lebih "moden" dan ikut arus peredaran zaman. Jadi tidak hairanlah kalau melepak di kelab malam jadi prasyarat untuk menjadi artis di negara ini. Artis yang belum cukup umur pun sudah pandai ke kelab malam.

Artis menjadikan kelab malam sebagai lokasi sosial mereka selain di laman sosial, paling utama dapat minum sebab di kelab malam ada banyak pilihan minuman, dari jenis paling murah hingga paling mahal. Buat pilihan saja sebab kelab malam ada lesen menjual minuman keras.

Ironi selepas artis mengangkat kelab malam sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka, maka terjadi banyak insiden yang mencacatkan nama keseluruhan artis tanah air. Padahal hanya segelintir sahaja yang "berumahtangga" di kelab malam.

Apatah lagi jika huru-hara melibatkan artis berlaku sekitar pukul 2 hingga 3 pagi, ini pasti membina persepsi negatif. Masyarakat pun bertanya, apa artis kita buat di situ hingga hampir subuh?

Banyak contoh insiden pergaduhan sama jenis antara golongan artis dengan individu bukan artis didedahkan di media dari zaman sebelum ada Internet sehingga ke hari ini yang berlaku di kelab malam.

Dilabel baculAda yang sampai dirujuk ke peringkat mahkamah sebab artis tak nak kalah dalam bab tegakkan keadilan! Artis ada harga diri, mereka tak rela dilabel bacul kalau bergaduh dengan orang biasa sebab itu buat penafian di media. Penafian itu cukup penting supaya satu Malaysia tahu yang artis tak bersalah.

Kalau boleh, penafian itu perlu diadakan seperti satu sidang akhbar khas, panggil semua wartawan untuk "memutihkan" kembali air muka yang telah jadi hitam. Sebabnya jika terus hitam, poket kembung jadi kempis.

Saya dedahkan perkara ini bukan nak burukkan artis yang terlibat kes pergaduhan di kelab malam, tapi mengkhabarkan betapa serius penyakit soaial yang melanda artis kita.

Persoalannya di sini mengapa artis masih memilih kelab malam sebagai tempat melepak? Tahukah bahawa kehadiran mereka cukup berpotensi untuk mencetuskan cerita buruk walau dengan apa pun alasannya. Apabila cerita ditangkap oleh pihak penguatkuasa disiar di muka depan akhbar, masa itu macam-macam hujah diberi untuk membela diri.

Dalam hal publisiti murahan sebegini, artis tidak boleh salahkan wartawan kalau dedahkan artis yang mabuk atau berkelakuan menjolok mata. Sebabnya ada ramai mata-mata yang jadi 'wartawan tak bertauliah' iaitu blogger.

Itu belum lagi dengan penggunaan teknologi canggih daripada 'wartawan tak bertauliah' yang memuat naik gambar artis tertentu ke laman sosial.

Justeru, sudah tiba masa artis kita berubah sikap dalam bab kelab malam ini. Kalau dahulu, artis bolehlah ke kelab malam untuk ambil tahu jenis muzik terkini sebab ketika itu tiada saluran lain, tapi sekarang tidak lagi.

Memang benarlah kelab malam bukan untuk mabuk semata-mata. Tetapi artis kita kena ingat bahawa kelab malam sudah sinonim dengan tempat untuk berhibur hingga tidak ingat dunia. Kalau mereka yang hendak merehatkan fikiran, mereka tidak memilih kelab malam. Cuma yang memilih kelab malam hanyalah mereka yang sejiwa dengannya. Jauhlah kelab malam kerana ia bukan tempat yang baik pun untuk sesiapa sahaja yang mencari kebaikan."

Selamat menjalankan tugas!!

19 comments:

Izwa Kamaruddin said...

bukan ke kita disuruh menjauhkan diri dari benda yg melalaikan??

Izwa Kamaruddin said...

bukan ke kita disuruh menjauhkan diri dari benda yg melalaikan??

Kancil 8349 said...

artis dulu ndak juga macam tu...zaman sekarang nie je mengada...

Unknown said...

pada pendapat saya, saya pasti artis2 nie tahu apa hukumnyer ker pub2..mereka ader ilmu tp kejahilan mereka yg mempunyai ilmu tp tidak mengamalkan...

charmyiex said...

stended dah tu..cuma gerun sekejap bila aceh dilanda gempa bumi dan tsunami..bila maksiat semakin berleluasa, bumi pun menjadi gentar dan takut kerana Allah melihatnya..mungkin tu kot bumi bergegar kerana takutkan Allah...wallahualam...

Unknown said...

hmm.pelik org malaysia ni.artis yg pi club pon disnjung2 nye

Unknown said...

masing2 bajet artis hot..
kalu x g club bukan artis namanyer:)

Kaki Wayang said...

Sakam..kak..adakah anda kini bersiap sedia untuk bertukar link dengan BLOG buruk saya yang tak femes tu sekali lagi???

Kaki Wayang said...

Sakam..kak..adakah anda kini bersiap sedia untuk bertukar link dengan BLOG buruk saya yang tak femes tu sekali lagi???

Kaki Wayang said...

Sakam..kak..adakah anda kini bersiap sedia untuk bertukar link dengan BLOG buruk saya yang tak femes tu sekali lagi???

RamRamCute said...

@Kaki Wayang Sudi-sudian akak menerimanya...mari kita tukar menukar...hehehhe...terima kasih Azri sebab sudi tukar link lagi dengan akak... :)

Aziela said...

Memang tak patut kelab malam di angkat martabatnya...

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::
Betul tu Izwa!!

RamRamCute said...

@Kancil 8349
Kontroversi lebih..bakat kurang....

RamRamCute said...

@Tentang Kita

tak rugged kalau tak pegi disko kot tu yang 'wajib' mereka pergi

RamRamCute said...

@charmyiex
semoga kita semua sentiasa dilindungi lehNYA dik!

RamRamCute said...

@keli menari
Betul tu!!

RamRamCute said...

@shark
Nnt kalau orang cerita dia tak rasa tercangak-cangak dan outdated kot. Mesti kena advance...

RamRamCute said...

@Aziela
memang tak sepatutnya awak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...