Monday, July 09, 2012

Jauhi Dari Riak...


Assalammualaikum...

Nak cerita lelebih pun tak buleh sebab saya pun bukanlah baik bebeno...tapi sekadar nak berkongsi pendapat dan rasa ....kalau tersalah dan tersilap kata AMPUN dan MAAF saya minta ye....almaklumlah yang baik kita jadikan pedoman dan panduan yang buruk jadikan sempadan dan teladan....

Gugel


Sudah menjadi trend para artis sekarang ni bila setiap kali kita selak surat khabar atau majalah mesti ada terselit cerita-cerita pasal sipolan dan sipolan ni nak ke sini dan ke sinun...tapi itu kira melancong jalan-jalan takpelah lagi..bukan saya heran sangat pun....tapi yang merisaukan dan menjadi tanda tanya  ni pabila nak pergi mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. pun nak bagitau satu negara yang dia nak pergi dan berangkat ke tanah suci.

Cerita gebang gebung sana sini bukan dah jatuh riak dan menunjuk ke? Bukankah itu tuntutan bagi mereka-mereka yang mampu dan semestinya sebagai umat islam kita diMESTIkan untuk pergi mengerjakan umrah atau haji jika berkemampuan...tapi itu cerita dulu sebab dulu-dulu tak macam sekarang sebab sekarang dah ramai orang yang berkemampuan dan mampu untuk mengerjakan umrah pada bila-bila masapun yang mereka mahu dan juga mengerjakan haji.

Yang menjadi persoalannya kenapa mesti nak MENUNJUK hebah seantero negeri mengatakan bahawa 'dia' nak pergi mengerjakan umrah.  Setahu saya seeloknya nak pergi mengerjakan ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah tak perlulah bagitau gebang sana sini ambil gambar sana sini nak tunjuk pada fans dan orang-orang di sini..walhasilnya senyap dan diam-diam ajelah..tahu-tahu dah balik dan selamat mengerjakan tuntutan Allah s.w.t. ....lepas tu nak cerita 7 hari7 malam akan kehebatan dan rahmat dari ibadah anda di sana tak kisahlah janji dah selamat pergi dan balik....ini tidak gebang-gebung kat sana..tangkap gambar post dalam twitter dan majalah...HEBAT SANGATKAH??

Saya ni ingatkan aje sebab rasanya sekarang semakin galak artis-artis kita di Malaysia ni pergi mengerjakan umrah umpama macam pergi melancong tapi balik atitude masih tetap sama...tapi saya memang salutelah pada arits-artis yang telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. dan berhijrah untuk tujuan kebaikan. Alhamdulillah.....supaya menjadi contoh dan teladan pada kita 'orang-orang biasa' ni.

11 comments:

fizafantagiro said...

setuju sangat-sangat dengan akk , pelik jgk tgk trend mereka skrg , tambah2 yang kemain bangga cakap dh pegi mekah , tapi balik still pakai skirt pendek :( ermm .

Eiqa Almond said...

Betul jugak ek cakap akak tu..
X terfikir pulak sebelum nie..
Terima kasih kak sbb tulis entry gini..
Dapat gak sye tau ape yg sye x tau..:)

- AZIE - said...

moga diorg nie bermuhasabah diri jauhi riak tue..

TiranaAduka said...

Jangankan Tuhan tak suka dengan sikap riak..
Manusia pun menyampah dan meluat dengan sikap itu

mak encik | SZ said...

saya pun tak pasti kak samada mmg mereka2 yang pergi ke sana dan niat show off sendiri atau pun media yg bz gembar gemburkan berita itu... entahla...

Unknown said...

time ksh ats pkongsian yg sgt berilmu ni..mmg ade kbnrnnye pun....sy gak nk igt kn dri sy sndri supaya xriak & blagak..smuge sntiase bsderhana dlm sgale pkara :)

Aziela said...

Sangat setuju. Kalau tulis status kat twitter atau fb untuk kongsi tentang keinsafan, ok juga... tapi lain pula yang dikongsinya.

maszull said...

assalamualaikumrahmah....mekacih berkongsi info ini...:)

AQisH said...

mmg setujuuu dgn u rahmah..nice written ;)

ZieMarziah said...

teringat 1 interview antara awal ashaari dgn seorang pelakon perempuan "kenapa dah balik mekah perangai n pakaian tetap sama?pakaian pun makin meletop2"tanya si awal.
dengan bangganya si artis ni jawab "sy x hipokrit.ini adalah diri saya.xkan la dah balik mekah nak bagai tudung berjubah bagai?sy x hipokrit"

malunya saya org islam jawab mcm 2,apa tujuan sebenar pegi mekah kalau bukan utk menyucikan diri.kalau penganut agama lain dengar,alangkah malunya kita

Anonymous said...

niat prgi bkn nk b.ibadah sgt tp jln2 or dpt name..knon2 baik..huh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...