Tuesday, January 15, 2013

Arissa TAK NAK Pergi Skewl...



Assalammualaikum...




Hailah anakku sorang ni .. bukan main payah nak memujuk segala mak nenek untuk menyuruh dia ke sekolah...

Setiap hari HARUS/MESTI mengeluarkan air mata akibat dari keengganan beliau untuk kesekolah.

Hari pertama, kedua dan ketiga bukan main suka lagi dia kesekolah masuk hari yang keempat iaitu hari di mana kami suami isteri dah start bekerja dan memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada orang yang mengambil beliau 'Private Transport" untuk menjemput langsung esoknya beliau tak nak ke sekolah.

Aduii!! sakitnya kepala kami ni memikirkan camnelah nak membuatkan beliau seronok dan kembali semula ke sekolah ...

Adakah disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau merasakan dia terlalu muda untuk kesekolah atau faktor persekitaran dimana kawan-kawan yang sampai kesekolah seorang demi seorang menangis apabila ditinggalkan ibu dan bapa atau dia takutkan pada makcik yang mengambilnya pada setiap hari apabila sekolah berakhir.....

TAPI SAMPAI BILA??

Takkan nak duduk di rumah aje? Dan tujuan sebenar kami suami isteri menghantar beliau ke sekolah pun adalah disebabkan keHYPERAKTIFAN beliau yang mana suka sangat nak mengacau dan mengganggu neneknya di rumah beserta adik kecik yang sedang tidur dengan mendengar lagu-lagu serta suara nyaring beliau yang suka terjerit-jerit apabila dirumah..

Planning kami sekurang2nya jika dia kesekolah dapatlah mengurangkan bebanan dan kepenatan yang emak saya tanggung dengan menjaga beliau dan adiknya secara serentak..tapi ini dah sebaliknya...

Pelbagai usaha dan tarikan telah kami buat yang mana setiap kali beliau ke sekolah mesti kami suami isteri belikan sesuatu untuk beliau sebagai "Upah" dengan syarat beliau akan kembali ke sekolah tetapi kini tak lagi...semua tu dah tak jalan pun..dia lagi advance dengna mengatakan sekolah dia dah tutup esok ajelah pergi...HAI LAH ANAK!!


5 comments:

Intan Akma said...

hahaha...tak bleh blah btul. lawak la icha memandai je kate skolah tutup

Aziela said...

Kreatifnya dia tak nak pergi sekolah...

RamRamCute said...

@Intan Akma

hahahah...auta betul dia..ada aje alasan!!

RamRamCute said...

@Aziela

hahaha...lorat rasa nak cubit2 aje..

Fiza Rahman said...

Tak biasa lagi kot. Lama2 nnt ok lah tu kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...