Tuesday, September 03, 2013

Ramai Yang Naik Minyak....



Assalammualaikum...

Topik utama pepagi buta celik mata buka TV keluar berita pasal harga minyak naik, keluar rumah naik lift nak ke tempat kerja sama jugak isu dalam lift orang semua dok cerita pasal harga minyak naik, dalam kereta perjalanan nak ketempat kerja dengarn topik radio cerita pasal harga minyak naik, sampai ofis kawan sepejabat sibuk debate pasal harga minyak naik...tup-tup rata-rata hari ni semua berbincang pasal harga minyak naik RM0.20 sen.


Google

Terasa memanglah terasa dah namanya rakyat jelata..... dah namanya pakai kereta nak tak nak kena tanggunglah harga minyak naik. Nak buat macam mana lagi dah kerajaan tetapkan harga gitu.  Bising pung pang pung pang pun memang dah naik so kena hadap ajelah kita hamba-hamba marhain ni suara tak keluar, kalau keluar pun sumbang tahap lagu tu aje.

Harap-harap tiada yang naik minyak sudahlah ye..bergaduh pasal isu minyak naik tak sudah sepanjang hari.  Mau haru dibuatnya....

Banyakkan bersabar semua!!


7 comments:

Kakcik said...

Sabar tak sabar, kenalah kita hadapi juga... :(

cIKhA said...

betul tu..nak taknak kne hadap jugak..sabarrrrr

Yumida Huda said...

yup..kena hadapinya
itu yg terbaik buat kita
buat persediaan utk menghadapi kenaikn harga brg lepas ni

bajet famili...

RamRamCute said...

@Kakcik

betul tu kak cik...redha dalam terpaksa...

RamRamCute said...

@cIKhA

kena banyakkan sabar!! life has to go on kan?

RamRamCute said...

@Yumida Huda

kena start buat kira-kira baru untuk belanjawan sekeluarga - estimation untuk lagi kenaikan barangan kan yumida.

Cinta Misteri said...

minyak & doplocen, topik hangat dua tiga hari ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...