Thursday, June 27, 2013

Sayang Korang Semua!!


Assalammualaikum....

Alhamdulillah terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi memeriah dan mewarnai blog saya ini.  Terharu, gembira, suka dan tak terkata dibuatnya kerana masih ada lagi yang sudi menjadi pengikut blog saya yang lately ni agak membosankan entrinya dan kekerapan update pun agak kurang aktif sikit disebabkan kerja-kerja semasa dan adakalanya mood kelaut memanjang aje.


Insyaallah saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki mutu blog ini dari semasa ke semasa buat tatapan kawan-kawan tersayang semua.

Terima kasih tak terhingga kepada follower comel Yumida Shuhada dan Si cantik Wanda kerana sudi menjadi follower saya yang ke 1000 & 1001 orang.  "Sayang korang berdua ketat-ketat".


Semoga kalian (follower) terus sukses dan berjaya di dalam dunia blogging ini ye.  Enjoy blogging dan ceria-ceria selalu.

Pada anda yang berkelapangan jom kita kenali blogger-blogger ini dengan lebih dekat lagi dan seronok juga bila membaca entri-entri mereka dan pada yang suka akan kelainan seperti bersegmen pun mesti suka berkunjung ke sini.  YOK!!

Tak Semua Setiausaha Tu Jahat...

Assalammualaikum....

Kalau dulu-dulu bila kita sebut aje nama Setiausaha, Personal Assistant (PA) atau Setiausaha Sulit terus menyirap darah sesetengah wanita tak kiralah emak kita ke, mak datin, puan sri ke janji namanya wanita...tak gitu??

Tapi kini hanya segelintir wanita sahaja yang mencemburui kerjaya sebagai Setiuasaha ini, kerana masing-masing telah mempunyai kesedaran dan tahap pemahaman bagaimana tugas dan tanggungjawab Setiausaha ini ketika di pejabat.  Kalau ada pun yang agak manja-manja pun hanya segelintir sahaja tak ramai...

Peredaran masa kini telah berubah Setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki malah boleh melaksanakan tugas ini. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Gugel

Kalau dulu setiausaha sering dikaitkan dengan mempunyai hubungan sulit dengan majikan.  Kini, apabila kerap disebut-sebut akhirnya budaya mengambil setiausaha berlainan jantina ini akan dapat dikurangkan. Di IPT dan IPTS ada banyak kursus kesetiausahaan yang mana ramai juga para pelajarnya adalah lelaki.

Mereka ini sangat sukar mendapat pekerjaan kerana kebanyakan bos lelaki lebih suka mengambil setiausaha wanita, manakala jika bos itu wanita, dia juga kurang memilih setiausaha lelaki. Apabila perkara ini dimomokkan pada hubungan sulit dan cinta gelap, moga-moga kebiasaan ini akhirnya berubah.

Ada juga sekarang ni bila kita tengok bos lelaki setiausahanya lelaki, bos wanita setiausahanya wanita.

Setiausaha adalah orang yang paling hampir dengan orang terpenting dalam satu-satu organisasi. Dalam ketiadaan bos, setiausahalah yang membuat keputusan. Dia harus bijak serta mengetahui segalanya tentang perjalanan sesebuah syarikat, jika tidak akan tempanglah syarikat itu di mana mereka yang berurusan dengannya.

Pernah tak kita dengar dulu-dulu apabila seseorang wanita bekerja di hotel dia akan dipandang serong oleh orang ramai, hari ini kerjaya perhotelan bukanlah lagi sebati dengan imej begitu, malah para wanita yang bekerja di hotel-hotel diangkat sebagai salah satu kerjaya yang penting lagi diperlukan.

Begitu juga kesetiausahaan, selagi mana dunia gelapnya tidak digembar-gemburkan selama itulah ia menyembunyikan pelbagai anggapan yang bukan-bukan.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Mungkin kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Maka itu untuk menjadi seorang setiausaha, tindakan yang betul dan berperibadi anggun akan memadam anggapan setiausaha selalunya gatal. Kini setelah 15 tahun berkecimpung didalam bidang kesetiausahaan dan bertemu dengan pelbagai karenah majikan yang berlainan jantina dan agama saya telah masak dan memahami dengan lebih terperinci akan perangai majikan, fungsi dan ketetapan tugasan sebagai seorang Setiausaha.

Pada adik-adik, yang masih tercari-cari akan kursus yang bersesuaian dan berminat untuk masa hadapan anda, jangan ragu-ragu lagi bahawa bidang Kesetiausahaan tidak perlu dijadikan suatu alasan untuk anda terus maju dan sukses.


Wednesday, June 26, 2013

Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita 2013


Assalammualaikum...

Ingin menjadi Usahawan Berjaya?

Jom pergi Seminar!!





Anda juga boleh ketahui panduan memulakan bisnes francais, kosmetik atau online, pendaftaran masih dibuka! Bongkar Rahsia kejayaan usahawan wanita. Sertai Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita 2013 pada 29 Jun 2013 di Dewan Tun Dr. Ismail (PWTC), Kuala Lumpur. Tempat adalah Terhad!Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Akhmal Haffies 017-2505721, Raul 013-6301836.


Wordless Wednesday #78


Assalammualaikum...

Comelnya Bumbo Seats ni!!

Mencari-cari apa yang sesuai buat si kecil yang sudah pandai merangkak dan tak mahu duduk diam itu... adakah ini yang terbaik dan sesuai untuk di bawa kemana sahaja?

Contohnya:

Waktu Makan?
Bermain?
Menonton TV?
Di Restoran?
Di Pejabat?
Atau dimana sahaja?






Nota kaki:

Seronoknya kalau dapat menghabiskan masa kita bersama ibu tersayang. Sesungguhnya kasih dan sayang ibu tiada tara dan dapat dibandingkan dengan yang lain.  Untuk itu kongsikan petua ibu anda untuk memenangi hadiah kitchen makeover bernilai RM30,00.00 dengan hanya menekan INI



Segmen Klik Klik Ramadhan

Assalammualaikum...

Rabu tiada kata-kata hanya nak ajak kawan-kawan semua jom sertai segmen kali ini memandangkan Ramadhan bakal menjelang...so apa tunggu lagi JOM KITA!!


Syarat-syaratnya mudah aje cuma ikuti langkah-langkah dibawah ini...lepas tu dah settle.  

So apa tunggu lagi "Jom kita klik....."






dannnn........


Selain itu untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke moderator segmen kali ini iaitu Cik Sally yang cantik manis di SINI 

Oh ya! Segmen ini bermula dari 20 June 2013 - 20 July 2013

Wordless Wednesday #77



Assalammualaikum...

Rabu tiada kata menjengah lagi dan semoga kita semua beroleh kejayaan dan keberkatan di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah........

Yang utama, sentialah berbuat baik, berbaik sangka dan berhati terbuka sesama orang lain.



A good quotes to share with....

Tapi sebelum tu..........

Ingin mendapatkan voucher percuma daripada KFC, Starbuck dan GSC?  
Jom kita terjah ke SINI


Sharing is Caring


xoxo

Tuesday, June 25, 2013

Longines Kini Di Malaysia



Assalammualaikum...

Baru-baru ini, LONGINES pembuat jam tangan Switzerland yang terkenal dengan aspek elegan, tradisi dan prestasi telah membuka pintunya kepada rakyat Malaysia menerusi pembukaan butik Longines yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur.




Berlokasi di tingkat 2 pusat beli-belah tersebut, butik itu terletak di dalam presint di mana pernyataan gaya golongan fashionista berkumpul. Menangkap pandangan mata dengan logo gelas masa bersayapnya, butik ini direka dan dihias dengan tanda niaga warna serta ambien Longines, sekali gus menjelmakan slogan jenama iaitu “Keanggunan adalah satu sikap” (Elegance is an attitude). Hiasan berbentuk heksagon pada bahagian tengah butik dibentuk oleh enam ruang pameran kaca yang mempamerkan koleksi eksklusif Longines. Ia kemudian dikelilingi oleh rekaan dan inovasi terkini jenama yang pastinya mampu memenuhi gaya serta ekspektasi pelanggannya di Malaysia.

Pembukaan butik tersebut membuktikan komitmen bahawa Longines telah mengambil langkah untuk berkembang di rantau ini. So pada anda yang berkesempatan dijemput untuk melihat secara dekat, meneroka kecantikan dan keluasan rangkaian jam tangan Longines.


(Flashback)

Teringat lagi jam ini menjadi kenangan saya hadiah daripada En Habi sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, sekejapan masa pergi dan 12 tahun telah belalu dengan begitu pantasnya.  Kini jam tersebut masih lagi berkhidmat dan di simpan dengan penuh cermat sebagai kenangan abadi kami suami isteri.


Yang Penting Kita Senyum Dulu!!


Assalammualaikum..

Alhamdulillah puasa semalam selamat dengan jayanya walaupun saya tidak bersahur dan memakan apa-apa makanan pada hari sebelumnya itu apa yang saya tau last meal saya adalah pada pukul 5.30 petang hari Ahad dan terbawa hingga ke paginya dan terus berpuasa.  Alhamdulillah....

Eventhough tak banyak sangat cabaran berpuasa semalam (macam biasa aje) cuma letih dan penat serta kering tekak disebabkan keadaan yang berjerebu agak sedikit melemahkan pergerakan dan keondisi kepala sya yang lately ni memang suka sangat nak sakit berdenyut-denyut.

Apa pun Alhamdulillah puasa semalam everything went well... Cuma nak mengingatkan sesama kita walau apa pun dugaan, rintangan dan masalah yang kita hadapi tak kira di rumah, di pejabat atau di mana-mana jelah pun..... SENYUM itu perlu dan harusss...

Ini kalau dah muka kelat dari pagi sampai ke petang memang nak kasi makan pelempang dan kaki aje dengan orang lain.  Agaklah macam dia sorang aje ada masalah dalam dunia orang lain takde.  Dalam erti kata lain .... bila kita senyum dan bersuara dengan cerianya dia kasi kita impression dengan muka kelat, tawar, hambar dia kat kita ataupun moody tak bertempat.....memang nak kena makan PELEMPANGlah.


Tq Gugel
Bukan ke orang tua-tua ada cakap senyum itu sedekah dan menambahkan rezeki kita.....ini kalau dah masam 24 jam memanglah rezeki nak masuk pun payah.  Buat orang lain meluat nak pandang pun ada jugak.

Memang kePANTANGan saya kalau ada sepsies manusia yang suka buat muka toya macam gud-gud aje atau suka nak menaikkan kemarahan orang tak kiralah pagi ke petang ke malam ke atas sebab-sebab tertentu tak kiralah ada masalah rumahtangga ke, masalah anak-anak ke, masalah jerebu ke, masalah dengan laki ke bini ke tapi yang pastinya bila dah berada di tempat awam atau berada di dalam situasi yang berlainan JANGANlah sampai nak terbawa-bawa muka toya (sempudal) kau tu pada orang lain yang sikit punya baik kasi senyum kat kau at the first place.  Memang cukup saya tak suka dan gemar MANUSIA spesies macam ni. Umpama dia nak bagitau yang dia tu tengah bad mood atau bermasalah.  Pi JALANlah!! (huish! bunyi cam marah sangat la ni ye....ermm.....)

Seteruk-teruk saya pun tak pernahlah nak bermasam muka dengan manusia-manusia dan menonjolkan muka yang takde impression ni pada orang....unless kalau  saya dah di tahap yang geram sangat memang saya akan balas baliklah...... SORRY to say memang kau carik nahaslah!

Walhasilnya jika kita ada masalah TOLONG jangan campur adukkan dengan kerja eventough it's too personal to share with your friends or people around you tapi kau agak-agaklah ye.  Jagalah jugak hati orang-orang di sekeliling mu itu.

Cuma kekadang tu nak jugak tanya "Apa masalah kau dengan aku hah!!"

Nota:  Spesies manusia yang tak tahu bersyukur dan bertimbang rasa...SELFISH dan PERASAN BAGUS!

Monday, June 24, 2013

Tahniah Acik Lana!!


Assalammualaikum...


Alhamdulillah dan Tahniah saya ucapkan kepada penulis novel feveret saya "Acik Lana" kerana telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hatinya baru-baru ini.

Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke Jannah.

pada anda yang nak tengok gambar-gamabr perkahwinan beliau bolehlah singgah ke laman web SINI

Berikut adalah antara koleksi novel-novel beliau yang sememangnya tak pernah menghampakan pembaca novel tegar seperti saya ni.







TAHNIAH sekali lagi!!



Kenapa Tak Cuti??

Assalammualaikum....

Isnin blues kembali lagi... Dengan keadaan cuaca yang tidak baik untuk kesihatan, hari ini saya gagahkan kaki untuk ke pejabat sedangkan rata-rata ramai juga yang mengambil cuti dan semua sekolah tutup gara-gara JEREBU yang agak meruncing kini. 

Semoga keadaan akan pulih seperti sediakala dan kiranya dapatlah nak menghirup udara yang nyamanlah jugak as compared to sekarang yang dah tak nampak apa dan sedut udara terbakar ni...

Sungguh merimaskan dengan mata pedih segala... Jauhi anak-anak kita dari sebarang aktiviti luar rumah ye. Tapi kalau dah asap masuk dalam rumah nak buat macam mana jugak. 

Maka haruslah dipakaikan mask selalu ye. Minum air masak banyak-banyak biar terkencing-kencing janji tekak tak kering cuci muka sekerap mungkin juga.

Di sini saya jugak nak ucapkan Selamat berpuasa pada anda yang berpuasa dan Salam Nisfu Syaaban semua. Moga kita semua beroleh keberkatan dan kesihatan yang baik-baik belaka.

Sharing is Caring!

xoxo

Potong Kuku Kenalah Betul....

Assalammualaikum ...
Saya pasti ramai yang dah tahu benda ni tapi ada juga sesetengah dari kita terleka dan terlalai jadi apa salahnya kita kongsikan sesama kita perkara yang elok untuk kebaikan kita bersama...
Tahukah anda??

Gugel

Adab memotong kuku yang disunahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah seperti berikut:


1. Bismillah
2. Potong bermula dengan jari telunjuk kanan.
3. Di ikuti jari hantu kanan.
4. Kemudian jari kelingking dan
5. Di akhiri dengan jari manis


Gugel

Manakala yang jari yang sebelah kiri pula ikut seperti jari kanan tadi dan sama juga untuk jari kaki. Seelok-eloknya potong kuku jari anda pada hari Jumaat kerana nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Bahawa sesiapa yang memotong kuku jari dan tangannya pada hari Jumaat, maka manafaatnya ialah membuang penyakit.”

xoxo

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday #76

Assalammualaikum...


Rabu tiada kata... Selamat Berpuasa pada yang berpuasa!




xoxo

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday #75


Assalammualaikum....

Rabu Tiada Kata-Kata


Ketika ini ... hari ini...kami di pejabat memang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut majlis perpisahan rakan sepejabat yang akan menamatkan perkhidmatan beliau selama 17 tahun untuk meneruskan tututan melanjutkan pelajaran beliau selepas ini di Universiti tempatan.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Sdra. Ghazali Zainal Abidin! 

Tuesday, June 11, 2013

Terima Kasih

Assalammualaikum...

Lamanya tak bersiaran... Memang dah lapuk dan bersawang dah blog saya ni. Mood nak berblogging memang kelaut memanjang takde nya yang tetap.. Memanjang sakit dan putus di tengah jalan hehehehe....

Oh ya! Diam tak diam kita dah beralih ke bulan Syaaban dan tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma.. Ada yang masih gigih mengganti puasa ke? Saya jugak yang tak sudah2 lagi selamat habis mengganti.. Hailah alamat membayar FIDYAH lagilah tahun ni. Bilalah azam nak habis ganti puasa ni tamat ye??



Erm... Alang-alang dah post entri ni saya nak merakamkan ucapan terima kasih pada En Habi (for the gift sempena anniversary) dan syukur dipanjatkan pada Allah swt atas pemberian rezeki yang tak putus2 diberikan pada kami sekeluarga serta masih lagi diberikan nafas dan peluang untuk menumpang dibumi Allah ini sehingga ke hari ini. Moga kesihatan dan kebahagiaan kami berkekalan selamanya Amin..... Yang penting tidak lupa denganNYA dan selalulah kita bersedekah dan berdoa akan kebahagiaan kedua ibubapa kita... Insyaallah!


Terima kasih juga pada kawan sepejabat saya En Zarir Hasif yang mana beliau sudi melayan kerenah saya untuk mendapatkan tandatangan bagi koleksi buku novel peribadi saya bertajuk "Sebenarnya Saya Isteri Dia" daripada pelakon utamanya iaitu Izzue Islam (special entri untuk ini boleh refer pada blog kawan sepagar saya Pn Aziela).


Alhamdulillah... Terima kasih semua!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...