Showing posts with label Isu Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Isu Rumahtangga. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Bersyukurlah.....


Gugel
 
Sebagai seorang hambaNYA dan manusia yang lemah selemahnya ... kita tidak pernah lari dari sikap kurang bersyukur atas setiap pemberian yang telah diberikan oleh yang maha esa.
 
Termasuklah diri ini seringkali lupa dan lalai akan kelebihan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
 
Akan tetapi pernahkan kita berfikir dan bermuzakarah pada diri sendiri tentang "barangsiapa yang tidak mau bersyukur dengan segala nikmat Allah, maka sesungguhnya ia telah menunjukkan kepada hilangnya sebuah nikmat, dan barangsiapa yang telah bersyukur dengan segala nikmat itu, maka ia telah mengikatnya dengan suatu tali nikmat tersebut."
 
Apabila manusia mahu mensyukuri akan nikmat Allah SWT., maka Allah akan menambah nikmat-Nya, dan apabila manusia itu tidak mahu berterima kasih kepada nikmat-Nya, maka sesungguhnya Allah akan mencabut dan juga mengurangi nikmat dari manusia tersebut sebagai hukuman atas kekufurannya, sebab sudah ditegaskan di dalam Al-Qur'an, sebagaimana dengan firman-Nya: 
 
Ertinya : ''Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat)-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7). 
 
Manusia pada umumnya adalah mempunyai sifat lalai dan khufur... mereka tidak menyedari bahawa nilai suatu nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya. Maka dia baru terasa apabila... nikmat itu dicabut dari dirinya, maka dia barulah merasakan dan menyedarinya, contohnya adalah nikmat berupa kesihatan jasmani, kesihatan rohani, penampilan diri, jodoh ketetapan ilahi, perkara yang dilalui.
 
Apabila Allah telah menariknya satu persatu maka barulah seseorang itu akan perasan dan menyesali akan kesilapan dan kealpaan diri mereka.
 
Semoga kita sentiasa menSYUKURi atas segala pemberian dan anugerah yang telah diberikan dengan penuh berlapang dada.
 

Friday, October 11, 2013

Kerja Rumah Yang Paling Anda Tak Suka....


Salam Jumaat semua....

Sebagai seorang wanita, berkahwin dan bekerjaya pastinya tugasan kita tidak habis setakat di pejabat sahaja...tugasan rumah juga harus dilunaskan sebaik sahaja kita pulang ke rumah.

Pelbagai tugasan harus dilakukan baik dari segi penyediaan makanan iaitu dari bab penyediaan sampailah ke bab selepas makan nak kena uruskan.  Selepas atau sambil-sambil tu pasti ada yang menjalankan mesin cucian untuk membasuh pakaian pula sambil lepas tu menangakat pakaian yang telah kering diampaian...itu belum masuk bab melipat kain yang bertimbun-timbun seharian.
 
 
 
PENAT kan? Nak pula bagi kawan-kawan yang mempunyai anak seorang, dua orang boleh cope lagi..tapi bagi kawan-kawan yang ada anak melebihi dari 3 orang .....mau haru dibuatnya.  Kalau hari-hari berterusan begitu mau naik bengang kalau semua nak dibuat sorang-sorang kita tanpa ada bantuan dari suami....
 
Owh! saya memang perlukan pertolongan dari En Suami everytime saya menguruskan hal rumahtangga saya.  Kalau tidak mau jadi tunggang terbalik diri saya ni ... mau pergi ke pejabat pakai kasut sebelah lain sebelah lain ...hihihhihi.....
 
Dalam banyak-banyak kerja rumah yang paling saya benci dan rasakan amat payah dan lemah nak buat yang saya pasti ada juga antara anda pun sama sepenapat dengan saya antaranya ialah:-
 
  • Basuh bilik mandi - kalau takat 1 bilik mandi takpe jugak nak dibersih...ini nak kena basuh 2-3 bilik mandi mau sakit pinggang dibuatnya....dengan kena hidu bau klorox..huhuhu naik sesak dada dibuatnya..
  • Sidai kain - Owh malasnya nak menyidai lepas kain dimesin....memang sangat2 payah nak lakukan nak nak kalau tengah hari panas berdentum kat luar...aduiyaiii!!
  • Lipat baju - kalau dah basuh kain dan sidai kain pastinya kena melipat kan? huhuhu....sungguh saya tak suka aktiviti ini..kalaulah ada mesin melipat kain pasti saya beli dulu..kalau harganya mahal mau saya sewa jugak....tak sanggup!
  • Gosok baju - Fail menggosok baju specially seluar slack suami...mesti ada kilat-kilat dekat line seluar tu ..tambahan pula En Suami saya ni agak cerewet dalam bab bab menggosok pakaian pejabat beliau..kena ikut side dan line betul .... arghhhhh tak suka!
Kalau nak difikir-fikir listing macam di atas ni memang lah fikir ianya bebanan...tapi dah namanya perempuan nak avoid macam mana pun dah tak boleh..nak tak nak REDHA ajelah...sebab tulah sekarang ni semakin ramai wanita yang berkerjaya mengupah pembantu rumah melakukan semua tugasan rumah....tapi saya tak nak buat begitu dengan alas an "TAK PERCAYA" so....conclusionnya buat ajelah tanpa banyak persoalan...tapi nasib baiklah En Suami pun ringan tulang membantu di hujung minggu.
 
Anda pula bagaimana?
 
 

Thursday, October 10, 2013

Perkara Wajib Tahu....Edisi Perempuan Je!

Gugel


Selalu jugak mendengar masalah-masalah yang keluar dari mulut kawan-kawan dan kazen-kazen yang belum berumahtangga specially yang girl-girlnya yang mana sibuk duk komplen boifren mereka gini...gini....gini....hingga adakalanya menyulitkan hubungan sehari-hari mereka.
 
Nak menolong dan bercerita in detail tak berapa nak reti, al-maklumlah orang lelaki ni bukan semuanya pe'el sama dan mendengar kata nak nak dapat pasangan perempuan yang suka merengek tak tentu pasal meraih perhatian dari si lelaki....maunya tak kena tinggal.
 
Masa saya sebelum kahwin dulu saya selalu mendapatkan tips-tips hubungan melaui rakan-rakan yang telah berumahtangga dan mempunyai hubungan yang lebih kurang stabil jugaklah untuk membantu memelihara hubungan saya dengan suami ketika itu yang mana tak taulah kalau-kalau ianya membantu anda semua atau tidak...
 
Cuba ajelah ikut kalau nak ye antaranya .....
 
1) Jangan suka mengarah - ini penting bagi kita..sebabnya orang perempuan ni kadang-kadang ter'over' manja hingga kadang-kadang tak sedar kita suruh boifren kita ambil dan beli barang itu dan ini on behalf kita...
 
2) No GEDIK-GEDIK - Lelaki tak suka perempuan gedik ni.. alasan mereka perempuan gedik-gedik ni hanya buat stok geli-geli je ...maksudnya jenis "Pakai Dan Buang".
 
3) Showed Off - rasanya mereka paling tak suka kalau dapat kapel yang suka menunjuk-nunjuk specially yang jenis 'branded concious' tu ...memang agak payahlah in terms of memilih kedai nak makan, nak beli pakaian, barangan atau apa aje...semua nak kelas...walhasilnya kena lebih fleksibel..tak gitu??
 
4) Personaliti - Jaga lah bau mulut dan badanmu itu..jangan sampai berbau..mabbe kita perepmpuan tak perasan bila dan berpeluh-peluh (jalan kaki kan dari komuter)...mesti berpeluh, maka peluh 'manja' pasti akan keluar dan adakalanya berbau..so kena control sikit bau badan tu..kalau boleh kerapkali mandi guna limau purut..nak kasi nyahbau badan kita...mulut tu kalau boleh makanlah gula-gula getah dengan kerap kasi bau mint aje ye.. tak pun kunyah bunga cengkih.
 
5) Jangan banyak mulut dan berleter - Pasangan akan jadi muak dan bosan apabila kita dari mula jumpa sampai nak balik rumah tak sudah2 membebel bercakap, maunya tak bengang kepala hotak pasangan kita...so adalah lebih baik kita mengawal kadar percakapan kita ..TAPI janganlah sampai tak bercakap langsung..kang lagi bosan pulak mereka....meaning ala-kadar je...
 
6) Gossip - Owh!! ini paling mereka tak gemar .. kalau jumpa kat luar ada aje gossip uang nak dicerita..tak kiralah kalau artis tu memang story No.1, ini kalau bab-bab personal orang pun dia nak cerita dengan pasangan memang lepas ni lelaki tu angkat kaki dan jalan ajelah....AWAS ye!
 
7) Mengeluh Memanjang - Perempuan mesti suka kalau buat sesuatu perkara akan mengomel tanda protes dan tak suka itu tandanya MENGELUH.  Orang lelaki tak suka tau. Mereka duk fikir kalau tengah kapel ni dah ngomel 24 jam...nanti dah kahwin apatah lagi...owh malang bagi mereka.
 
8) Tak Independent - Sikit-sikit nak tunggu boifren, nak pergi bayar duit bil henfon pun nak tunggu boifren temankan, nak beli makanan kucing kat rumah pun boifren temankan...cubalah independent sikit...orang lelaki tak suka perempuan yang asyik bergantung dengan mereka aje..."Tak Challenging" katanya...walhasilnya lite-lite aje...TAPI jangan setiap masa dah kahwin kena 50-50 ok...
 
9) Queen Control - hihihi..term ni bukan di pakai bila dah berumahtangga tau, tapi bila berkapel pun kita boleh golongkan mereka dalam golongan ini...KENAPA...ada sesetengah pasangan perempuan mereka bila dah confirm je kapel mesti secara tak langsung control pasangan mereka...tak kiralah dari segi pemakaian baju, penampilan, membeli barang, berkawan dan segala macam bendalah ...semua dia nak tau dan nilai....tak baik gitu nanti lama-lama dia rimas.
 
Rasanya itu je kot terms yang saya teringat nak tepekkan kat dalam blog, sharing dengan kawan-kawan dan adik-adik semua.  Pastinya kat luar sana juga ada banyak lagi tips2 yang amat berguna untuk kita kaum perempuan untuk dijadikan panduan.
 
Jangan hanya terapkan ketika zaman berkapel saja, tapi bila dah kahwin semua tu terbang melayang-layang....Dah kahwin juga perlu juga malahan lagi banyak "Do's and Dont's" yang perlu kita semua amalkan.
 
Yang pasti kehidupan lelaki dan wanita ini umpama suatu perkongsian konsep "give and take" perlu ada untuk menjamin kerukunan dan kestabilan hidup bersama.
 
 
Sharing is Caring
 
xoxo











 

Tuesday, October 08, 2013

Alahai ..... Kenapalah Tinggalkan Mereka!!

 
Rasa nak marah menjerit dan menumbuk-numbuk muka kedua ibu bapa pada anak-anak yang malang ini...disebabkan akan kebodohan mereka berdua yang terlalu mengikut hati dan perasaan.
 
BERANAK AJE PANDAI!!

Nak dikata kurang cerdik ... memasing pergi ke sekolah dan nak kata cetek ilmu memang rasanya mempunyai pengalaman masing-masing ..dah lama hidup rasanya. Apa yang pasti masing-masing terlalu mementingkan diri hingga sanggup mensia-siakan amanat yang telah ALLAH SWT berikan hanya kerana menegakkan keEGOan masing-masing.
 

"KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya."

Apa yang saya boleh katakan di sini..kedua-dua SUAMI ISTERI ni memang BODOH!

Thursday, March 14, 2013

Saya Suka...Saya Suka...


Assalammualaikum

Mata tak sudah begerak ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan melihatkan barangan-barangan yang cantik-cantik dan unik penuh dengan warna warni.






Geram dan cantik dan surely kalau anda-anda yang tengok mesti suka jugak.


Barulah semangat nak memasak dan duduk di dapur lebih lama kalau dapat barang-barang macam ni....

(ayat riak lah pulak...macam selama ni takleh nak memasak kalau takde peralatan camgini)




Tahukah anda barangan-barangan ini diperbuat daripada batang pokok bambu?? Menarik bukan?  Bambu telah banyak digunakan dan dikomersilkan untuk pelbagai kegunaan bukan hanya setakat buat lemang aje tau...





Tengok ajelah hasilnya kini dengan pelbagai warna dan kaler pastinya ramai di antara kita-kita (kaum ibu) ni suka.




Pelbagai desain dan jenis barangan dapur khususnya boleh di dapati dengan hanya melayari laman sesawang mereka di SINI

Jom Terjah!!




Tuesday, March 12, 2013

Rumah Idaman


Zaman sekarang ni kalau takde rumah mesti tak lengkap hidup kan?

Tapi bila dah dapat rumah macam-macam boleh kita buat.  Bagi mereka yang terlebih RM tu bolehlah buat make over 100% rumah yang valuenya dari RM180K bila dah renovate dah nampak macam rumah RM380K...hahahaha kelass gitu..

Macam-macam desain dan kehendak semasa yang pastinya kita sendiri tak lepas dari mempunyai kemahuan dan kehendak semasa di zaman sekarang ni untuk mendapatkan rumah impian kita.  Baik dari segi furniture mahupun barangan mentah untuk membuat rumah berkenaan.

Tengok rumah cam gini cantik nakk...tengok rumah cam itu nak gak...pokok pangkal habis citer sume pun nak jugaklah...

Macam saya pulak semestinya mood nak merenovate rumah belum ketahap gaban lagi kerana bagi kami biarlah kami simpan duit sikit-sikit dulu dan Insyaallah jika berkemampuan lebih sikit nanti barulah boleh membuat segala macam perancangan untuk keselesaan kami anak beranak kelak.  Insyaallah tak perlu terkejar-kejar untuk mengimpikan sesuatu yang kita sendiri belum mampu untuk memiliki kelak nanti menanggung hutang keliling pinggang pun payah jugak. 

So as a kick-start, kita tengok ajelah gambar-gambar rumah idaman ni ye... Insyaallah mana tau pastinya kita semua akan dapat apa yang kita mahukan.  Pokok pangkalnya usaha tangga kejayaan.







p/s: Saya selalu bermuzakarahkan diri jika berkehendakkan sesuatu maka saya dan En. Habi kenalah berusaha lebih gigih lagi.  Insyaallah.....rezeki Allah nak bagi mana nak tahu kan?


xoxo



Friday, March 08, 2013

Khusus Buat Suami Dan Isteri


Assalammualaikum....


Gugel

Isteri yang solehah adalah salah satu kebaikan daripada kebaikan dunia dan nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada LELAKI.


 Isteri yang buruk akhlaknya merupakan seksaan bagi suaminya kerana menyebabkan suaminya berbuat dosa.

 Andai sudah menemui wanita SOLEHAH idaman hati, ucapkanlah syukur atas Nikmat yang telah diberikannya.


Salam Jumaat yang penuh barokah!


Thursday, February 28, 2013

Petua Untuk Lebih Di Sayangi Suami



Assalammualaikum...

Khusus untuk para isteri-isteri diluar sana pastinya kita ingin memantapkan kehidupan alam rumahtangga kita bukan hanya dengan menyemai rasa kasih dan sayang aje. Di sini saya kongsikan sedikit tips yang diberikan oleh Dr. H.M Tuah Iskandar untuk dikongsikan kepada semua.

Google
Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu ; 

  • kurangkan mengada-ngada, 
  • kedua merajuk sesekali sahaja dan 
  • ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu..... hahahaha

Selamat mencuba!!

Tuesday, September 25, 2012

Suami Orang Dedulu Dengan Suami Kita Zaman Sekarang


Assalammualaikum...

Hehehe...suka dengan topik entri ni...bukan nak kondem dan mengata kaum adam ni tetapi adakalanya making sense jugaklah.  Tetapi walau siapa pun mereka di sisi kita mereka tetap menjadi ketua keluarga dan pembimbing untuk kita dan anak-anak dalam melayari hal ehwal rumahtangga.

Gugel
Ciri-ciri suami yang kita dambakan dan kalau tak banyak tersemat dalam diri mereka ni paling koman sikit pun jadilah kan...antaranya:-


  • Dulu suka buat-buat lupa terutamanya tarikh pernikahan, tarikh hari lahir, tarikh kelahiran anak pertama dan semualah yang berkaitan dengan mereka.  Tapi sekarang ni adalah sikit nak ingatnya..tapi kalau tak ingat langsung memang KAUDU la..hikhikhik
  • Masalah romantik- dedulu semua suami menggunakan kuasa veto mereka, TEGAS sebagai ketua keluarga. Nak tak nak kenalah ikut aje apa kata mereka walaupun tak suka. Cuma sekarang ni kita rasa macam longgar sikitlah kerana suami kita adalah jugak mengalah dan mendengar walaupun tak semua kata-kata kita tapi adalah jugak daripada takde.
  • Bantu urus anak - kalau dedulu cuma segelintir kecil aje kaum adam yang rajin membantu isteri menguruskan hal ehwal anak-anak kerana alasan mereka adalah ketua keluarga tetapi kini mereka sama-sama membanting tulang membantu menguruskan anak-anak terutama pada mereka yang beranak kecil dan berpantang sendiri.
  • Buat kerja rumah - hanya segelintir sahaja kaum adam yang rajin dan ringan tulang membantu isteri dengan kerja-kerja harian dahulu sebabnya dahulu majoriti ramai kaum hawa yang menjadi surirumah, kini tidak lagi kerana zaman sekarang masing-masing keluar bekerja mencari rezeki dan tugasan rumah dibuat bersama-sama pasangan.


Jikalau suami kita begini atau begitu SEHARUS nyalah kita bersyukur atas segala pemberian jodoh yang telah tersurat dan tersirat oleh Allah S.W.T. dan jangan merungut dan bencikan mereka atas apa yang mereka lakukan terhadap kita. Sebaiknya kita memberikan pendapat dan nasihat sebagai seorang isteri untuk terus sama menerajui alam rumahtangga sehingga ke akhirnya.




Friday, September 21, 2012

Tanggungjawab Kita


Assalammualaikum....

Terpanggil untuk berkongsi cerita dan tips ini untuk rakan-rakan blogger yang saya kasihi semua..semoga kita semua mendapat manafaat dan kebaikan dari perkongsian ini.. Insyaallah.....

Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga
  1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  3. Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  5. Saling sayang-menyayangi.
  6. Boleh bertolak ansur.
  7. Bertanggungjawab dan amanah.
  8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  9. Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  10. Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  11.  Sentiasa senyum.

Monday, September 10, 2012

Hati-hati bila Menegur....


Assalammualaikum...

Setiap isteri tempatnya di sisi suami. Biar seburuk mana pun sikapnya dan penampilannya, dialah pasangan yang kita pilih untuk hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Oleh itu, sebolehnya kita para isteri lakukan yang terbaik buat suami tercinta. 

Semestinya peringkat awal mungkin banyak perkara yang tidak menepati cita rasa, tetapi ia cuba diperbaiki dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan, kebanyakan isteri sentiasa mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diterapkan dalam keluarganya. Sama ada formal atau tidak formal, wanita-wanita yang bergelar isteri dan ibu ini tidak pernah lelah berusaha untuk menambat hati insan-insan kesayangannya.

Salah satu topik yang sering kali kita terlepas pandang dan terlepas kata kepada pasangan kita apabila sudah berumahtangga semestinya bentuk badan masing-masing yang telah berubah dan tidak mengikut figure seperti memula kita berdating dulu...

Google

"Komen tentang berat badan pasangan" 


Pasti anda pernah mengkritik berat badan pasangan anda. Kata-kata yang anda fikirkan tidak apa-apa rupa-rupanya mengguris perasaannya. Silap hari bulan boleh mencetuskan perbalahan. Ketahuilah berdiet dan melakukan senaman adalah perkara yang kurang gemar dilakukan oleh segelintir mereka terutamanya kaum lelaki. Maka tidak hairanlah apabila perut mereka buncit dan berat badan mereka bertambah. 


Adakalanya kita sebagai isteri terlepas kata dengan secara tak langsung seakan mengejek mereka dan mengecilkan penampilan mereka setelah berumahtangga.  Cuba bayangkan pula jika kata-kata yang sama ditujukan kepada kita kaum wanita. Apa perasaannya? Begitu jugalah dengan mereka. Maka jalan yang paling baik adalah dengan memberi nasihat ketika suami-suami kita di dalam keadaan yang tenang. Dalam masa yang sama, sediakan menu-menu sihat yang bukan dikhaskan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua ahli keluarga.

Tak susah kan....saya pun selepas bersalin ni akan mencuba sedaya yang terbaik utnuk menurunkan berat badan seperti sedia kala...tak mahulah besar dan berisi sangat susah nak bergerak dan perjalanan pun sentiasa terbatas (antara yang termasuk di dalam WISH LIST 2012 saya)

Thursday, June 07, 2012

Berlaku Adil....Mampukah??


Assalammualaikum.....


ORIGAMI.....EH!! POLIGAMI

Mekacih Gugel

Nak kahwin 2,3 malah 4 pun memanglah sentiasa boleh dan di benarkan dalam islam tetapi persoalannya MAMPUkah mereka untuk berlaku adil dengan isteri-isteri mereka.

Tidakkah mereka rasa jika kasih dan sayang yang dicurahkan kepada isteri yang mana ada yagn terlebih dan terkurang itu dah dikira berdosa dan jika isteri yang lelain berkecil hati maka berdosa jugalah kita.  Memang senang dan seronok bagi lelaki nak berPOLIGAMI tetapi ADILkah mereka nanti melayan karenah ister-osteri mereka.

Persoalannya juga mampukan golongan HAWA seperti kita ini menerima hakikat akan kehadiran seorang wanita lain yagn bernama MADU di dalam kehidupan mereka?  Sanggupkah mereka berkongsi kasih dan batin mereka dengan orang lain?

Kalau ditanya kepada rata-rata kaum wanita ada yang tidak bersetuju akan konsep poligami dan sejumlah kecil juga yang bersetuju kaum lelaki melunaskan impian dan harapan mereka untuk beristeri lebih dari satu.

Akan TETAPI beberapa faktor telah diambil kira bagi mereka iaitu antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi kekeluargaan itu. 

Kesimpulannya, jika semua lelaki atau wanita sedar akan hakikat sebenar sesebuah pernikahan, InsyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh

Monday, May 21, 2012

Buat Apa Nak Marah Kalau......



Buat tatapan para Suami......


Jangan marah kalau isteri anda kuat makan....
Jangan marah kalau isteri anda gemuk/berisi
Kerana setiap suapan yang isteri makan, suami dapat pahala...
10 suapan, 10 pahala ...walaupun gemuk, 
itu tandanya suami bagi cukup makan.....

Tuesday, May 08, 2012

Jangan Terlalu Mendesak Pasangan Kita


Permasalahan yang sering terjadi di kalangan masyarakat sekarang dengna dipenuhi dengan kepelbagaian kemudahan dan teknologi serba canggih mampu menarik dan menukar personaliti seseorang dengan serta merta hingga mengundang kecelaruan kehidupan seharian masyarakat kita kini.

Lazimnya, segelintir isteri yang sudah diajar dengan kehidupan yang mewah sukar menerima kenyataan apabila berhadapan dengan zaman kejatuhan. Tanpa simpati mereka masih meminta suami supaya membelikan itu dan ini sedangkan kehidupan sudah jauh berubah. Perasaan tak mahu mengalah menjadikan mereka (isteri) sentiasa ego. Kerana itulah isteri-isteri ini rela para suami bekerja bermati-matian untuk memenuhi kehendak mereka. Sepatutnya hal yang sebegini perlu diselesaikan dengan baik. 

Sebagai suami, anda bertanggungjawab menerangkan keadaan yang sebenarnya pada isteri sedari awal. Mungkin dari gaji bulanan, perbelanjaan dapur, bil dan simpanan kecemasan. Setelah di campur dan ditolak, maka wang yang selebihnya itulah baru boleh digunakan untuk berbelanja. 

Rumah tangga porak-peranda sekiranya tidak cukup wang tetapi jika terlebih wang pun keadaan yang sama boleh berlaku. Suami yang sentiasa sibuk dengan kerja bagi memenuhi keperluan keluarga, serta isteri yang suka mencari aktiviti luar bagi mendapat nama dan kedudukan, sebenarnya mengabaikan perhatian anak-anak. Seterusnya, anak-anak ini terasa dipinggirkan dan mencari alternatif untuk mendapatkan keseronokan serta perhatian dari cabang yang lain. 

Kerana itu maka tidak mustahil pihak berkuasa atau pengetua sekolah akan memanggil ibu bapa bagi mendapatkan penjelasan mengenai ‘kenakalan’ anak-anak mereka. Di sinilah terjadinya situasi salah menyalah antara suami dengan isteri. Tanpa komunikasi serta penyelesaian yang bijak nescaya perbalahan yang berlaku berlanjutan dan memusnahkan kebahagiaan sedia ada.

Sebelum mengharapkan orang lain memahami anda, maka kenali terlebih dahulu diri sendiri. Sesudah itu barulah anda boleh mengharapkan agar pasangan mengenali anda sebaiknya.

Friday, April 27, 2012

Kasihan Beliau....



Seakan terkejut apabila membaca artikel ini yang saya baca dari salah satu blogger hiburan tempatan yang amat dikenali ramai.
Berdoa berkali-kali agar semua khabar angin yang saya perkatakan di dalam entri sebelum-sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.
Tetapi kalau dah ditakdirkan nasib beliau begitu, maka kita sebagai insan tidak mampu untuk mengelak dan melarikan diri walau dalam apa cara sekalipun.
Apa yang pasti saya amat berharap agar beliau tabah dalam menghadapi apa juga rintangan dan dugaan serta terus kuat bersama anak beliau.
"Kisah rumahtangga pasangan ini sudah berkali kali menjadi bahan bualan para peminat hiburan Malaysia sehingga status sebenar perkahwinan mereka menjadi tanda tanya.
Satu per satu kisah yang kurang enak keluar dari mereka yang rapat dengan aktress popular ini — apatah lagi spekulasi daripada para peminat yang hanya memerhati dari jauh.
Terbaru, aktress popular ini di’katakan sudah mengaku kepada beberapa teman rapat beliau yang mana sang suami kini sudah pun berkahwin lain dan berita yang mengejutkan selebriti itu di’terima ketika majlis hari jadi anak beliau.
Seorang aktivis gossip di forum hiburan popular, Cari menulis yang aktress popular ini pernah mengungkapkan kata kata seakan redha dengan apa yang terjadi kerana perkara yang lebih penting ketika ini adalah anak. 
Memang kena prinsip yang aktress popular ini pegang kalau benar apa yang di’sampaikan kerana khabarnya sang suami pun sudah tidak tinggal bersama — maka tinggal’lah si isteri menjaga & mencari rezeki buat si anak yang masih kecil. Hmm."
Sumber: Rotikaya.com

Friday, April 13, 2012

Kenapa Mesti Beritahu Semua Orang.....


Assalammualaikum......

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari....

Ehsan Google

Lately ni pelbagai jenis berita ada dipaparkan di dalam media dan suratkhabar.  Pelbagai isu selain dari isu bencana alam, isu politik, isu semasa, sukan dan tak kurang juga isu pernikahan, keruntuhan serta permasalahan dalam rumahtangga artis Malaysia dan luar negara serta orang biasa turut juga di paparkan di dalam akhbar dan majalah.

Bukankah suratkhabar dan media tempat untuk menyampaikan berita dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenegaraan serta alat perhubungan antara rakyat dan kerajaan pimpinan negara. Kenapa isu-isu mengenai keretakan serta permasalahan di dalam rumahtangga perlu digembar gemburkan di dalam media dan suratkhabar hingga boleh mengaibkan pasangan dan keluarga masing-masing.

Tidak haruskan kita memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan isu rumahtangga sendiri  tanpa menggunakan khidmat akhbar dan media, kenapa mesti mewar-warkan kepada semua orang seantero negeri dan negara mengatakan kita mempunyai masalah dalaman rumahtangga hinggakan terkadang itu isu dalam kelambu serta layanan terhadap suami/isteri pun daripada orang tak tahu jadi tahu.

Memang betul konsep sesetengah orang mengatakan bahawa mereka itu orang kenamaan dan artis dikenali ramai, tetapi apabila time bersuka ria, cinta mencintai umpama dialah(pasangan) satu-satunya manusia yang disanjung dan disayangi tiada yang lain, tetapi apabila ada permasalahan timbul dalam setiap perkahwinan itu masing-masing menunding jari sesama sendiri mengatakan sipolan dan sipolan itu dan ini yang salah sedangkan diri sendiri tak pernah nak dicermin dan cuba untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan cara terbaik dan aman.  Mengapa mesti memberitahu semua orang akan permasalahan yang kamu kamu hadapi.  

Kasihani anak-anak dan keluarga yang menangung malu dan aib yang dilemparkan serta kata-kata yang menyentuh perasaan ketika segala masalah rumahtangga diceritakan kepada media dan orang ramai.  Impak yang mereka (keluarga dan anak-anak) terima apabila menemui orang ramai dan rakan-rakan disekolah kita tidak mengetahui perasaan mereka.

Semolek-moleknya, berbincanglah dengan cara baik dan lakukan dengan cara berhemah dan professional tanpa memalukan sesiapa dan menunding jari pada sesiapa.  Kerana apabila kekurangan anda diketahui orang maka selepas itu orang akan menilai siapa diri anda yang sebenarnya.

p/s: saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib Rita Rudaini bersama anak-anaknya, serta kisah Sri Wani yang tidak habis-habis dimalukan dan diaibkan, semoga dua individu terbabit sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan tersebut.  Tahniah juga pada Sham Kamikaze .....

Friday, March 30, 2012

Owh Katakan Tidakk!!



Apa betul ke ni??

Apa benar apa yang dikatakan oleh bloggers ini??

Saya pernah menulis artikel mengenai kisah rumahtangga artis ini dahulu di SINI, tetapi tidak berharapkan agar sesuatu yang buruk dan tidak sedap dari terus berlaku dan berlarutan tetapi.........

Besar harapan saya agar semua itu tidak menjadi kenyataan dan hanya gossip serta khabar angin sahaja.  Betapa saya meminati dan mengagumi aktress ini kerana bakat yang beliau ada serta kecantikan beliau yang sungguh menarik di mata saya.  Sesungguhnya saya sebagai peminat amat mengharapkan yang terbaik di dalam perkahwinan mereka hanya demi anak mereka yang comel dan cantik.

Antara perkhabaran yang saya baca melalui laman blog ini mengatakan "Si suami ini dikhabarkan sudah pun bernikah dengan kekasih dari tempat kerja yang sama sebelum ini dan lelaki ini kini banyak menghabiskan masa bersama isteri baru — soalan dari kami, apa status aktress si isteri pertama?"

Untuk membaca artikel berkenaan dengan lebih lanjut sila klik SINI

Jikalau perkhabaran ini benar, maka saya berharap agar aktress berkenaan terus tabah dan kuat menghadapi cabaran serta dugaan ini demi masa depan anaknya yang tercinta.

Friday, February 03, 2012

Ganas Mengganas



"Kenapa 'sesetengah' orang lelaki kalau marah dan naik angin senang aje naik kaki tangan dekat kaum perempuan?

Hebat sangat ke dapat pukul perempuan.  Bukan ke perempuan ni bukan lawan yang setara dengan mereka.

Kaum wanita adalah kaun yang lemah dan tidak patut dikasari."

Jika berlaku sebarang pertengkaran dan ketidakfahaman diantara suami dan isteri adalah lebih baik jika kita mengatasinya dengan cara rasional.  Tidak perlulah hentam menghentam, baling-membaling, sepak terajang, pukul memukul dan keji mengeji di antara satu sama lain.

Bukankah lebih bagus dan sempurna jika setiap pergaduhan itu kita selesaikan dengan cara yang waras tanpa menyakiti hati dan tubuh sesiapa.  Kerana apabila terjadinya suatu pertengkaran dan pertelingkahan diantara kita yang menjadi mangsannya ialah anak-anak.  Kasihanilah mereka.

Saya memetik artikel hari ini yang melaporkan bahawa seorang artis wanita telah dipukul dan ditendang oleh suaminya apabila pulang dari membeli sarapan pagi.


"Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam..


Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher..

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

(Sumber oleh myMetro)


Semoga kita sentiasa berfikiran waras dan rasional dalam menangani setiap permasalahan yang timbul dan berbincanglah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat sesuatu tindakan yang di luar kemampuan akal dan fikiran.

Friday, December 30, 2011

Semoga Kembali Berbahagia...



Pagi ni baca entri dari Kak Jee tentang artis kesayangan saya di SINI dan kebetulan bukak tweet nampak pulak status tweet Erra empat (4) hari yang lepas.  Apa sudah jadi? 


Harap-harap semua ini tidak benar dan semoga Erra dan suami akan terus kekal dan berbahagia hingga ke akhirnya dan yang paling penting sentiasa ingat didalam rumahtangga bahawa setiap pergaduhan serta perbalahan diantara kita suami isteri SELALU lah fikirkan tentang masa depan dan kebajikan anak-anak jika kita berpecah belah.

Kasihanilah mereka.

Semoga Erra dan suami terus kekal dan berbahagia selamanya. Aminnn....

Sunday, November 13, 2011

Hak Orang Bukan Hak Kita

Gugel


Dalam kemodenan negara yang semakin pesat kini, maka pemikiran penduduk juga semakin pesat dan semakin advance.  Isu lelaki/wanita berkahwin bercinta dan mempunyai affairs dengan pasangan lain umpama menjadi lumrah dan trend pada zaman sekarang yang berteknologi canggih.

Mereka tanpa segan silu mampu untuk keluar berdating bersama pasangan ketika pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan atau berada diluar kawasan.  

Apa sudah jadi dengan dunia sekarang?

Di manakah kewarasan mereka untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak. Adakah disebabkan budaya yang menjadikan mereka sebegitu rupa sehinga mereka sanggup menduakan pasangan mereka?

Alasan bahawa suami/isteri kurang memberikan perhatian serta layanan menjadikan mereka berpaling mencari pasangan diluar sana hingga ada yang terlanjur.

Bak kata pepatah "Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" malahan kedua-duanya seumpama tiada calon pilihan yang lain sedangkan ada pasangan itu masih muda, belia dan single masih mempunyai keinginan untuk bersama dengan orang yang telah berumahtangga.  Sanggup menghadapi risiko apa pun jua rintangan pasti diharungi bersama sedangkan mereka tahu dugaan yang maha hebat pasti mereka terima apabila berkapel dengan seseorang yang telah menjadi milik orang lain.

Antara kesan buruk yang akan dihadapi ialah keatas anak-anak yang akan menganggu jiwa mereka.  Justeru akan timbul perbalahan dan permusuhan, hasad dengki di antara pasangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...