Kaum wanita sememangnya tidak terlepas daripada menjaga pemakanan agar sentiasa tampil menawan dan sihat TAK GITU? Tambahan pula sebulan beraya ni aktiviti makan-makan tak berhenti-henti dari day one beraya sampailah sekarang....selagi raya tak habis.
Lately ni saya memang tetiba tersedar akan kepentingan menguruskan badan dan kurangkan memakan makanan yagn bukan-bukan untuk secara tidak langsung mengawal koordinasi pertambahan lelemak di dalam badan.
Dalam erti kata lain, setiap makanan yang dibeli perlu mempunyai label rendah lemak (sampai gitu sekali gamaknya) hihihihi......lantak kaulah labuuuu!!
Umumnya, setiap orang memerlukan lemak dalam diet harian tetapi perlu diingatkan agar ianya TIDAK dalam kuantiti berlebihan. Kebaikannya, lemak bukan hanya membekalkan tenaga, malah ia penting bagi penghasilan hormon dan mengekalkan fungsi sistem badan kita.
Oleh itu untuk mendapatkan berat badan yang ideal seseorang itu perlu mengambil carta makanan yang bersesuaian agar ianya tidak mengundang kemudaratan kepada diri sendiri.
Antaranya:-
- Lebihkan makanan berasaskan kekacang, bijirin, sayur-sayuran dan ikan.
- Jadikan sajian kekacang sebagai snek makanan pilihan berbanding kerepek yang mengandungi lebihan garam.
- Gantikan mayonis dengan yogurt asli bersama perahan jus lemon berserta sedikit campuran herba.
- Tukar selera memasak daripada gorengan kepada panggang atau kukus (macam iklan "Masterchef...kukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang......)
- Buang lemak yang ada pada daging atau ayam sebelum memasak.
- Pilih lemak tidak tepu berkualiti tinggi seperti labu atau walnut bagi mencelup roti anda berbanding menyapunya dengan jem.
- Gunakan minyak zaitun iaitu minyak yang tidak tepu sebagai alternatif kepada mentega.
Selamat BERDIET!
2 comments:
Jom diet utk kesihatan!
@:: Mrs.Eady ::
Jom kita!! Tapi awak dah kurus dah Izwa...dengan cemerlang lagi...huhuhu Tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan!
Post a Comment